Salam jumaat semua...alhamdulillah hari pagi ni cuaca sejuk je..so aku pun nak kongsi satu resepi ni. Aku yakin ramai yang dah try kot Puding Aiskrim Oreo ni kan? Takpe ni kira versi aku la ek..Puding ni projek minggu lepas tapi baru ari ni rajin nak buat entri..
Bahan-bahan :
Agar2 tali 25g..potong kecil-kecil
Susu cair 1 tin
Air 1250ml
Biskut Oreo dihancurkan atau dipatah2kan..aku buang cream die
Gula ikut suka
Aiskrim 5 scop..ikut suka nak perisa ape..aku masuk kan aiskrim coklat chip
Telur 1 biji
Esen vanila setitik
So cara nak buat ialah..satukan susu cair, telur, aiskrim dan masuk kan sikit esen vanila..kemudian blend. ketepikan. Rebus agar2 dengan air sampai hancur, masukkan gula. Kemudian masukkan bahan yang telah diblend tadi. Biar masak sekajap..kemudian padam api. Korang boleh masukkan biskut oreo tu kemudian curah dalam bekas..tapi aku tak buat macam tu..kire derhaka sikit..aku curah dulu dalam bekas..pastu aku taburkan biskut oreo tu atas puding..tenggelamkan sikit-sikit..dan sejukkan selama 1 jam..kemudian boleh dihidang.
Puding Aiskrim Oreo versi aku.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan