7 November 2013

YUN NAM Hair Care

Cerita ni bermula bila aku sign up untuk 100 orang pelanggan pertama melalui Beautifulnara. Lepas seminggu ada awek cina call aku cakap aku boleh try  1 kali treatment free kat Yun Nam yang berhampiran. So disebabkan The Mines yang paling dekat so aku deal hari sabtu. Ya ampun..sabtu tu aku lupa cuti Deepavali, makanya memang sesak gile2 la nak masuk The Mines tu, sampaikan bumper belakang kete kene cium dengan kete lain. Apalagi bising la en. suami ..tapi bisingnye sekejap je lepas orang tu bayar gantirugi..ahakss.#dramadisitu#

Punca aku nak pegi buat treatment ni sebab rambut aku yang super duper gugur dan dah nipis...risau weii bile tengok rambut makin jarang dan nampak botak. Masalah tu berpunca dari kelemumur..phewww..dah macam-macam shampo antidandruff dah aku guna..tapi still ada. 

Masa pegi tu, cam biasa die register nama kita pastu die bawak masuk bilik nak scan kulit kepala. bile dah kenal pasti apa masalah, mula la diorang jual pakej diorang. Aku ni nasib baik la kete baru lepas eksiden, so ada alasan la takmo ambil pakej die. Pakej yang ditawarkan untuk aku ialah dandruff berharga RM550 sekali rawatan. Lepas tu treatment herba dan bagai-bagai tu RM 400++ untuk 10 kali rawatan. Bila awek cina tu cakap..aku dah terbayang muka en.suami. ishhh..mau die melenting kang ni kalau pepandai aku ambil pakej ni dah la sebelum pegi aku dah janji takmo terpedaya perabih duit. So pikir punya pikir aku amik juga rawatan berharga RM150 sebab aku tengok rawatan diorang ni memang ok tapi masalahnya poket aku je time tu tak berapa nak ok..huhuhu.

Ok, lepas dah aku bayar sume, diorang cuci rambut aku, bilas, pastu ada la diorang letak perapi ke hape,then bilas dan keringkan sikit dengan towel pastu letak herba kat kepala, pastu bungkus, urut2 pastu stim rambut aku dalam 20minit. 


Cukup 20minit, bilas, cuci ngan shampo, letak minyak apa ntah, bilas lagi...settle sume, dorang spray plak kulit kepala aku..dan keputusannya............

kiri sebelum & kanan selepas


macamana la rambut aku tak gugur kan..geli tengok kelemumur banyak gile.

So, sebelum balik diorang bagi la set penjagaan rambut sendiri kat rumah 3 botol comel, shampo, conditioner dan herba spray. Alhamdulillah seminggu ni rambut aku dah jarang gugur tak macam sebelum ni kalau sikat tu penuh ngan rambut...huhu.

Nak katanya, kalau ada ongkos haruslah aku nak buat lagi treatment kat sini sebab aku puas hati dengan resultnya.. So sesapa ada masalah macam aku ni boleh la cuba kot. Lepas ni boleh la Yun Nam bagi treatment free kat aku sebab tolong promote tuk diorang..huhuhu









Tiada ulasan:

Catat Ulasan