15 Oktober 2012

Happy Belated Birthday Mak..

Assalamualaikum..


Selamat bersiaran!!..wah macam dah online kat tv pulak gamaknye..hehe..Adoi laaa..sungguh lame bebeno belog ni dibiarkan tandus tanpa sebarang cerita mahupun gossip (motip?)..


Sebenarnya cerita banyak tapi ayat nak mengarang ni tenggelam timbul..sebab tu la bila aku dah taip aku deleted..hahaha..dan lagi satu tak tau la penyakit malas sape2 tah hinggap kat aku ni..( alasan banyak kan?).


So, sebagai pembukaan bulan Oktober ni, aku nak cite pasal majlis makan2 kat umah aku sempena birthday mak. Kebetulan mak aku datang umah jumaat lepas dan khamis tu tetiba datang idea nak buat makan2 sikit jemput beberapa orang ahli family untuk meraikan..jadi la kan..yang penting ada..walau kecik..memang la mak aku tak penah minta tapi yela kita sebagai anak..walau tak dapat bagi intan permata, duit setimbun pun apa la salah sekali sekala membahagiakan orang tua kita kan..happy sangat bila tengok muka orang yang kita sayang happy..tak gitu?


Special thank's juga kat opismate aku tolong order kek red velvet yang sangat sedap dan harga yang berpatutan walaupun masa dah suntuk..apa taknye..order hari khamis nak hari jumaat..dan thank's jugak kat akak tuh sebab susah payah siapkan kek and hantar kat aku dalam hujan pejo, banjir kilat bagai. Nak tunjuk gambar sket..bagi korang terliuq..haha


simple & sedap
 Selain kek, aku buat mee goreng dan agar2 oreo coklat..mula2 ingat nak buat spaghetti tapi dah akak aku komplen x makan spaghetti la pulak, tak kenyang kekdahnye..alahai..2 yang last minit masak mee..makanya bersilat la aku kat dapur..dah masak mee, ade pulak yang nak makan nasi..kebetulan aku dah penat, makanya permintaan tak dilayan..haha

Janjinya nak potong kek pukul 8mlm..tapi ada lagi ahli korum tak sampai..dah pukul 10mlm tunggu anak cucu aku pun dah ngantuk, so kitorang on kan jela dulu..hehehe..dan yang paling excited nak potong kek bukan mak aku tapi cicit die..si aina..hahaha


So, tula cerita hari minggu yang lepas, berkumpul dan makan2..penatnye jangan cite sampaikan baju keje aku ari ni pun pagi tadi baru gosok..hahaha..ni bukan merungut tau..tapi seronok sangat, bila rumah aku kecoh, seronok sebab mak and adik beradik, anak sedara, anak cucu bertandang & tido umah aku.

Happy Belated Birthday Mak!..