8 November 2013

Vietnam : HCM Part 1

Assalamualaikum..dah lama tak menulis apa-apa dalam blog ni. Sekarang dah masuk November, lagi sebulan lebih nak abis tahun 2013. Okey, tahun ni percutian luar negara aku ialah Ho Chi Minh Vietnam selama 4hari 3malam. Tiket aku beli masa promo AA bulan Januari 2013, kira-kira 9 bulan yang lepas..lama gile terperam ek..apa nak buat orang yang tak berapa nak 'ada' cam aku ni kene la tunggu promo, baru boleh beli kan? So trip kali ni hanyalah rombongan cik kiah je okehh yang terdiri daripada parent aku, akak aku yang sulong dengan dua orang anak dia & pakcik aku..totally 7 orang. Suami aku tak ikut kekdahnya, tolong hantar pegi airport je.

Nak jadikan cerita, masa aku beli tix ni, flight kul 10.30am tapi AA awalkan plak kul 7am. Akak aku plak 3 beranak flight kul 12.00pm. So pagi pagi sabtu tu kul 3am dah bangun dah bersiap kekdahnya. Nak dekat kul 4am baru gerak dari rumah..kira tak la terkejar sangat sebab flight kul 7am kan, tapi tak sempat la nak breakfast pape..just minum teh o je kat rumah. Aku memang dah set dalam kepala nak makan dalam flight jela. So pagi tu perjalanan lancar..alhamdulillah.

sedap gak chicken roaster ni tapi chicken nye alahai 2 keping cinonet je


Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Saigon a.k.a Ho Chi Minh (HCM) lebih kurang 1 jam 50min. Sampai sana tunggu akak aku plak sampai flight pukul 12pm dari KL. Apa lagi sambil tunggu tu sempat la buat taik mata kat airport tu. Lebih kurang pukul 1ptg waktu HCM akak aku muncul dengan anak die ..fuhh lega. Untuk makluman waktu kat HCM lambat 1 jam dari waktu Malaysia. Nak ke hotel aku amik  van 'sapu' dengan bayaran USD20. Kalau ikut bacaan aku dari internet diorang suruh ambil teksi vinasun tapi bila aku tanya diorang charge 1 teksi USD10, nak amik 1 teksi tak boleh sebab kami 7 orang dengan beg besar lagi so kene amik 2 teksi.. kalau amik dua dah USD20 kan? so aku amik jelah van 'sapu' tu senang, sume sekali naik 1 kete, tak payah asing2.

Untuk penginapan, aku awal2 dah booking Boss Hotel 1 by email, berhadapan dengan Pasar Ben Thanh. Aku janji check in kul 2ptg. Tapi on the way nak ke hotel tu boleh plak driver van ni berenti kat kedai tayar tukar tayar bagai-bagai pulak. Dah la rombongan kami ni dah lapar, pastu aku pulak tak teringat la nak call hotel bagitau lambat sikit. Last2 nak dekat pukul 3ptg sampai hotel, receptionist tu bagitau hotel dah full. Alahai..tak kan lah tak leh tunggu kot barang sejam dua. Mungkin dia kesian tengok kami yang kepenatan ni die tolong la call hotel yang berhampiran dengan rate yang sama..tapi semuanya hampa sebab full booked. Last2 dapat la tapi kene menapak dalam 300meter dari Boss Hotel 1, Timedoor Hotel berhadapan dengan Boss Hotel 2. Rate 1 malam USD25. Aku suka dok hotel ni, bilik bersih dan besar, dekat dengan Ben Thanh dan staff baik nak menolong walaupun cakap cam ayam dengan itik. 

Dah letak beg sume, apalagi misi seterusnya cari tempat makan. Disebabkan lapar sangat, kami makan kat restoran Nabil Biryani brhampiran dengan Boss Hotel 1 tu. Harga makanan mahal siot, tapi laparnye pasal hentam jela. So lunch hari tu bernilai RM175.40. 

Masing-masing dah lapar
Masa makan tu aku tanya la kat pakcik restoran ni, muslim vietnam pandai cakap melayu, ada tak tour guide yang ok kat area sini nak pegi Mekong. So dia kenalkan kami dengan pakcik Karim. Pakcik ni memang cari makan bawak pelancong muslim. Lepas dah tanya macam2, kami deal ke Mekong esok paginya dengan bayaran USD28 seorang termasuk makan, minum, naik bot segala mala la..kecuali nak belanja duit sendiri. Kira ok la tu kan, kami pun dah malas nak cari2 yang lain lagipun ni kira pakej muslim. So dia tau apa yang boleh dan tak boleh. 

Lepas makan, kami round cuci mata barang sekejap kat area Pasar Ben Thanh tu, beli t-shirt  3-4 helai dan balik hotel sebab rasa macam nak rehat dan penat sangat..huhuhu. Simpan tenaga nak ke Mekong esok pagi..yeayy!! 


kedai kat pintu masuk



hari pertama tengok2 je dulu

Bersambung....






7 November 2013

YUN NAM Hair Care

Cerita ni bermula bila aku sign up untuk 100 orang pelanggan pertama melalui Beautifulnara. Lepas seminggu ada awek cina call aku cakap aku boleh try  1 kali treatment free kat Yun Nam yang berhampiran. So disebabkan The Mines yang paling dekat so aku deal hari sabtu. Ya ampun..sabtu tu aku lupa cuti Deepavali, makanya memang sesak gile2 la nak masuk The Mines tu, sampaikan bumper belakang kete kene cium dengan kete lain. Apalagi bising la en. suami ..tapi bisingnye sekejap je lepas orang tu bayar gantirugi..ahakss.#dramadisitu#

Punca aku nak pegi buat treatment ni sebab rambut aku yang super duper gugur dan dah nipis...risau weii bile tengok rambut makin jarang dan nampak botak. Masalah tu berpunca dari kelemumur..phewww..dah macam-macam shampo antidandruff dah aku guna..tapi still ada. 

Masa pegi tu, cam biasa die register nama kita pastu die bawak masuk bilik nak scan kulit kepala. bile dah kenal pasti apa masalah, mula la diorang jual pakej diorang. Aku ni nasib baik la kete baru lepas eksiden, so ada alasan la takmo ambil pakej die. Pakej yang ditawarkan untuk aku ialah dandruff berharga RM550 sekali rawatan. Lepas tu treatment herba dan bagai-bagai tu RM 400++ untuk 10 kali rawatan. Bila awek cina tu cakap..aku dah terbayang muka en.suami. ishhh..mau die melenting kang ni kalau pepandai aku ambil pakej ni dah la sebelum pegi aku dah janji takmo terpedaya perabih duit. So pikir punya pikir aku amik juga rawatan berharga RM150 sebab aku tengok rawatan diorang ni memang ok tapi masalahnya poket aku je time tu tak berapa nak ok..huhuhu.

Ok, lepas dah aku bayar sume, diorang cuci rambut aku, bilas, pastu ada la diorang letak perapi ke hape,then bilas dan keringkan sikit dengan towel pastu letak herba kat kepala, pastu bungkus, urut2 pastu stim rambut aku dalam 20minit. 


Cukup 20minit, bilas, cuci ngan shampo, letak minyak apa ntah, bilas lagi...settle sume, dorang spray plak kulit kepala aku..dan keputusannya............

kiri sebelum & kanan selepas


macamana la rambut aku tak gugur kan..geli tengok kelemumur banyak gile.

So, sebelum balik diorang bagi la set penjagaan rambut sendiri kat rumah 3 botol comel, shampo, conditioner dan herba spray. Alhamdulillah seminggu ni rambut aku dah jarang gugur tak macam sebelum ni kalau sikat tu penuh ngan rambut...huhu.

Nak katanya, kalau ada ongkos haruslah aku nak buat lagi treatment kat sini sebab aku puas hati dengan resultnya.. So sesapa ada masalah macam aku ni boleh la cuba kot. Lepas ni boleh la Yun Nam bagi treatment free kat aku sebab tolong promote tuk diorang..huhuhu









6 November 2013

Kek Coklat Karemal





Ni projek aku baru-baru ni. .sebab dah tak terdaya meleleh air liur tengok  masa aku boring dan berblogwalking kt blog orang. Lepas tu aku google nama kek ni cari kat image tengok mana gambar kek yang aku berkenan dan salin resepi. Kek ni senang buat, dan kebetulan aku nak abiskan stok telur yang 1 tray banyak kat rumah takde sape nak makan. Dalam masa 1 hari dah abis sebab suami aku asik bukak katup peti ais..hehehe.

Kesimpulannya kek ni memang sedap bagi yang memang suka coklat..dan puding karemal tu buatkan kek ni lagi mabeless..try la kalau tak caya..








22 Oktober 2013

Destinasi Cinta Part II

Perut pun dah kenyang, bil pun dah bayar so destinasi seterusnya jalan-jalan Bandar Hilir. Sebenarnya aku teringin nak naik river Cruise. So guna la gps ngan google map cari jalan kan..last2 sampai juga. Lokasi river cruise ni dekat dengan muzium kapal tu. Ada tempat parking berbayar kat situ, takde la jalan jauh sangat. Aku suka jalan malam ni sebab cantik sangat dengan lampu yang berwarna warni. Tiket bot tu seorang RM10 je. So masa nak beratur naik tu akan ada orang amik gambar..ala bese la kan..nanti bile ko turun dari bot tengok gambar tu dah siap. Terpulang la nak beli ke tak. Suami aku beli la kan RM45, kenangan katanye..masa ni kamera aku buat hal..time ni lah dia nak weak bagai..so nak bergambar, guna jelah hp suami..alkisahnya takde gambar nak tunjuk sebab ada kat suami..huhuhu

Okey..dibawa la meronda dengan bot tu  pusing keliling melaui Kg. Morten dan bangunan-bangunan yang cantik dengan lampu2. Kira ok la kan..nasib baik jalan hari malam, takde la panas..pastu cantik dengan lampu yang colourful. Tapi satu jelah kan..kalau naik cruise a.k.a bot ni, ko kene tahan la dengan simbahan air sungai yang agak busuk..uuweekk..Risau aku takut berjerawat muka balik nanti hahahaha.

Habis dah ronda-ronda ngan bot, kami naik beca pulak. Dia bawa round dari jeti cruise tu lalu Menara Taming Sari, Bukit Portugis dan patah balik lalu Dutch Square @ Christ Church dan terus ke jeti dengan bayaran RM25. Okey la kan tolong bangsa sendiri cari makan.


Nila beca yang kami naik. Seronok tau, beca dihias cantik di iringi muzik yang sengaja dipasang kuat...happening la. Tapi boleh je pun ko nak suruh abang beca tutup muzik tu atau ko nak suruh die berenti mana-mana nak bergambar. Habis ronda-ronda dan posing sana sini, aku ajak suami aku balik hotel. 

So nextday, ahad tu kami bangun awal, nak sarapan malas nak keluar, makan jela jajan yang beli semalam. Tepat jam 12pm kami check out dari hotel terus menuju ke Umbai rumah kawan suami aku yang kawin tu. Jauh juga la dalam 23km. Dah sampai Umbai, tak jumpa pulak nama kampungnye..telefon pengantin, nasib baik la rombongan pengantin pun baru nak sampai, so kira kami join diorang la ni..pfuhh lega..perut pun dah lapar gile kan..rupenya punyalah jauh masuk ke dalam lagi dari jalan besar patut la takde dalam gps..huhu..( Sori gambar untuk cerita seterusnya dalam hp suami, so korang imagine sendiri la ye..)

Selesai makan, tengok pengantin jap, salam kaut, pastu balik..destinasi seterusnya Port Dickson. Tujuan utama aku nak gi PD ni nak jumpa bff aku yang dah lama tak jumpa. Biasanya tiap tahun dia datang raya rumah aku tapi tahun lepas ngan tahun ni dia tak datang sebab tahun lepas dia dalam pantang, tahun ni plak tak balik beraya suami kene kerja katenya. So kebetulan aku pegi Melaka ni aku singgah la PD jengok dia. Balik dari rumah bff aku ajak suami pegi pantai..ape kenama ntah pantai tu yang belakang Ancasa hotel tu. Ingat nak mandi la tapi tengok angin kuat pastu ombak besar, suami pun tak bagi..lain kali la jawabnya. 

Kami sampai rumah dalam jam 7mlm. Takde la penat sangat, sebab santai2 je kan. Yang penting kami seronok habiskan masa bersama. 







21 Oktober 2013

Destinasi Cinta Part I

Tajuk tak boleh blah kan? Meluat ek bace? takpela kalau ada yang meluat tapi sebenarnya nak cerita pasal jalan-jalan kiranya ala-ala honeymoon gitu. Destinasi kali ni Melaka. Sebenarnya rancangan nak ke Melaka ni memang dah ada sejak kami menikah lagi, konon nak honeymoon la tapi masa tu dah dekat sangat nak berpuasa..jadinya suami cakap rehat kat rumah jelah menyambut 1 Ramadhan. So lepas kenduri resepsi awal bulan hari tu, suami cakap nak pergi Melaka lagipun kawan suami kawin minggu tu boleh la makan kenduri rumah dia.

Okey nak jadikan cerita kami gerak dari rumah dalam kul 10 pagi..awalll..tapi pergi kajang dulu. Suami nak tinted cermin kereta yang baru tukar tu. Okey..dah tinted nak basuh kete dulu..last2 gerak dari kajang jam 2 ptg. Ikut LEKAS highway keluar Senawang terus turun Plus highway. Mula nak terus ke Ayer Keroh je kan..tapi aku ajak suami singgah Alor Gajah makan cucur udang sambil mengimbau kenangan lama kat sana. Jalanraya time ni tak la sesak pun tapi banyak kereta la kan, maklum la orang dah mula balik kampung nak sambut raya aidiladha.

Okey lokasi cucur udang Alor Gajah ni di Medan Selera berhadapan Dataran Keris, dekat dengan Pejabat Daerah Alor Gajah tu. 


nilah Medan Selera tu tapi gerainye hujung sekali






Masa aku sampai tu orang memang dah ramai la..tapi cam bese kene beratur la kan. Cara nak order senang je ko cakap je ko nak makan berape orang..pandai la die buat. Macam aku order, makan untuk dua orang harga RM4.50...murah kan? Dan yang paling penting rasanya tetap sama macam 5 tahun lepas masa aku selalu lepak kat situ lepas balik keje..



Cucur udang ni dipotong2 campur ngan timun, tauhu, fishcake ke hape ntah, pastu telur, nugget dan kalau nak boleh tambah ayam goreng..harga die kira lain la kan.

Habis makan-makan, perjalanan diteruskan mencari hotel yang aku dah booking dua hari sebelum. Puas juga mencari hotel yang available weekend ni kan..itupun setelah puas mengodek sana-sini tengok2 harga..so aku pilih Regalo Hotel. Ni hotel baru dekat dengan Mahkota Parade dalam 5min je memandu. Harga 1 malam RM130..jadi lah. gambar hotel aku tak sempat nak ambil..bersih dan aku puas hati cuma sarapan tidak disediakan la. Ala standart bajet hotel kan..tapi kedai makan muslim kat sini payah la..kedai cina je yang banyak..tapi kalau nak beli barang2 lain 7e ada la. 

Lepas dah check in semua, kami rehat-rehat dulu sambil cari tempat makan malam. Nasib baik dah pakai hp canggih..boleh la cari guna internet kat hp je..terima kasih suami!!heeeeeeee..Cari punya cari last aku dapat Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyong, kira tak jauh dari hotel dalam 7km je tapi disebabkan ikut google map adoii..abis sume belakang, celah-celah kedai kitorang lalu..hari dah malam..nasib la kan tapi yakin dengan google map dan bantuan gps maka sampai la kami di destinasi.



Masuk je area tu makk oii..ramainye manusia..nak parking punyelah payah..kat dalam kawasan tu ada dua tempat makan. Yang mula2 tu memang ramai orang la..dan aku nak makan kat situ..sebab sebelum ni aku pernah makan kat situ ex-bos belanja. Tempat tu banyak pilihan seafood. That's why la ramai orang kan..tapi sebabkan susah nak parking suami masuk dalam sikit ada 1 lagi tempat makan tapi tak ramai orang. Suami ajak makan kat situ..aku ikut jela..tapi aku memang nak makan ketam..sekali nak order tengok yang ada, sotong, udang dan ikan siakap je. Patut la tak ramai orang tak banyak pilihan rupenya. Nak nangis rasa tau..huhuhu..tapi sebab sian kat suami, diam jelah. Demi nak menjaga hati aku, suami request jugak ketam kat owner..die kate tinggal sekor je lagi tapi tak berape elok. So dia masak je dulu, kalau tak elok jangan makan. Okey, yang lain2 udang masak butter, siakap masak 3 rasa dan sotong goreng tepung. Untuk makan kat sini dari segi tempat memang ok la..bersih, tapi pilihan tak banyak dan masakan tak berapa la untuk butter prawn tu. Harga dinner malam tu termasuk nasi lemak 2 dan air buah total RM56..murah siott!






(bersambung).....












9 Oktober 2013

Selamat Datang Oktober

Dah masuk minggu ke dua Oktober dah baru aku nak apdet entri. Kesibukan melanda diri. Dengan hal peribadi dan kerja di opis. Ini pun aku gagahkan untuk menaip seperenggan dua..kalau iyelah..hehehe

Majlis resepsi aku dah berlangsung minggu lepas. Walaupun ada sedikit kekurangan, tapi takpelah nak buat macamana..sedaya upaya kita nak buat yang terbaik..namun pasti ada kurangnya dimana-mana. Apapun terima kasih kepada keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga yang bertungkus lumus sepanjang majlis aku. Balik dari bercuti badan aku tak berapa sihat. Tak tahulah kenapa..mungkin terlalu penat sepanjang minggu lepas. Namun, ada sedikit harapan aku selitkan..mudah-mudahan tak sihat ku ini membawa rezeki, berita gembira untuk aku dan suami serta keluarga yang sentiasa tertunggu berita gembira. 

Aku pun tak la terlalu excited nak buat test sendiri kat rumah sebab sebelum ni aku dah try tapi keputusan negatif...frust juga rasa sebab masa tu terlalu mengharap. Memandangkan waktu period sepatutnya minggu ni..so aku tunggu jela..andai kata takde barulah aku check. So, jelas la pada mereka-mereka yang pernah terdetik mengatakan aku pregnant sebelum bernikah tu tidaklah benar sama sekali. Yela, mungkin orang nampak aku macam tergesa-gesa nikah dulu. Sebab aku nikah dulu aku nak kejar yang wajib..aku tak nak kehulu kehilir dalam hubungan yang haram. Tipulah kalau ada yang kata..'eh, saya tak pernah jumpa bakal suami atau tunang atau pakwe saya'..zaman dulu aku caya la..tapi zaman sekarang susah nak percaya. Kenal hati budi bertahun-tahun pun tak guna juga..sebab kita tak tahu kesudahannya. Terpulang pada masing-masing. Yang penting berusaha, berdoa dan bertawakkal..mudah-mudahan dikurniakan jodoh yang baik.






30 September 2013

Teaser Doorgift Majlis Resepsi

Haii..tak abis lagi majlis aku rupenye..huhu..orang pun nak muak dah kan..pengantin dah basi katenye..aku peduli ape orang nak kate kan..ade aku kesah??hahaha..

Nilah keje aku minggu lepas tak sudah-sudah cari bahan buat doorgift tapi kali ni tak banyak just untuk kawan-kawan dan sedara mara je. Yang lain-lain aku bagi buah dengan gula-gula untuk budak2. Bunga Penanggah pun dah siap.

Hari khamis ni aku dah start cuti. Lagi dua hari nak cuti ni aku siap-siap keje ape yang patut. Tapi kepala memang dah serabut nak buat itu ini sebab banyak benda tak settle lagi. Hari minggu baru ni pun menelek doorgift seharian sakit pinggang aku weii tapi nasib baik la dah siap-siap tu en.suami nak bawak aku pegi jalan-jalan..tak jauh pun setakat Alamanda je..dapat pau baju sehelai kat butik Belle..hilang penat..hehehe. Balik ni aku nak pegi try baju resepsi. Pastu khemah ngan pelamin diorang nak pasang khamis gak. Kek kawin pun aku tak tempah lagi..adoii..banyak keje kene buat. Tadi adik aku confirmkan yang budak kompang dah settle budak penanggah pun dah settle..alhamdulillah. Mudah-mudahan berjalan lancar.

So layankan jela gambar doorgift in the making ni..cerita selanjutnya dalam next entry k.








27 September 2013

Diet Mengikut Jenis Darah

Artikel yang baru aku baca pasal diet ikut jenis darah ni. Menarik juga la kan..selama ni tak tau pun..hehehe..so sesape dah baca boleh la kita share sesama ek..

Kebaikan


# Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.

# Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.

# Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.

# Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.

5) Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.



Keburukan


# Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.

# Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.

# Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.

# Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.

# Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.



Fakta

  • Diet untuk darah jenis A (ni jenis darah aku)

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.



  • Diet untuk darah jenis B


Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.



  • Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.




  • Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.




So sekarang aku cuba diet dengan buah sebab jenis aku memang tak boleh lebih karbo dalam makanan hari-hari..badan cepat naik wei..ni pun timbang minggu lepas dah naik sebab tu la aku cari-cari artikel jumpa la yang ni..so aku cuba la..tak salah pun kita mencuba kan..mana yang baik kita ambil..so kalau sesape ada masalah yang sama dengan aku ni boleh la try ikut diet ni..tapi sebelum tu pastikan korang darah jenis apa..hehehe








18 September 2013

Edisi Nak Cantik : Masker



Hollaa..wah terajin plak nak wat entri sampai sehari dua kali..ni satu perkembangan yang positif ni..sila tepuk tangan untuk diri sendiri..yeayy..ok berbalik pada tajuk..kekdahnya aku baru dapat mask atau topeng muka ni dari opismate aku yang baru balik dari Korea. Katanya mask kat sana atau barang-barang penjagaan kulit ni murah sangat kat sana. 

So ni la buah tangan yang aku dapat beserta FM yang sangat comel. Lately ni aku rajin jugak pakai mask..aku suka bila time kita pakai ni rasa macam kulit muka ni ditarik dan sejuk je..en.suami pun join tau..dah tu asik sibuk je tanya..aku bagi dia pakai sekali..hehehe..Biasa aku beli yang untuk kulit kering. Dah aku ni berjam-jam dok dalam ekon kan harus la kulit ni kering..takut jeragat naik..spoil wehh.. Untuk dapatkan kulit yang cantik amalkan la pakai masker ni seminggu sekali atau seminggu 2 kali. Bagi aku tak mekap takpe tapi kulit muka kene jaga..aku pun bukan la tiap-tiap hari nak mekap tebal-tebal..tapi dah ada suami ni, penampilan memang sentiasa kene jaga..jadinya moh ler bermasker malam ni yek..



Mencari Resepi yang Mudah

Ni la yang aku dok pikir dari hari tu..dah banyak kali aku cari dalam internet ni resepi-resepi yang senang. Bukan ape en.suami baru je hadiahkan aku ni..


Ermm..tak keluar kotak lagi kekdahnya..terima kasih abang..sayang sangat.( Erkk..sila jangan muntah ). Aku ni dok pikir la apa yang aku nak buat sebagai merasmikan oven tu..dah la menatang ni yang dah lama aku idam2kan..last2 en.suami juga yang belikan. So sape ade resepi buat kek yang senang dan sedap atau resepi yang mudah tolong la email aku ni. Dalam kepala aku nak try makaroni bakar je dulu...huhu..insha Allah petang ni beli barang..yeayy!!!




13 September 2013

Jumaat 7 Zulkaedah 1434H


Salam jumaat...pagi yang agak penat.. penat bukan buat keje tapi penat sebab cam terkejar sana-sini. Sebenarnya aku baru balik dari hospital K.Pilah malam tadi. Kelmarin mak aku admit hospital so aku minta halfday dengan bos, pastu cuti minta 1 hari semalam sebab teman mak aku. Kiranya malam semalam aku tido wad la. Nasib baik mak aku dok wad kelas 2, 1 bilik 2 orang..selesa la sikit kan. So malam tadi mak aku discharge..so aku minta en.suami jemput aku sebab ari ni aku nak keje. Kekdahnya cuti aku yang dah tinggal beberapa hari je lagi ni. Kalau banyak lagi opkos la aku cuti direct sampai isnin.Tak larat nak ke hulu ke hilir. Esok balik kampung balik.Mudah2an mak aku cepat sembuh..sian kat mak.badan dah nampak susut sebab tak makan. Anak buah aku bawa bubur pun tak berusik. Yela nak makan macamana, dah susah nak mengunyah..selera pun takde..risau aku dibuatnya.

Aku pun macam tak bersemangat nak buat persiapan kenduri ni..sebab keadaan mak aku..tapi sebab kad dah edar kene la teruskan juga. Aku harap semangat ni pulih balik..amin.



11 September 2013

Kinohimitsu Japan Collagen Diamond 5300



Benda ni la yang aku beli ngan en.suami semalam bagai nak rak kami mengangkut gilir-gilir sebab berat weii..tapi en.suami la yang akhirnya bawak sampai ke sudah..hehehe. Ceritanya..en.suami ajak pegi Alamanda lepas balik keje nak jumpa kawan katenye..bagai orang mengantuk di sorong bantal..aku memang nak gi beli benda ni kat Watson @ Guardian sejak aku tau anak buah aku dok amal minum collagen ni muka die cantik, putih dan gebu.

Sebenarnya collagen  Kinohimitsu ni banyak jenis tapi aku pilih yang ni la sebab dia sesuai untuk umur 3 series ke atas..lelaki atau perempuan yang kulit kering, selalu dok dalam ekon, suka mengembara atau outdoor activity. Kira aku menepati ciri2 tu la kan..so aku pilih yang ni. Collagen ni dalam bentuk minuman..so pengguna pertama kali macam aku ni kene minum 1 botol sehari selama 6 hari berturut2 sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur..tapi aku minum sebelum tidur.Lepas dah 6 hari tu..kene minum 1 botol untuk 2 hari je..so dalam kotak ni ada 32 botol free 2 botol. Ni aku beli kat Guardian harga RM256. Mula aku tak nak beli sebab duit takde tapi nasib baik en.suami baik hati..dia cakap ambil la kalau nak..ishhh..gile tak nak kan..opkos la aku nak..sebab nak cantik. Nak cantik bukan mase bujang je..dah kawin lagi la kene jaga badan..semua tu kan untuk suami..suami pun bertambah sayang..hehehe.

So, malam tadi aku dah start minum rasa cam laici...tunggu la lagi 5 hari, tengok keputusannye..so korang pun patut cuba collagen ni. Nak sedap simpan dalam peti sejuk dan goncang sebelum minum. Tapi harga mahal sikit la kan.Terpulang kat masing2 la. Sebelum ni aku dah cuba produk collagen yang murah kan..tapi hasil takde ape pun..nak sedap hati sendiri mungkin tak sesuai dengan aku..so kali ni aku cuba yang mahal pulak.Aku pun bukan la nak cantik sangat cuma kulit muka ni kering sebab aku keje dalam ekon, pastu kurang minum air..umor pun dah 3 series..aku takmo la jeragat naik...huhuhu

Ni Botol pertama aku minum

UPDATED : Alhamdulillah setelah hampir dua bulan aku makan kolagen ni, kulit kat area siku, lutut dan tumit tak kering dan bersisik. kulit muka pun dah tak kering mengelupas. Terpulang pada masing2, ikut kesesuaian badan. Mungkin lain orang lain pulak perubahannya. Lagi 1 breast dan punggung jadi cantik, hehehe..cantik macamane? try sendiri okies..






6 September 2013

Puding Aiskrim Oreo

Salam jumaat semua...alhamdulillah hari pagi ni cuaca sejuk je..so aku pun nak kongsi satu resepi ni. Aku yakin ramai yang dah try kot Puding Aiskrim Oreo ni kan? Takpe ni kira versi aku la ek..Puding ni projek minggu lepas tapi baru ari ni rajin nak buat entri..

Bahan-bahan :

Agar2 tali 25g..potong kecil-kecil
Susu cair 1 tin
Air 1250ml
Biskut Oreo dihancurkan atau dipatah2kan..aku buang cream die
Gula ikut suka
Aiskrim 5 scop..ikut suka nak perisa ape..aku masuk kan aiskrim coklat chip
Telur 1 biji
Esen vanila setitik

So cara nak buat ialah..satukan susu cair, telur, aiskrim dan masuk kan sikit esen vanila..kemudian blend. ketepikan. Rebus agar2 dengan air sampai hancur, masukkan gula. Kemudian masukkan bahan yang telah diblend tadi. Biar masak sekajap..kemudian padam api. Korang boleh masukkan biskut oreo tu kemudian curah dalam bekas..tapi aku tak buat macam tu..kire derhaka sikit..aku curah dulu dalam bekas..pastu aku taburkan biskut oreo tu atas puding..tenggelamkan sikit-sikit..dan sejukkan selama 1 jam..kemudian boleh dihidang.

Puding Aiskrim Oreo versi aku..









5 September 2013

Rendang Ayam Merah



Nampak sedap tak? ke nampak pedas? hahaha..memang pedas pun..aku taruk cili kering pastu blander 2 ulas cili api..en.suami makan sikit je..pedas..tak tahan katenye..kecik ati aku tau..huhu..Rendang ni 1st tau aku buat. resepi aku cari kat pakcil gugel. Sebenarnya aku masak ni untuk jamuan raya opis ari ni. Makanan potluck..dan aku dengan relahati nak buat rendang. Memandangkan 2 orang kene bawak rendang aku pikir aku nak buat rendang lain sikit dari yang biasa aku masak. Rendang ni pun tak guna cili api, die guna cili kering..en.suami kate sedap..tapi pedas..nasib la kan..hahaha..okey bagi sesape yang nak try resepi kat bawah ni.

1 ekor ayam..potong 16 boleh..18 pun boleh
Ciling kering..ikut suka..nak pedas letak banyak*
kunyit hidup 2 ulas*
lengkuas 1 inci*
serai 3 batang*
halia 1 inci*
bawang merah 4 ulas*
bawang putih 4 ulas*
bawang besar 1 labu*
daun kunyit 1 helai
daun limau purut 3 helai
kerisik 
santan
asam gelugor..asam jawa pun boleh

Okey..bahan-bahan yang bertanda * kisar sampai hancur..lepas tu panaskan sikit minyak masak..bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda * sampai wangi..kemudian masuk kan ayam..gaul balik kan..pastu masuk santan..koyak2 kan daun limau purut..masuk kan asam gelugor..rasakan dengan garam. Bila kuah dah kering dan masak air..masuk kan kerisik..gaul kemudian hiris daun kunyit..tabur dalam rendang..gaul bagi rata..tadaaaa..dah siap sesuai dimakan dengan nasi, lemang, nasi impit dan roti..selamat mencuba!!







15 Ogos 2013

Doorgift Majlis Nikah

Adoii..nak dekat 2 bulan baru la nak cerita pasal majlis nikah ek? Aku pun tak tau la kenapa lepas kenduri ari tu aku jadi malas sangat nak menaip..ni pun alhamdulillah..keboringan tahap cipan mendorong aku untuk terus berkarya..hehehe..

Okey ni nak cerita pasal doorgift yang aku buat sendiri. Idea ni datang masa aku berblog walking..so setelah berfikir dan minta pendapat tunang mase tu..die pun cakap okey..maka misi mencari bahan pun bermula la.. Untuk pengetahuan korang aku buat majlis nikah ni tetamu dalam bajet 200 je..mula ingat tak nak bagi pape..tapi aku rase cam tak sedap plak kan..bukan la niat nak megah ngan orang tapi yela sekurang2nya aku bagi doorgift tu sebagai menghargai diorang datang meraikan majlis aku..camtu la lebih kurang..disebabkan juga bajet kitorang pun tak berapa nak ada..jadinya penggunaan paper bag readymade tu awal2 dah reject..dah la mahal pastu orang buang2 camtu je..huhu..

Doorgift ni aku guna brown paper bag, doily paper, kertas A4 kaler, gam, riben dan penebuk lubang. Brown paper ngan doily paper ni mudah dapat kat kedai jual barang-barang bakery...kertas A4 kaler dan gam aku beli kat kedai alat tulis..riben je aku beli kat Nilai 3.Ni kos aku beli semua tu..

Brown Paper bag 1 peket (100 bag) aku beli 2 peket = rm4.20 x 2 = rm8.40
Doily paper 1 peket (250 pcs) = rm2.80
Kertas A4 Kaler 10pcs = rm8.60
Gam = rm0.50
Riben = rm10.00
TOTAL = RM30.30 


Manakala untuk isi dalam aku letak kerepek yang aku dah packing kecik2 dan cawan smile rm0.70 pc, aku beli 200pcs kat Nilai 3..

Ni la antara gambar doorgift aku masa dalam proses

ni masa proses tampal menampal dah settle


bile dah siap bukak  paper bag tu bagi die berdiri cantik


nila kerepek yang aku dah repacking balik


ni cawan smile aku beli kat Nilai 3
Paper bag tu dan proses tampal menampal aku buat sorang kat rumah..bile balik kenduri tu baru la bawak balik kampung dan sib baik la mak ngan adik ipar aku tolong masukkan isi kat dalam dan ikat ngan riben..pfuhh..sakit pinggang wokk nak ngabiskan 200pcs..penat jangan cite la..hehe..nasib juga hantaran aku dah siapkan awal2 kat rumah..balik kampung just repair sikit2 je maklum la masuk dalam kete penyek2 bunga bakul aku..hehehe..nila rupe doorgift aku bile dah siap

riben tu terpulang la nak ikut tema atau nak main sebat je



abaikan jari yang berinai itu..huhu
Alhamdulillah..tetamu yang datang ngan sedara mara sume kate aku nye doorgift..lain dari yang lain..hehehe..yela orang bajet ciput cam aku ni kan kene la kreatif sikit..tapi terpulang kat masing2 la..kalau banyak duit..boleh la beli yang readymade..aku ni pikir bajet beli mahal2 tu leh buat belanja ke lain kan..lagipun aku nak buat majlis resepsi bulan oktober ni..pun nak sedia doorgift jugak..tu pun aku tengah dok pikir ni ape nak bagi..huhuhu




14 Ogos 2013

JJCM : Rojak Kuala Pilah Legend!


Assalamualaikum..naik-naik kojo dah cerito pasal makan yo ni..hahaha..Ni cerito den balik kampung sebelum poso tu hari..eh apasal loghat nisimilan tetibo keluar plak pagi ni? Ni la akibat eh..orang lain cuti ghaye lagi aku lakibini dah start keje dari isnin hari tu..jimat cuti kekdahnya..

Rojak yang aku nak cerita ni..yang aku tau dari aku kecik lagi dah wujud tau..kalau orang Pilah tak tau ini punya tempat kasi katuk sikit die punye kepala..haha garang ni tau!! Masa aku kecik tiap-tiap bulan aku ngan arwah wan akan pegi pekan Pilah ni sebab arwah wan nak ambil duit yang pakteh ngan pakcek aku kirim kat pejabat pos pilah. Anak2 wan aku ni askar jadi diorang buat la potongan gaji untuk wan aku. Tula buat duit tambah untuk wan aku belanja..Nak jadikan cerita kalau makan kat sini dulu..aku suka makan mee hailam die tapi wan aku suka makan rojak..siap tapau bawak balik lagi..nanti sampai rumah sambung makan lagi kan..kire kalau gi Pilah tu tak lengkap la kalau tak makan rojak..haha..dan kalau nak tau..pilah ni trademark die rojak ngan cendol...tapi lokasi cendol kat bus stand pilah..rojak ni kat sebelah Pasar basah Pilah..

Meh aku tunjuk gambar

Sebelah Kiri tu Pasar Basah K.Pilah



Kodai eh yang aleh mejo kaler ijau tu..
Pekerja sumo budak melayu tokey je mamak..
Nilah rojak peberet aku..


Harga rojak ni pun tak sampai rm5 aku rase sebab mase pegi tu alang aku yang bayarkan..hehehe..tapi memang terbaekk la wokk...nanti balik kampung aku nak singgah..ajak laki aku..tapi laki aku ni payah sikit die takmo makan kedai mamak..kalau camtu die tengok jelah aku makan ek..korang pun jangan risau..kedai die bersih, kalau tak..tak kan la boleh berniaga berpuluh2 tahun kat situ kan..hehehe..





6 Ogos 2013

Terima Kasih.

Walaupun dah lebih sebulan berlalu..aku nak ucap terima kasih kerana meraikan birthday aku..ceewaahh..terharu nokks..huhu

Walaupun hadiah tak seberapa..tapi besa kan sape tak seronok kalau dah menteri bagi hadiah birthday kat kite kan..so aku takde gambar bagi korang jeles..tapi aku ade gambar ni je ha..harap dapat buat korang jeles gak walau secuit..



Dan terima kasih kepada en.suami yang sebelum ni berstatus tunang atas hadiah yang dinda suka sangat..haha..(sila jangan muntah)..gambar ilek..tak sempat nak snap..

Alhamdulillah..Serasi Bersama 1 Month

Hari ni genap la sebulan aku bergelar isteri..alhamdulillah..masih lagi belajar memahami en.suami..Maklum la dulu hidup sengsorang tapi sekarang dah berdua..semua benda kita akan share bersama..berus gigi and underwear je asing2 hahaha..

Hari ni pun dah 27 Ramadhan..ari ni gak aku last keje..ingat pas berbuka nanti kitorang balik la..balik ni opkos la balik kampung aku dulu sebabnya esok nak tolong mak aku buat lemang dulu..agak2 lemang dah masak baru la gerak balik rumah mentua..ishh..neves raye rumah orang lain nih. Yela selama ni tak pegi mane2 pun kan..opkos la raye rumah sendiri a.k.a rumah makbapak..tapi bile dah kawin ni..aku buat keputusan untuk beraya dengan keluarga mentua. Mentua aku pun alhamdulillah baik sangat, layan aku macam anak die, maklum la die ade sorang je anak pompuan..masuk aku dah ade 2..hehehe..

Persiapan raya kami suami isteri takde ape sangat la..ingat raye pertama kami pakai je baju nikah aritu..dan aku beli sepasang kurung untuk pakai 2nd raye..baju aku beli kat Nilai 3, suami plak kat Alamanda je..tu pun bajet dah lari woiii..RM800++ wassalam..haha

So..duit raye kene cutcost la nampaknye..sebab dah over bajet..lagi bulan ni aku beli perabot sikit..nak bagi lengkap rumah..tak kan rumah kosong je kan..ni pun suami aku cakap mase sahur tadi nak jemput kengkawan die datang beraya kat rumah..Aku cakap yang tu kene hold dulu..sebab rumah pun banyak tak ready lagi..kalau untuk family kami ok la kan..huhu...Insyaallah tak sempat raye ni, raye haji nanti la kitorang buat makan2.

Cuti pun aku dan en.suami amik sampai ahad je..maybe sabtu kitorang balik la Putrajaya..isnin keje kan..kekdahnya cuti dah tinggal sikit..haruzz la penjimatan cuti..lagi pulak nak kenduri resepsi aku bulan 10 nanti nak cuti jugak..so bertabah la..orang lain berjimba raya sakan kami suami isteri gi keje..huhuhu  sadis

So, sesape ade buat open house tu, roger2 la aku ni ha..sobsobsob..




1 Julai 2013

4 Hari Sebelum..

Pfuhh..4 hari lagi beb aku akan bertukar status..dah dekat2 ni macam-macam hal plak aku ngan en.tunang. Asik gaduh je..mende kecik pun jadi bahan nak bertekak..especially aku la..moncong huhuhu..dan kelazimannya en.tunang jela yang cool..hehehe..sabar jelah kan..

2 hari lagi aku akan bekerja pastu dah cuti..tak sabarnya nak balik kampung..takde mood dah nak keje sebenarnya kan..kalau cuti aku banyak lagi haruzzz la aku cuti seminggu ni tapi bile mengenangkan cuti dah tinggal ciput..paksa gak la badan walau jiwa dah hanyut ke kampung..ececeh..

Tak sabar nak pakai inai.. baju cantik, kene mekap..ishhh bestnye..(sila jangan muntah okies)..betapa gediksnya bakal perantin ni kan..hahaha..yela dah lama aku tunggu saat ni tau..maunye tak excited..hehe..So doakan perjalanan majlis aku berjalan lancar ok..







26 Jun 2013

Debaran Makin Terasa..Pfuhh

Poyo tak statement aku petang2 ni? Tapi tula hakikatnya..aku tengah menghitung hari..lagi seminggu bergelar isteri..ceewahh!! Papepun...persiapan dalam 80% dah siap..cuma yang sikit lagi nak lengkap..hantaran aku, barang kemas untuk batal air sembahyang, doorgift pun tinggal nak isi dalam bekas je lagi..

Baju nikah pun baru minggu ni nak gi amik.Tak tahulah ape gaya baju nikah tu..sebab aku rasa dah makin gemuk ni..huhuhu..kalau tak muat..naya kat aku huhu..tula sapa suh tak jaga makan kan? ooo..kalau bab ni kene salahkan en.tunang jugak sebab die selalu ajak aku gi makan..rezeki tak kan nak tolak beb!! Mintak-mintak muat la baju tu..ke sempat lagi tak rasanya aku gi Keep Slim nak kuruskan badan..hahaha..

Bercerita pasal doorgift plak..nanti la aku buat entri khas..mana la tau idea aku ni  leh membantu korang2 yang bajet ciput cam aku ni kan..aku pun saving tang situ jugak la..mula ingat majlis nikah ni tak mau bagi pape kat orang..tapi cam tak manis plak kan..tengok orang balik dengan tangan kosong..so aku buat juga la sikit dalam 200pcs je..Hantaran pun bakul2 semua dah siap..tinggal buah dengan sireh junjung je lagi buat kat kampung..Barang kemas aku balik nanti baru beli sebab balik minggu lepas memang tak sempat nak kejar kedai emas tu..Rupanya hari sabtu diorang bukak setengah hari je..dah tu aku terlama pulak kat kedai andam kekdahnya masa aku pegi kedai tu, akak andam tu ada customer..so die suh tunggu turn..tapi customer tu punya la lama memilih..adoii..dekat sejam gak la aku tunggu..tapi kan yang peliknya bile time aku discuss ngan akak tu tak sampai pun 15min. Yela kita cakap dan mintak apa yang kita nak..pastu deal harga kan..

Pasal khemah, nasi pengantin tu aku serah kat akak sepupu aku..pfuhh nasib baik ade gak yang nak tolong. Yang lain2 dah takde pape kot.. So semua..doakan majlis aku berjalan lancar ye..amin







6 Jun 2013

Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah..Lanchang, Pahang

Tempat ni aku pegi masa balik Lanchang almost 2 weeks ago..kebetulan rumah bakal MIL aku dekat dengan tempat gajah ni. Kali pertama pegi..kami dan escort (adik n sepupu en.tunang) sampai nak dekat pukul 4ptg..dah la masa tu hujan lebat..berkejar2 la cari tempat nak berlindung semata-mata nak tengok gajah nye pasal kan..tapi masa tu orang dah ramai yang keluar..bila tanya kat guard..katanya pusat tu nak tutup dah..datang esok jelah..tapi datang awal sikit sebelum pukul 2ptg..sebab pukul 2ptg..diorang bawak gajah mandi sungai. 

Ok..esoknya kami pegi..sampai sana nak dekat pukul 2ptg..tengok parking penuh dengan bas pelancong..tapi sebelum masuk korang kene pegi daftar dulu dekat pejabat die di bahagian depan..kat sana korang kene isi maklumat diri dan selepas tu akan diberi sticker untuk tampal kat baju..


daftar kat pejabat nie..


Gigih en.tunang & SIL isi borang..hahaha
nilah sticker tu..tampal la kat mane2 badan asal nampak kan?
Dah dapat sticker tu boleh la pegi masuk..masa kami masuk tu gajah dah turun kat sungai dah..berimpit-impit la cari port nak amik gambar dan nak tengok gajah dari dekat..walau tengah panas masa tu..gigih weii..aku rasa padam dah kot muke aku dek panas..hahaha..tapi seronok tengok gajah mandi..rase nak join sekali je..hahaha



Bile dah abis gajah mandi..gajah dibawa ke tengah pentas besar untuk memperkenalkan diri..hehe dah macam orang plak dah kan..mula-mula tu aku dok dekat tapi kejap je sebab tak tahan la..umangg aii..bau die busuk weii..sebab gajah tu sambil berdiri sementara tunggu turn nak diperkenalkan siap berak kencing lagi..wooo..aku memang cepat2 la lari..dah la panas pastu ditambah dengan bau taik..mau wengg jap kepala aku nih..so aku dok kat pondok jauh sikit dan biarkan saje en.tunang, SIL & sepupu die layan gajah2 tu..hahaha..nampak sangat orang dekat yang excited kan?hahaha..

aku dok jauh je..x tahan bau gajah
Bile dah abis kenal kan diri tu..pihak pengurusan ada sediakan buah betik untuk pengunjung bagi gajah makan..masa ni pun orang ramai termasuk la en.tunang, SIL & kazen die dok berebut2 nak bagi gajah makan..aku memang dok tepi jela..takmo..geli..hehehe..So tu jela aktiviti kat sana..pastu aku ajak en.tunang balik..sebab tak tahan..panas terik woo..nak pegi kat jeram yang dekat dengan Deerland tu tak bawak pakaian mandi pulak..so balik rumah terus..huhu

Ok, untuk korang yang berminat nak bawak family ke Kuala Gandah ni korang boleh memandu ke arah highway Karak sampai la masuk tol Lanchang. Dah bayar tol tu, amik kanan..kalau ke kiri menghala ke Mentakab/Temerloh..so jalan terus sampai la ke tempat tu..jangan panik pulak nampak hutan kiri-kanan sebabnya memang pusat ni dalam hutan ye..Anggaran masa dari KL ke sini lebih kurang 1 1/2 jam..tiada bayaran masuk..dan aktiviti kat situ, tengok gajah mandi dan bagi gajah makan..Dulu kita boleh mandi dengan gajah tapi aku dengar ade kes mati terpijak ke hapa..langsung la pengunjung tak boleh mandi ngan gajah dah..just tengok gajah mandi je. Gajah dibawa mandi setiap jam 2ptg..so pastikan korang sampai sebelum pukul 2 untuk cari port yang best huhuh..pastu boleh pegi ke Deerland..tapi ni kene bayaran masuk sebab dia pengurusan persendirian..boleh la kan..bawak anak-anak jalan, mesti seminggu pun diorang tak abis cerita pasal gajah ni..hahaha







22 Mei 2013

Inteview Lagi...

Bulan ni termasuk ari ni..dua kali lah aku dapat inteview..minggu lepas inteview SPA..minggu ni inteview dalaman pulak..ishh neves lah!!

Kali ni tak tau la ape pulak yang nak ditanya..neves minggu lepas pun tak hilang lagi..huhu..Ok untuk hari ni..ceritanya aku pernah minta tolong dengan en.tunang aku tanyakan kekosongan kat Department lain..sebab kalau ada aku nak cuba mohon. Bila en.tunang tanya, diorang cakap takde kosong kalau nak pun kena cari sendiri dan tukar suka sama suka..so aku pun rilek2 jela..sebab saje tanya kan..

So, nak dijadikan cerita, petang semalam..HR call aku suruh pegi inteview kat Pejabat Menteri petang ni..adoii..tu yang aku pelik ..padahal ari tu aku suruh en.tunang tanya je..takde pun isi borang tukar..alih2 semalam dah dapat call suruh pegi inteview..katanya kat situ je ada kosong dan nak pakai orang..huhu

Aku pelik la..at least tanya la aku dulu kan..aku nak ke tak..ni main masuk je nama aku..huhu..semalam aku bagitau en.tunang..dia cam tak support je aku keje kat sana..jeles aku dekat ngan KJ katenye..hahaha..Walau apa pun..aku akan attend interview tu..dapat ok la..tak dapat pun ok kan..mungkin ada rezeki ditempat lain..bukan apa yang nak interview aku ni pun bukan calang2 orang..mau terkucil eh kalau kene sergah dengan dia ni..hehehe..mudah2an aku dipermudahkanlah interview nanti..amin..

Last but not least...aku bersyukur sangat atas limpahan rezeki yang Allah kurniakan kat aku..mungkin ni orang kata rezeki nak nikah ek? syukurr...




20 Mei 2013

HIV & Talasemia Test : Done!


Alhamdulillah..urusan borang sume dah selesai..tinggal nak amik sign wali je pastu submit borang ke PAD Temerloh..harap2 urusan tu nanti tak makan masa yang lame la..

Untuk minggu ni, sementara dia outstation seminggu ke utara..aku settlekan keje opis apa yang tertangguh..die balik nanti, nak amik gambar plak..permohonan tu nanti kene sertakan gambar terkini berukuran pasport..kalau nikah di Negeri Sembilan, gambar lelaki wajib bersongkok, kalau negeri lain aku tak pasti la pulak.

Okey berbalik pada cerita test aku ari tu, aku ada mention appointment aku hari rabu 15hb kan? tapi kitorang terpaksa ubah sebab 15hb tu dia terlibat dalam majlis pelancaran Karnival Belia..so aku call klinik tanya tarikh lain..sekali nurse tu cakap takde kekosongan dalam minggu tu. kalau ada pun available untuk seorang je tapi hari lain2...isshh..masalah la pulak...okey la aku cakap, aku pegi hari isnin, dia pegi hari khamis. So, isnin tu petang aku pegi klinik dia hantar..kekdahnya kami la orang 1st yang sampai untuk test darah . Sampai je, die pun dok ayat la nurse tu mintak lepaskan die sorang sebab khamis ni ta dapat datang..huhu..pandai je kelentong..last2 nurse tu cakap ok la..so hari tu kami dua2 settle test.

Ape cerita 15hb tu? Aku dapat interview SPA..sepatutnya hari selasa 14hb tu aku kene pegi Seremban tapi disebabkan surat baru dapat hari selasa tu, die terus call SPA minta tukar tarikh..so SPA suh datang esoknya, rabu 15hb..so di pendekkan cite..15hb tu..kitorang tak test hiv, die pun tak terlibat dengan pelancaran tapi kitorang ke Seremban..hantar aku interview..tula, manusia mampu merancang tapi Dia yang tentukan..

p/s : interview hari tu memang mengecewakan..tawakal je la..ade rezeki..ade la kan?




9 Mei 2013

Ujian Saringan HIV & Talasemia


Pfuhhh..panas weh tengahari keluar gi buat appointment kat klinik dengkil..Dah puas aku dok men'google' klinik2 gomen yang buat ujian ni last2 paling dekat dan tak busy..ialah dengkil. Nak pegi Presint 9 pun boleh tapi lama la nak tunggu..mau demam kot..tak sanggup den dohh!!..

Alhamdulillah.. sampai kat klinik terus tanya kaunter mana nak daftar untuk buat test. First nurse tu tanya bila nak nikah..aku pun jawab la..pastu baru die bagi kami borang..dan terangkan apa yang kami kene buat. So die bagi tarikh 15/5 ni jam 10.30am untuk amik darah..aku neves la sebab rasanya die tak cucuk jari tau..die amik kat lengan sebab nak wat ujian Talasemia sekali..huhuhu..gerun..tapi nak nikah nye pasal..akak rela dik non!!..

Settle dah isi2 borang..ni borang die..



Macam kami akan nikah kat kampung aku di Negeri Sembilan..so dalam borang nikah tu takde borang HIV..jangan risau pulak cam aku sebelum ni..yela..dalam borang nikah die ada sekali borang hiv tu,,sekali aku punye takde..siap call akak aku lagi kot2 die tercicir borang tu..rupenye memang ilekk laa..so leh la guna borang hiv yang pihak hospital sediakan ni..sebab borang nikah setiap negeri tak sama..

Kalau Pahang macam ni la borang die..



Borang ni kene kepilkan dengan borang dari klinik tu masa buat ujian nanti..So next step..minggu ni die pegi kursus kawin kat presint 9...lepas dah dapat sijil baru la balik Temerloh sebab nak settle kan borang ni kat Pejabat Agama Daerah pulak..

Alhamdulillah setakat ni semua berjalan lancar..syukur sangat Allah mudahkan perjalanan kami..




2 Mei 2013

Kini Aku Tunangan Orang


Alhamdulillah..dan terima kasih atas ucapan tahniah yang tak putus2 aku terima sejak aku announce kt fb status terkini aku..malu seposenn!!

Actually semua ni tak dirancang..pada awalnya dia nak jumpa mak aku je sabtu baru ni ..konon2 nak sampaikan hasrat hati die la kan..sampai kampung..cerita2 pastu mak aku suh family dia datang..rancangannya nak datang semalam la sempena cuti hari pekerja..tapi masa die call mak die, mak cakap esok jela mak dia datang. So aku pun cam bese la..ingatkan mak dia datang nak berkenalan @ merisik lebih kurang..tapi bila dah duduk family aku ngan family die..diorang pakat2 terus tetapkan tarikh nikah..makk aiii..terkejut aku nokk..xpress tul!!..sib bek la masa tu aku pakai baju kurung cantik molek..kalau pakai t-shirt ngan tracksuit tak ke naya..hahaha

Sori..aku memang tak pikir nak ambik gambar tunang ke hape..memang cam tak caye..walau ape pun..aku syukur Allah mudahkan urusan kami..So sekarang..aku hanya ada masa 2 bulan lebih kurang untuk buat persiapan. Kitorang akan nikah dulu dan majlis kawin lepas raya..insyaallah..Buat permulaan ni..aku ngan dia settle kan pasal borang nikah bagai2 dulu..dah settle semua baru la uruskan pasal baju dan lain2. 

Walaupun hubungan perkenalan kami singkat..tapi aku percaya Allah punya aturan yang terbaik buat kami..dan aku mengharapkan yang terbaik diiringi doa kami, family, saudara-mara dan sahabat handai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sentiasa berdiri kuat dibelakang aku memberi semangat dan nasihat..mudah-mudahan majlis kami nanti berjalan lancar..amin




5 April 2013

Ikan Duyung La Pulakk..

Macam2 ragam la pulak manusia ni..dah dilahirkan cukup sifat dan akal fikiran manusia tetiba nak jadi duyung...kelakar pun ada bila aku baca metro pagi ni..Kejadian ni berlaku kat Florida, Amerika. Nak jadi cerita ade sorang lelaki ni g** kekdahnya..ada beberapa sut duyung yang dipakai 3 kali sehari.

Yang menariknya die ni memang penyelam..dan oleh sebab minat yang begitu mendalam nak jadi duyung sangat boleh dikatakan die mengamalkan gaya hidup seperti duyung...bf die pun tak boleh nak cakap ape dah..layankan saja dengan kepelikan die ni..hahaha.

Ishh..manusia ni macam2 ragam la..kadang2 tu tak terpikir dek akal pun nak dibuatnya..So moral of the story, kita ni manusia yang Allah jadikan sebaik-baik ciptaan..tak payah la nak ubah ape2 dah..bersyukur la jadi manusia ni.. tapi tu la ape yang terjadi kat mat saleh ni yang dah terang2 bukan Islam mungkin ada juga terjadi kat umat Islam kita...ni la yang dipanggil kecelaruan fikiran. Inilah yang terjadi bile tiada pegangan  agama, nafsu bermaharajalela, fikiran pun dah tak tau nak beza antara yang betul dan salah...donia..donia





4 April 2013

Aku Dah Rimas Laaa....

Mesti korang tertanya2 kan apa yang aku rimaskan?..yela lately ni macam2 hal la yang datang...aku ingat bile aku slow dan banyak diam ni takde pape la..rupa2 nya ada jugak yang kecik ati lagi ngan aku...sungguh aku tak paham!!

So tajuk ari ni..lebih kepada luahan perasaan yang terlalu sarat dengan emosi..haa amik ko..muntah ijau la kalau korang bace ni..huhuhu..tapi aku rasa macam dah tak boleh nak simpan dah..sebab aku pun manusia biasa, ada hati dan perasaan..mula2 aku boleh buat cool je lagi tapi makin lama..rasa macam makin bernanah plak.

Ok, sebelum ni..aku hanya buat hal aku sendiri..tak campur dengan yang lain hampir setahun jugak la..aku macam tu sampai la satu tahap ex-bos aku gelar kan au orang gua..tapi mase tu aku tak kecik ati pun..sebab dah memang aku tak bercampur sangat ngan staff lain sebabnya aku dah serik masa kat opis lama. Aku tak suka orang terlalu busybody dengan hal aku...so bila ex-bos aku dah cakap macam tu aku pun slow2 la bercampur dan bergaul mesra dengan staff lain sampai la awal tahun baru ni..bila ada manusia tu..mula kecik ati ngan aku, tak bertegur ngan aku berminggu2..ok, aku akui mungkin juga salah aku..tapi tu bukan sebab peribadi, cuma aku tegur bab keje je pun..dan aku cakap tu bukanlah guna ayat yang kasar @ maki hamun orang..tu yang buat aku tak paham..apa yang die nak tarik muka sangat.

Sejak tu..aku dah mula malas dah nak bercampur..sebab sepanjang die tak tegur aku tu aku rasa cam dipulaukan tau..tapi aku still wat rilek lagi..puas aku pikir apa yang besar sangat salah aku ni? Dari ari tu, aku dah merajuk dah takmo gile2 kat opis..sampai la semalam..lagi sekali benda yang sama berlaku kat aku...ada lagi yang kecik ati takmo tegur aku...aku bingung la..puas aku pikir apa salah aku ni? xkan la sebab aku tengah cakap telefon, lepas tu die pun dok sibuk bercakap  ngan aku, die nak tarik muka pulak? Ya Allah..as simple as that!!

Setelah aku pikir masak2..petang ni aku nak gi jumpa dia..aku akan minta maaf dengan dia atas semua salah silap aku...ye betul..kadang2 kita rasa takde pape tapi orang len pikir sebaliknya...kadang2 kita pikir orang suka kita tapi sebenarnya die tak suka...dan untuk sekelian kalinya..inilah yang terakhir untuk aku bergaul mesra dengan orang...lepas ni aku akan kembali macam sebelum ni..cakap bile perlu je..aku dah letih nak layan perangai budak2 nih..satu aku perasan kelemahan aku..aku ni tak boleh mesra ngan orang..kalau aku mesra ngan orang, ade je masalah yang timbul..ada je yang tak puas ati ngan aku..bile aku diam je, cakap aku ni sombong la pulak..ishhh..susah tul hidup ni kalau nak puaskan ati orang je..serba serbi apa yang kita buar semua tak kena...Mudah2 an..petang ni boleh settle la masalah aku..korang doakanlah ye..