13 September 2013

Jumaat 7 Zulkaedah 1434H


Salam jumaat...pagi yang agak penat.. penat bukan buat keje tapi penat sebab cam terkejar sana-sini. Sebenarnya aku baru balik dari hospital K.Pilah malam tadi. Kelmarin mak aku admit hospital so aku minta halfday dengan bos, pastu cuti minta 1 hari semalam sebab teman mak aku. Kiranya malam semalam aku tido wad la. Nasib baik mak aku dok wad kelas 2, 1 bilik 2 orang..selesa la sikit kan. So malam tadi mak aku discharge..so aku minta en.suami jemput aku sebab ari ni aku nak keje. Kekdahnya cuti aku yang dah tinggal beberapa hari je lagi ni. Kalau banyak lagi opkos la aku cuti direct sampai isnin.Tak larat nak ke hulu ke hilir. Esok balik kampung balik.Mudah2an mak aku cepat sembuh..sian kat mak.badan dah nampak susut sebab tak makan. Anak buah aku bawa bubur pun tak berusik. Yela nak makan macamana, dah susah nak mengunyah..selera pun takde..risau aku dibuatnya.

Aku pun macam tak bersemangat nak buat persiapan kenduri ni..sebab keadaan mak aku..tapi sebab kad dah edar kene la teruskan juga. Aku harap semangat ni pulih balik..amin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan