31 Disember 2012

2012 Personal Achievement

Assalamualaikum..alhamdulillah hari ni merupakan hari terakhir 2012..syukur ke hadrat Allah kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini, masih lagi melakukan macam biasa melakukan rutin2 harian..macam aku ni haa..walaupun kat opis ari ni sume pakat2 amik cuti balik kampung atau menguruskan sekolah anak kekdahnya..so bagi orang bujang cam aku ni..bermalas-malasan lah nk ke sekolah..opis..hehe..perasan budak sekolah lagi la tu kan?

Well...selama setahun yang aku lalui ni bermacam-macam pahit maung, masam manis, suka duka yang aku tempuh dan aku percaya setiap orang juga melalui perkara yang sama..alhamdulillah..segala ujian dan dugaan yang datang membuatkan aku makin kuat dan tabah untuk mengharungi cabaran yang mendatang..terima kasih Ya Allah..atas semangat ini.

So, aku mulakan dari segi kerjaya, pada awal 2012 bermula dengan smooth and steady...masuk bulan ke 5..dah start kacau sikit dengan 'peralihan' kuasa dalam pejabat..dari situ mula la dengan drama-drama yang kadang2 agak menjengkelkan..sehingga lah..pertengahan tahun dan akhirnya..keadaan kembali seperti biasa..pfuhh..selepas melihat banyak drama airmata, gossip dan kontroversi.#dramasangat#

Okey..dari segi family..biasa la..sedangkan lidah lagi tergigit kan..ni kan pulak adik beradik..dan alhamdulillah..sebelum 2012 menutup tirai ni..yang mana berkecil ati tu dah okey..mana ada yang buat salah tu dah mintak maaf..takmo sentap2 lagi okehh..air dicincang tak kan putus..kesian kat mak aku dengan perangai anak-anak yang tak matang..huh! Tahun ni tiada kelahiran ahli baru dalam keluarga kami dan tahun ni jugak kami kehilangan seorang  abang ipar (abglong) sebab sakit. Manakala berita gembira, akak aku (single mum) bertemu jodoh dan Insyaallah awal tahun depan majlis ijabkabulnye..so berderet la dengan anak sedara aku 2 orang..sorang awal tahun depan dan sorang lagi ujung tahun..


Kewangan pun tahun ni agak stabil..walau tidak la semewah mana..tapi alhamdulillah masih lagi boleh di ' balance' kan..hehehe..maklum la hidup bujang kan..kene la pandai berbelanja..(hari ni baru dapat surat saman RM150...hukhuk..bertabah jelahh).


Haaa..part yang korang nak tau sangat mesti pasal kehidupan aku kan...hehe..so pencapaian aku tahun ni..alhamdulillah aku diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan umrah pada bulan Mac yang lalu dengan mak aku..perjalanan yang amat bermakna dalam hidup aku..berjumpa dengan teman yang lost contact bertahun2 masa persiapan buat umrah..ingatkan jodoh..tapi bila di sana..Allah telah yakinkan aku, dia bukan jodoh aku..#reda#..dan aku sedang berkawan dengan seseorang yang kadang2 buat aku menyampah..hehehe..tapi dia sentiasa ada saat aku susah dan senang..moga Allah permudahkan urusan kami..amin..pastu ex aku kawin senyap2 lepas raye..dan motip nak berahsia dengan aku..huhu..walau satu kampung dah kecoh..semoga kau berbahagia...selain tu aku jugak diberi peluang oleh opis untuk merantau ke sebahagian besar kawasan atau daerah di sarawak..perjalanan melihat local people dan kawasan pendalaman sarawak..jakun dan overst excited..layanan dan budi bahasa diorang superb...serta kawan-kawan yang sentiasa ambil berat tentang aku serta mewarnai  hari-hari aku..terima kasih korang..dan juga kat opis aku yang banyak bagi aku peluang merantau ke negeri orang..alhamdulillah.


Inilah sebahagian warna warni kehidupan yang aku lalui sepanjang 2012..semua orang punya pengalaman yang berbeza, mungkin pengalaman aku tak seindah orang lain yang merantau ke luar negara atau punya keluarga yang bahagia...tapi aku percaya Allah mengatur segala yang terbaik untuk aku dan untuk kita semua..Semoga 2013 yang menjelma ni akan kita lalui dengan semangat yang cekal dan sebaai orang Islam tingkatkan amalan & keimanan kita kerana makin hari makin kuat dugaan yang datang menguji kita..



Wassalam...











17 Disember 2012

Roti Jala


Wahh..sekarang ni bukan main lagi aku kan..rajin betul masak-masak guna fry pan yang baru beli tu..hahaha..ape guna kalau beli setakat nak simpan kan uolls..hehe..

Ni nak ceritanya..sabtu petang tu aku buat roti jala..bahan-bahan memang dah ada, so jumaat malam tu beli ayam n rencah nak masak kari jela..Opkos la kan buat kari ayam kan nak cicah ngan roti jala..mabeless gitu..huhu

Acuan roti jala pun aku tak pakai yang ade tangkai tu..tapi jenis botol macam botol sos tapi muncung 3..bukan apa bile aku tengok blogger masak2 buat pakai acuan muncung 3 ni macam cantik je..so hati aku pun berbunga2 gak nak terai kan..Yela biasa kita makan roti jala ala2..serabai gitu..pastu gulung kan..tapi acuan ni kita buat cam ayam tikar..macam ni ha lebih kurang..



Aku tau..korang mesti kate tak kemas kan..hehe..gigil2 buat ni tau..maklum la beginner..hukhuk..tapi orang cakap practice make perfect..haa..amik ko speaking London petang2 gini..ko ado?

So, sabtu tu ber 'roti' jala la aku..alhamdulillah..dapat la diagih2 kan kepada beberapa individu..ehem..dan minggu ni aku gantung kuali sampai la abis krismas..sebabnya aku outstation dan balik outstation terus balik kampung..yeayy..korang layan la gambar ni ea..kalau roti nampak tak kemas gulungnye..acu korang buat pulak bagi kemas2 gitu..huhu







10 Disember 2012

Durian Crepe Versi aku...

Wahh nampaknya Durian Crepe dah glamer seantero malaya dah ni..semua orang nak bercerita pasal Durian Crepe(DC) kan? So aku pun nak menyibuk sama la..hehehe..mentang2 la sekarang harga durian runtuh..pegi mana2 pun kalautakde durian mesti ada bau..ishh..tak boleh tahan betul..huhu

Sebenarnya resepi DC aku dah google kt semua tempat cari yang paling mudah..last2 aku ambil resepi dari akak opismate aku..yang aku rase cam boleh tahan la..mudah dan tak memeningkan aku nak cari bahan. Maka sabtu lepas bermula la misi aku buat DC ni..mula2 pegi kedai bakery kat Bangi..pastu pegi pulak giant Warta cari kuali non-stick..nak buat DC nye pasal kan..hahaha

Tak habis kat giant pegi pulak area pasar malam..kot2 ada orang jual durian..pegi2 tengok orang dah pacak khemah nak meniaga..so ari tu aku la 1st customer pakcik jual durian tu..dapat la diskaun..kate orang 1st kan..

Sampai rumah..tak lengah la aku memulakan operasi..masuk itu, kacau yang ni, gaul tu sume bagai..jadi la camni ha..

hasil campuran dari 4 jenis tepung, minyak masak, esen vanilla, santan, telur, air
dan pewarna kuning
So aku blend dan tapis..panaskan kuali..terus tuang sesenduk adunan tadi dan golek2 kan ala2 buat lempeng tu..


Tunggu sampai die gelembung tau..guna api yang kecik sekali sebab takmo rase hangus atau hangit...ulang proses yang sama sampai la tepung tu abis..

Ok..untuk inti pulak..aku aku beli sebiji durian dan amik isi je..kalau nak amik biji atau kulit terpulang kat korang la..tapi aku nak tanya sebelum tu..dah cukup kebal ke nak makan biji ngan kulit durian? hahaha..Berbalik pada resepi..aku tanggalkan isi durian tu guna sudu dan garfu..kalau korang nak 'ramas' je boleh gak..tapi geli la wei nak makan..hahaha..dan whipping cream aku guna jenama Rich kaler merah. Whipping cream tu kalau takde mixer boleh la korang pukul sampai kembang camni haa..


dan ni isi durian aku..dapat la semangkuk


Bila dah siap sume..korang letak whipping cream sikit, pastu letak isi durian sikit dan kemudian tutup ngan cream tu..pastu balut..jadi la camni ha..


Masuk dalam peti ais sekejap..pastu boleh la makan..adunan tepung aku tu dapat dalam 20 keping..so alhamdulillah len kali boleh buat lagi..mungkin minggu ni nak buat projek roti jala la pulak..hehehe..

So, sape yang rajin2 tu boleh la cube pulak buat DC ni versi korang..hahaha






23 November 2012

Pertandingan Masak


Cerita ni hari Sabtu lepas masa aku balik kampung yang kenduri  tunang tu. Kan dalam entri lepas aku dah mention nak cerita kan..so untuk tidak menghampakan kalian..(bajet macam orang bace je) maka aku dengan penuh takzim nye nak bercerita ni ha..

Sebenarnya cerita pasal pertandingan masak ni aku dah dengar dari alang aku masa awal-awal aku sampai kampung tu. Haaa..aku letak je barang2 mula la alang aku dok bercerita yang alkisahnya kampung aku ade bebudak UiTM Shah Alam  budak program ala2 majlis ramah mesra ngan penduduk kampung gitu dan sekali ngan kempen derma buku. diorang ni tido kat UiTM Kuala Pilah..pastu program waktu kat kampung aku selama 3 hari bermula jumaat tu sampai la ahad. So Sabtu tu, ada pertandingan masak, sukaneka ngan banyak lagi acara la.


Nak ceritanya petang tu memang ujan lebat sangat..dalam ujan lebat tu jugak la..aku ngan alang hantar lauk yang dah masak kat pertandingan tu. Haa..kitorang sume tak masak kat situ ye puan-puan sume..kitorang masak siap2 kat rumah just bawak je lauk tu kat pertandingan. Tema lauk ialah gulai ikan Sungai. Alang aku masak la gulai ikan sembilang salai campur kacang botol..mebeless ko!!


Mula aku ingat tak ramai la yang masuk..rupa2nya berderet jugak la..dan aku je peserta yang single..yang lelain sume mak2 orang..hahaha..alang aku segan sebab peserta lain sume pompuan kan..die sorang laki..tapi apa nak heran kan..sekarang ni laki pompuan masak..takde yang peliknye..

Dan part yang paling best, lauk kitorang tu memikat hati juri..maka tak sia2lah aku balik minggu tu..sebab menang dapat hadiah..hahaha..walau pun dapat no.3..tapi happy sangat..dan yang paling happy opkos la alang aku..sebab die yang beriya-iya nak masuk. Masa mula-mula nak masak tu, aku ade gak berselisih pendapat ngan alang pasal menu..yela alang nak masak ikan tu campur jering..aku pulak tak nak sebab jering tu berbau kan..nak letak terung belanda atau daun gelugor macam ada kemungkinan akan ramai peserta yang masak stail tu. Last2 alang cakap kita campur kacang botol.

Masa mula2 bukak penutup lauk tu, dah ramai yang kerumun sebab bau wangi salai tu..dah la ujan lebat kan..mau tak berkeroncong perut..hahaha..So ni la hadiah yang kami dapat hari tu..walau pun aku ni hanya peserta tempelan..hahaha..alhamdulillah










22 November 2012

Majlis Tunang..bukan aku punyee..


Minggu yang amat meletihkan..hehehe..actually aku baru masuk opis ari ni. Badan tersangat la penat suara pun dah macam nak demam ni..hukhuk..

Ni nak cerita minggu lepas, kenduri tunang..tapi cam tajuk tuh dah kate kan bukan aku punyeee..huhu..Sebenarnya majlis ni anak sedara aku ngan akak aku tunang serentak pada hari yang sama.. Kakak aku pasangannya dari Terengganu, anak sedara aku dari Kedah..sume jauh-jauh belakee.. nak buat camne kan..dah jodoh..

Kira ni sejarah dalam kampung la gamaknya bile kenduri tunang ada dua pasangan..dan antara orang yang sibuk menguruskan majlis siapa lagi kalau bukan aku..jadi orang dapur sampai tak sempat nak melaram pakai baju lawa-lawa..hukhuk..sabtu pagi2 aku ngan mak ke pasar  beli lauk pauk..balik rumah masak untuk makan tengah hari..rilek jap pastu buatkan hantaran yang tak siap lagi. Dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi join pertandingan masak ko..dah la ujan lebat..hahaha..cerita ni next entri k..ari ni nak cerita pasal majlis tunang je..hahaha



Ni antara hantaran yang aku buat kat putrajaya..tapi sampai kampung aku tukar riben ngan polisterin tuh..huduh nau ghopenyee..ala..bleh la kan..sikit-sikit bakat terpendam tuh. Kalau nak tempah over bajet pulak kan..jangan membazir..duit tu boleh guna ke lain..kan..

Ni pulak gambar sume hantaran dari pihak akak aku tema kaler purple gold 11 dulang berbalas 9 dan anak sedara aku tema hijau 7 dulang berbalas 5. Ni ada gambar aku amik tapi gelap la pulak..tak pela nak tunjuk jugak..hehe




So, kenduri ahad tu berjalan dengan jayanya..dengan itu selamat la sudah akak ngan anak sedara aku menjadi tunangan orang..semoga kekal ke jinjang pelamin..pertanyaan orang kat aku, aku bila pulak?..aku hanya balas dengan senyuman..Allah jua Yang Maha Mengetahui..bila masa dan ketikanya kan...

Lepas abis bertungkus-lumus berkemas, aku siap2 berkejar ke Allson Klana pulak..ada apa kat sana? nanti la aku cerita kat next entri ek?

K, bai..








3 November 2012

Hari Ni Aku Kerja..




eleh..saje la tu..buat-buat bz khenn..

Lepas subuh tadi terus siap-siap kemas rumah..basuh kain baju..dan terus masak. Bukan apa dah kate aku kerja kan hari ni..so ingat masak sket leh bawak bekal pegi opis..alah masak simple-simple je pun..hehehe

Sampai je opis..nak masuk tak boleh la pulak..pass tak bawak..dah turun balik..jumpa guard mintak pass tapi diorang dah tak bagi, katenye ramai pencuri dah sekarang..tu pasal la tak bagi visitor pass dah, hohoho gitu kekdahnye...acaner nak masuk nih? call orang tu orang ni suh bukak pintu nak masuk punye pasal..hahaha..bikin kecoh pepagi khenn..

So ni dah settle ape yang patut sementara tunggu lelaki-lelaki gagah perkasa angkat barang dan kumpulkan satu tempat..aku pun ambik kesempatan la meng apdet blog..hehe..kang diorang dah siap..turn aku plak la nak belek2 barang-barang tuh..so korang-korang yang dok rumah ari ni, selamat beristirehat la yek..layan hindustan petang ni, ade yang g i kenduri ke..selamat la ye..apa-apa pun tahniah kat la kat sesapa yang menjadi Raja Sehari hari ni, semoga berkekalan hingga hujung nyawa..aku je la dok tunggu turn tak sampai-sampai lagi..hukhukhuk..

2 November 2012

Bukan Rezeki..


Sedih sangat sebenarnye hari ni tau..macam ada satu benda yang berat terbuku dalam hati aku ni..sob sob..Patutnya aku dah sampai kt sana..tapi dah tertulis takde lagi rezeki tuk aku jejak kaki kat sana..

Punyalah aku study bagai nak rak..itinerary, booking sume siap bagai..tapi akhirnya..hari ni aku masih di opis depan pc menaip kat blog ni haa..

Tak pela..walau aku terkilan camne pun..benda dah jadi..tapi ada pengajarannya kat sini. Jangan berharap kat orang yang belum tentu nak pegi..maksudnya yang takde perasaan yang sungguh-sungguh nak travel sama-sama dengan kita, takde perancangan dari dia untuk travel ni..semuanya harap nak bertindak last minit..pastu ni la yang terjadi..burn tiket!!..

Stress betul aku nak melalui hari ni yang patutnya aku bercuti..tapi aku dah cancel kan cuti tu pagi tadi..dah tak jadi pegi kan..baik aku keje..So tengahari ni lepak-lepak kat opis..esok aku kene ot..alhamdulillah dapat cari duit lebih..dan harap-harap cepat la akak tu hantar durian crepe aku..pasal durian crepe ni aku order malam tadi..ceritanya akak opis aku bagi rase seketul..ingat tak sedap..tapi bile rase..yaaa ampuuun..sedap bangat..hahaha..so aku order la 2 peket. Bagi sesape yang tak kenal macamane rupe durian crepe, ni aku kasi korang tengok..mabeless wehh!! (motip : dari sedih cam nak meraung tadi..cite bab makan terus cam happy..drama queen kekdahnya..haha)


skali ngap je ni..best!

penuh dengn isi durian..meleleh air liur..slurpp



Derma Darah




Hari ini aku nak bercerita pasal aktiviti semalam. Semalam kan hari Inovasi pastu sekali dengan perhimpunan bulanan opis. So aku ditugaskan kat kaunter pendaftaran Pusat Darah Negara...uruskan sesape yang nak derma darah lah..sambutan amat lah menggalakkan..ramai yang derma tapi ramai gak yang direject atas banyak sebab..so kalau sesape nak menderma darah ni kan..sila baca syarat-syarat kat bawah ni haa..

 

Menderma darah ni bagus tau dari segi kesihatan..sebab bila kita menderma darah..darah yang lama keluar sel darah akan menghasilkan darah baru yang lebih banyak oksigen..tu yang membuatkan badan kita berasa segar..selain tu pahala pun kita dapat sebab dengan darah kita ni kita mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain..insyaallah.



ni antara makanan yang disediakan..aku suka apam polkadot tuh..

Part yang paling best lepas kene cucuk ngan jarum tuh..ialah dapat makan free..hehehe..aku suka bab nih..selain akan dapat sijil dan buku merah untuk 1st time menderma. Kegunaan buku tu ialah untuk merekod setiap kali kita menderma manakala penderma yang kerap menderma akan mendapat pelbagai keistimewaan antaranya, percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan bagi yang menderma sebanyak 6 hingga 10 kali...haa best kan?


So semalam kami hanya berjaya mengumpulkan 49 peket darah je..target 100 peket..apa nak buat..tapi kami bangga sebab dapat menyumbang sesuatu untuk masyarakat..ceewah...lain kali aku nak join lagi la..korang pulak macamane?






15 Oktober 2012

Happy Belated Birthday Mak..

Assalamualaikum..


Selamat bersiaran!!..wah macam dah online kat tv pulak gamaknye..hehe..Adoi laaa..sungguh lame bebeno belog ni dibiarkan tandus tanpa sebarang cerita mahupun gossip (motip?)..


Sebenarnya cerita banyak tapi ayat nak mengarang ni tenggelam timbul..sebab tu la bila aku dah taip aku deleted..hahaha..dan lagi satu tak tau la penyakit malas sape2 tah hinggap kat aku ni..( alasan banyak kan?).


So, sebagai pembukaan bulan Oktober ni, aku nak cite pasal majlis makan2 kat umah aku sempena birthday mak. Kebetulan mak aku datang umah jumaat lepas dan khamis tu tetiba datang idea nak buat makan2 sikit jemput beberapa orang ahli family untuk meraikan..jadi la kan..yang penting ada..walau kecik..memang la mak aku tak penah minta tapi yela kita sebagai anak..walau tak dapat bagi intan permata, duit setimbun pun apa la salah sekali sekala membahagiakan orang tua kita kan..happy sangat bila tengok muka orang yang kita sayang happy..tak gitu?


Special thank's juga kat opismate aku tolong order kek red velvet yang sangat sedap dan harga yang berpatutan walaupun masa dah suntuk..apa taknye..order hari khamis nak hari jumaat..dan thank's jugak kat akak tuh sebab susah payah siapkan kek and hantar kat aku dalam hujan pejo, banjir kilat bagai. Nak tunjuk gambar sket..bagi korang terliuq..haha


simple & sedap
 Selain kek, aku buat mee goreng dan agar2 oreo coklat..mula2 ingat nak buat spaghetti tapi dah akak aku komplen x makan spaghetti la pulak, tak kenyang kekdahnye..alahai..2 yang last minit masak mee..makanya bersilat la aku kat dapur..dah masak mee, ade pulak yang nak makan nasi..kebetulan aku dah penat, makanya permintaan tak dilayan..haha

Janjinya nak potong kek pukul 8mlm..tapi ada lagi ahli korum tak sampai..dah pukul 10mlm tunggu anak cucu aku pun dah ngantuk, so kitorang on kan jela dulu..hehehe..dan yang paling excited nak potong kek bukan mak aku tapi cicit die..si aina..hahaha


So, tula cerita hari minggu yang lepas, berkumpul dan makan2..penatnye jangan cite sampaikan baju keje aku ari ni pun pagi tadi baru gosok..hahaha..ni bukan merungut tau..tapi seronok sangat, bila rumah aku kecoh, seronok sebab mak and adik beradik, anak sedara, anak cucu bertandang & tido umah aku.

Happy Belated Birthday Mak!..







3 September 2012

Mendung Jadi Jerebu...

Saje je aku nak bagitau pagi tadi nampak mendung pastu dah petang ni berjerebu..macam mood aku gak huhuhu..ni sume pasal gambar dalam fb..aku rasa cam tak mau bukak dah fb tu..tapi aku bukak juga sebab aku suka tengok member upload gambar2 happy diorang..sebab kan tula aku tertengok gambar yang pada mulanya aku tak amik 'pot' tapi lama2 cam jauh kat sudut ati aku jadi 'sakit' plak..haha parah tul lah!!

Walau apa pun aku tetap doakan kebahagian kalian..hukhukhuk..ok stop, nanti ada yang ingat aku meroyan..hahaha..

Jap..jap..tarik napas dulu............ok..dah stabil ni..aku nak cite pasal berita yang aku baca kat paper ari ni. Ngokk tul la sape yang nak ubah sangat bendera Malaysia... Nak je aku tanye diorang, diorang ni takde keje ke selain buat kacau bilau? Elok la ikut kan sangat paham cha ya nun alif tuh...tak tau la apa nak jadi..bak kata otai2 kat opis aku ni..budak2 muda sekarang yang suka wat2 kecoh ni macam anak2 terbiar yang saja menarik perhatian orang dengan tindakan diorang ni. Diorang bukan pikir akibat dari perbuatan diorang maklum la hidup2 kat dunia ni dah senang lenang..sume depan mata tak payah susah payah...

Dan ada yang paling aku rasa cam nak tonyoh muka diorang kat lantai bile aku baca kat forum, ada yang kata bukan susah pun Tuanku Abdul Rahman nak minta Tanah Melayu merdeka, pegi je London..balik terus laung merdeka, merdeka. Memang la tak susah kalau bercakap dan menaip je kan..hurmmmm..

So, cukup la setakat ni je bebelan aku ari ni..macam2 hal betul lah!! Doa je la supaya negara kita terus aman makmur. Jangan la kita jadi sebahagian manusia yang porak perandakan negara. Apa yang ada depan mata kita pelihara dan kita jaga.





28 Ogos 2012

Day 2 : Sibu & Mukah Part II

Kira-kira 2 jam menempuh perjalanan yang mencabar akhirnya kami sampai di Pekan..err Bandar..err whatever lah..dan terus menuju ke opis sebab masa tu jam dah pukul 12 tengahari takut lewat2 nanti staff nak keluar lunch pulak kan..opis kat sini macam kebanyakkan tempat lain..sewa kat deretan kedai je..dan staff memang dalam linkungan 5-6 orang. Lagipun opis ni baru beroperasi kira dah menyenangkan keje kami..hehehe..agak2 dua jam keje pun dah settle..kami langsaikan pape yang wajib dan terus pegi makan.

dah nak sampai ni..


masjid mukah
Masa makan diorang ni order umai..umai ni sejenis makanan tradisional orang mukah tau..umai diperbuat dari ikan mentah yang segar..rase? bagi aku sangat best..boleh diterima tekak dan memang sedap. Aku difahamkan yang mukah ni majoriti terdiri dari suku Melanau dan terletak ditepi laut dan sungai..so kat sini memang kaya dengan seafood. Lepas makan diorang bawak aku jalan2 kat jeti beli sikit2 buah tangan cam kuih tebaloi..haa ni pun salah satu makanan @ kuih tradisional orang mukah. Kuih tebaloi ni diperbuat dari sagu. So oleh kerana itu mostly penduduk mukah ni yang lelaki bekerja sebagai nelayan dan menebang sagu..dan jangan terperanjat sebab memang banyak kuih2 diorang dibuat dari sagu..meh layan gambar..



sekitar Bandar @ Pekan Mukah



ikan jerung jual longgok2..goreng sambal sodap nih
Abih jalan2 sume..kami pun berangkat la balik semula ke Sibu dan sepanjang perjalanan balik aku 'pengsan' kepenatan dan kekenyangan..tau2 dah sampai Sibu je..staff sibu terus tunjuk tempat jeti yang kami kene pegi pagi2 esok sebab nak ke Kapit pulak. Sebelum balik ke hotel sekali lagi diorang ajak pegi makan..huishh waktu tu aku dah berkata2 dalam hati kalau aku sambung lagi dua minggu dok sini..memang kompem aku debab..uwaaaaaaa..

Kembali Bekerja

Assalamualaikum..haa caner dah mula keje ke setelah bercuti panjang? Aku dah keje dari semalam..ahad pepagi pas subuh aku siap2 kemas rumah dah settle sume baru aku siap2 gerak balik sini. Balik pagi2 memang best kekdahnya sebab jalan super lengang..so aku leh merempit..hahaha tapi jaga2 ade gak JPJ yang dok perati..

Bercerita pasal cuti raya kali ni memang kurang best la..agaknya bile makin dewasa ni makin tak best kot..haha..itu bagi aku la, tak tau la bagi korang2..yela ada yang kali pertama raya bersama suami/isteri, kali pertama dengan anak sendiri dan kali pertama raya umah mertua..aku? macam biasa raya kat rumah pusaka bersama keluarga tercinta..

Okey la..aku pun ada keje nak buat..so saja pepagi ni amik mood untuk ceria..dan sebab apa kene ceria? sebab minggu ni aku melaram baju raya so kene la happy2 kan..ahakss..jangan jeleess..:P

7 Ogos 2012

keMALASan...

Assalamualaikum dan selamat bersiaran. Sawang2 dah banyak kat blog aku ni..almaklum la dah lama tak ngedet..sebab apa? sebab penyakit MALAS yang melampau..hahaha. Cite kembara di bumi kenyalang tu mungkin aku akan sambung lepas raya kot..itu pun kalau ingat lagi jalan cite die camne..hahaha. Bukan apa, sebelum Ramadhan hari tu banyak sangat program, keje yang melingkau keliling aku, pastu bile Ramadhan tetiba aku jadi MALAS nak apdet blog tahap beku..mungkin setan takde dan apdet blog itu keje lagho kekdahnya..haha..dan baru2 ni plak aku terlibat dengan keje2 menghias opis aku dengan tema "bakar lemang & kacau dodol sesama ummah" (tajuk rekaan aku sajork)..alhamdulillah..menjadi cume takde gambau je nak masuk kat sini..sebab? MALAS...ermmm

Kalau ditanya pasal persiapan raya..aku takde buat @ beli pape pun..tunggulah, mungkin sabtu @ ahad ni aku akan mencari sikit2 kepek dan biskut raya untuk umah kat kampung. Kat mak, awal2 aku dah pesan toksah susahkan diri nak buat biskut2 raya ni..kita beli je..haha..dasar peMALAS kekdahnya..ingatkan nak buat ek?

Hari ni dah 18 Ramadhan..kejap je masa berlalu..sayu rase ati ni haa..semenjak aku terlibat dengan dunia kerja..nilah Ramadhan yang aku rasa paling bermakna dalam hidup aku..Subhanallah...moga Allah kekal kan 'rase' ini hingga hujung nyawaku..amin.

Dan buat korang yang sangat aku sayangi (bajet retis)..sempena Ramadhan masih ada lagi ni..ambillah peluang rebut 10 malam terakhir..balik kampung nanti hati2 di jalanraya, sampai kampung jangan nak tido jer..tolong2 apa yang patut, malam raya jangan nak main2 mercun ni...bunga api takpe..kalau banyak stok pass kat aku sket..haha..okey last but not least..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..

ada cam muke aku x? hahaha....

20 Julai 2012

Marhaban Ya Ramadhan..

Alhamdulillah esok kita akan mula berpuasa...Sebenarnya aku rasa terlalu excited nak berpuasa tahun ni..rasa tak sabar nak bertarawih..tak tau la kenapa..dan aku bersyukur sangat Allah masih beri peluang untuk aku bertemu dengan Ramadhan tahun ni...syukur ya Allah...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
Sama-samalah kita mempertingkatkan amalan ibadat kita sempena Ramadhan ni dan jadikanlah ianya lebih baik dari tahun-tahun sebelum2 nya..kiranya kurang sedikit dari tahun sebelumnya rugilah dia tapi kalau teruk maka sia2lah ia..untuk renungan bersama...

19 Julai 2012

Day 2 : Sibu & Mukah

Pagi tu aku bangun awal..kan dah kate on lampu ngan tv dari malam sampai ke siang kan..makanya awal la aku tersedar..heheh..dalam 5.30am aku dah bangun mandi. Lagi satu sebab aku pikir sarawak kan ke cepat cerah dari Semenanjung so kene bangun awal la takut terlepas subuh..huhu..

Malam sebelum tu aku dah janji ngan pegawai aku kitorg turun kul 7am dan dah janji ngan kak sakinah ambil kami kul 7.30am. So sempat la bekpes dulu kat hotel. Pagi tu kami pilih nasi goreng je bukan buffet tau tapi serve..rasa?ok la asal leh makan..huhu..dalam 7.30am seperti yang dijanjikan kak sakinah ambil kami kat hotel.

pagi jalan lengang

ni la Wisma Persekutuan Sibu
Pagi tu trafiic takde la sesibuk mane..smooth je..lebih kurang 10min dari hotel sampai la kami kat opis.

hiasan kat pintu utama wisma

sampai daa...
Biasanya staff kat Pejabat di Bahagian @ Daerah tak ramai. Macam kat sini pun staff lebih kurang 5-6 orang. Sunyi je masa kitorang sampai..huhu..kami pun tak lengah lagi wat keje2 yang sepatutnya. Dalam sejam lebih sume dah settle kami bersiap-siap pulak nak ke Mukah. Ikut plan asal kami ke Mukah akan naik bas, tapi bos Sibu baik hati..minta sorang staff tolong anta kami ke Mukah. Perjalanan ke Mukah mengambil masa 2 jam. Tapi sebelum pegi Mukah bos Sibu ajak pekena mee kolok dulu..hehehe..mekasih bos..

ni la rupa mee kolok versi Sibu
Mee die kosong je..ade la daging sekeping dua..pastu makan ngan sup..ok la kot..abis makan terus kami gerak ke Mukah..


Sepanjang perjalanan aku tak tido tau walau mata ngantuk yang amat..tak tau la nape..padahal tido awal dah malam tuh..sebab aku nak tengok apa yang ada sekitar Sibu ke Mukah ni..So memang berbaloi la aku tak tido sebab sepanjang jalan aku akan nampak rumah2 panjang sama ada versi moden atau klasik..hehe..tapi kebanyakkan rumah panjang diorang dah renovation jadi rumah moden.

Untuk ke Mukah kita akan lalu dua pekan kecil iaitu Stapang dan Selangau..Majoriti penduduk kat sini ialah Iban dan Cina..

(sambung...idea kontang ni..so bace yg ni dulu ye)

16 Julai 2012

Kembara Di Bumi Kenyalang

Diam tak diam hampir 2 minggu aku balik dari Sarawak..sebenarnya pemergian aku ke sana atas urusan kerja cum tengok tempat orang..So dari situ la terhasilnya idea untuk tajuk entri aku kali ni..cam gah sesangat..hehehe..Actually keje ni sebenarnya aku yang arrange dimana tiap negeri akan ade pegawai dari HQ akan turun ikut jadual yang diberi..dan aku ditempatkan di Sarawak. Sarawak ni dibahagikan kepada 2 group..makanya aku group yang bermula dari Sibu..Okey la kan..sementelah aku pun tak pernah sampai ke Sarawak lagi..kesiankan? So dari Sibulah perjalanan kami bermula...

Day 1 : LCCT - Sibu

Sepatutnya aku tak keje ari ni tapi disebabkan bos aku orang baru dan dia tak berapa nak konfiden..dia suruh gak aku datang join meting..(bajet cam orang penting khenn..) dengan perasaan yang malas aku pun datang pagi tu..dah la barang2 tak berapa nak packing lagi..datang2 opis..agak membazir kekdahnya sebab meting yang sepatutnya kul 11am ditunda ke jam 12.30pm..so aku cakap kat bos aku dah takleh tunggu sebab flight aku kul 4pm dan kul 2 aku mmg kene ada dah kat LCCT...dengan kelam kabutnye aku cau..balik umah siap2..and bergegas ke LCCT..


Sampai je LCCT terus check in dan beratur superb panjang kat kaunter luggage..adoii..siap2 masuk luggage sume aku terus cari surau tunaikan yang wajib2 dulu..dalam kelam kabut tu ade sempat gak aku merungut jah..yela sepatutnya aku nek MAS tapi sebab bos aku sibuk suh attend meting flight petang full so terpaksa la booking AA..bile dah pakai warrant govt..opkos la seat aku depan sekali..wuisshh..takde ape nak tengok..leka la mata aku ni nengok stewardess yang ke hulu kehilir..tengok die makan jajan la, minum, borak2, mekap2..huhuhu..pastu kami diberi makan..so tak keluar duit kekdahnya apatah lagi perut memasing memang lapa  giler..

Akhirnya..hampir jam 6pm kami selamat mendarat di Airport Sibu..masa tu cuaca dah gelap..nasib baik la ada staff Sibu tolong ambil kami kat Airport..kalau dari semenanjung nak masuk sabah/ sarawak n labuan aku rase kena lalu imi dulu amik slip yang mana kita kene simpan sepanjang berada kat sana..tak silap aku slip tu dipanggil pas lawatan sosial..nanti kalau nak balik sok bagi la balik slip tu kat imi.


beratur kat Imi..

ni la lebih kurang pandangan hadapan Airport Sibu
Masa kat Imi tu lama la pulak beratur..kak Sakinah staff Sibu dah banyak kali tanya aku kat mane..yela kitorang kan tak pernah jumpa, just cakap kat tepon je..dia siap bagitau dia pakai baju ape, tunggu kat mana..adoii..sian dia dah tunggu lama..memang aku terharu betul la..dah la datang amik kami pastu siap bawak gi makan pulak. So malam tu kami dibelanja kak sakinah dengan mee sua. Itu pun kedainya dah nak tutup..banyak makanan yang dah habis..order yang ni habis, yang tu pun habis..huhu..dah la time kitorang tengah makan staff kedai tu sibuk angkat meja, kerusi, mop lantai...huhu tak senang tul nak makan..cam halau suh cepat2 abis makan je...kak sakinah pun cam rasa serba salah ngan kami sebab bawak makan kat kedai yang cam halau kami..
korang tengok la aku order teh o ais..tak tau la die geram ngan aku ke ape..se'jag' dihantarnye air kat aku..adoiii jatuh saham aku ni anak dara minum dalam jag..hahaha..So abis makan2..kak sakinah terus hantar kami ke hotel yang mana aku akan bermalam selama 2 malam  kat situ..nak tengok bilik? taraaaaaa..


Ni la bilik yang mampu aku sewa..sedih kan..sebab kecik yang amat..nak buat camne..aku ade 8 hari lagi nak meredah tempat lain..so kene berjimat cermat..takleh ikut rate..kene ikut bajet.. So malam tu aku tido dengan tv dan lampu yang memang sengaja aku on sampai ke pagi..

(bersambung)....

11 Julai 2012

Report Duty..

Wah tajuk cam baru masuk keje plak kan?...memang la nak dekat tiga minggu aku meninggalkan opis..kira ari ni aku cam baru masuk keje la kan..Adoii..badan sakit-sakit lagi ni..pastu dah lame tak keje virus 'M' makin banyak dalam badan ni..apetah lagi tengok surat-surat yang nak kene settle dan nak diambil tindakan..huhuhu..

So sape ade free meh la tolong aku ni haa..


*kekdahnya saje merepek pepegi ni amik mood nak story pasal misi..

27 Jun 2012

I'M FLY....:))

Pagi ni masih kat opis lagi menyetel ape yang patut..sebab kul 11 ni ade meting..maybe meting abis kul 12 atau lebih..tapi pape pun kul 12 aku nak cabut..huhu..nak balik umah, nak siap-siap pastu terus ke LCCT..ayyooo pengsan aku ni..wat keje terkejar2..jangan kene tinggal flight sudeyy...

Doakan aku selamat sepanjang misi ni..cite akan aku apdet kendian..Insyaallah...till  then, bye..

19 Jun 2012

Happy Birthday To Me..

Alhamdulillah..hari ni aku masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi..sekejap je masa berlalu tanpa aku sedari hari ni genap aku hidup kat dunia ni selama 30 tahun..terima kasih ya Allah.

Terima kasih kat kawan2 yang ucap dan doa kat aku..yang sengaja tunggu detik 12 mlm semata2 nak sms birthday..aku sangat menghargainya..ko memang wat aku terharu..huhu..

Doa aku semoga Allah beri aku ketabahan dan kecekalan hati untuk aku lalui perjalanan yang mendatang walaupun berseorangan..semoga dipermudahkan, diberi keselamatan, kebaikan di dunia dan akhirat..amin..

18 Jun 2012

Saya Di Pejabat

Tajuk yang skema nak gile..huhu..dah berkurun aku tak apdet blog dan dah beberapa teman menegur dan bertanya ape ke he lame beno takde citenye..aku sebenarnya banyak sangat keje..pastu dengan masalah kat opis ni yang dilanda ribut dan taufan..huhuhu bikin aku sakit kepala..

Aku pulak minggu depan outstation ke semenanjung selama seminggu..pastu sambung cuti lagi..ke utara tanahair pulak bersama keluarga tersayang..harap semuanya berjalan lancar...Pagi ni banyak keje yang perlu di settlekan tapi aku curi mase sikit untuk blog yang aku rindu sangat nak merepek..orang kata sebagai terapi..hehehe..

Isu pagi ni aku nak cite..aku dah bosan dengan radio Suria.fm...bukan ape..kat depan bilik aku ni diorang pasang radio pastu bukak chanel suria.fm yang pepagi si halim othman tuh..nak tak nak dengar jela..paling tak bleh blah tiap pagi dengar die merepek nyanyi..adoii..bingit telinga aku nih..wehh. Dengan keje banyak..serabut kepala aku tau..pfuhh sabau je ler..

4 Jun 2012

Jom Masuk Istana

Pfuhhhh..lega rasenye aku dapat apdet blog..dah lama (lama ke?) tak menjengah dan merepek kat sini..hehehe. Sebenarnya banyak sangat keje yang ad-hoc aku kene settle kan dalam minggu ni..dan insyaallah minggu depan jika takde aral aku akan terbang ke Semenanjung..yeayy!! Keje sambil merehat minda..hahaha..

Okey berbalik pada tajuk..baru-baru ni aku dijemput ke Istana Negara..apakah aku ni kerabat sehingga dijemput bagai2? hahaha..saspen ko, very da daring khennn? Tak percaya? u see la..


Kan aku dah kabo..emang benarnye aku pegi Istana..sebenarnya ni Istana Lama..dibuka untuk orang ramai sampai 15 Jun ni..

Nak masuk percuma je tapi ada bayaran tertentu untuk sesape bawak kamera atau perakam video..so dek kerana member aku bawak kamera kami kene la bayar RM3 je..Masa aku pegi ni nak mayang ramai orang..kat lua parking pun penuh tapi nasib kami agak baik sebab dapat parking walaupun mencelah2..hhehe..


Masuk2 je, signboard ni sambut kitorang..walau takde dayang ni pun jadilah....ruang pameran tak besar, dan orang pun agak ramai memang payah nak posing2..baru nak posing mesti ada je yang melintang depan kita..sabo jelah. Aku takde mood pun nak bergambo dalam ni..layan member jela berposing pastu tengok pameran dan lagi satu yang syok sangat tengok perangai aneh manusia kat sini..hehehe..

Singgahsana SPB

IC Lame Permasuri..

Bunga emas kerajaan Kedah

Nilah gambar2 yang sempat aku snap..ade banyak lagi tapi malas plak nak aplod lagi..hehehe..tu maknanya korang kene pegi sendiri tengok..masuk free jangan risau..bile lagi nak masuk istana kan..huhuhu...


pakcik berkot kuning menarik perhatian aku sebab abis sume orang die suh tolong amik kan gambar dia..hehe..