Hollaa..wah terajin plak nak wat entri sampai sehari dua kali..ni satu perkembangan yang positif ni..sila tepuk tangan untuk diri sendiri..yeayy..ok berbalik pada tajuk..kekdahnya aku baru dapat mask atau topeng muka ni dari opismate aku yang baru balik dari Korea. Katanya mask kat sana atau barang-barang penjagaan kulit ni murah sangat kat sana.
So ni la buah tangan yang aku dapat beserta FM yang sangat comel. Lately ni aku rajin jugak pakai mask..aku suka bila time kita pakai ni rasa macam kulit muka ni ditarik dan sejuk je..en.suami pun join tau..dah tu asik sibuk je tanya..aku bagi dia pakai sekali..hehehe..Biasa aku beli yang untuk kulit kering. Dah aku ni berjam-jam dok dalam ekon kan harus la kulit ni kering..takut jeragat naik..spoil wehh.. Untuk dapatkan kulit yang cantik amalkan la pakai masker ni seminggu sekali atau seminggu 2 kali. Bagi aku tak mekap takpe tapi kulit muka kene jaga..aku pun bukan la tiap-tiap hari nak mekap tebal-tebal..tapi dah ada suami ni, penampilan memang sentiasa kene jaga..jadinya moh ler bermasker malam ni yek..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan