28 Ogos 2012

Day 2 : Sibu & Mukah Part II

Kira-kira 2 jam menempuh perjalanan yang mencabar akhirnya kami sampai di Pekan..err Bandar..err whatever lah..dan terus menuju ke opis sebab masa tu jam dah pukul 12 tengahari takut lewat2 nanti staff nak keluar lunch pulak kan..opis kat sini macam kebanyakkan tempat lain..sewa kat deretan kedai je..dan staff memang dalam linkungan 5-6 orang. Lagipun opis ni baru beroperasi kira dah menyenangkan keje kami..hehehe..agak2 dua jam keje pun dah settle..kami langsaikan pape yang wajib dan terus pegi makan.

dah nak sampai ni..


masjid mukah
Masa makan diorang ni order umai..umai ni sejenis makanan tradisional orang mukah tau..umai diperbuat dari ikan mentah yang segar..rase? bagi aku sangat best..boleh diterima tekak dan memang sedap. Aku difahamkan yang mukah ni majoriti terdiri dari suku Melanau dan terletak ditepi laut dan sungai..so kat sini memang kaya dengan seafood. Lepas makan diorang bawak aku jalan2 kat jeti beli sikit2 buah tangan cam kuih tebaloi..haa ni pun salah satu makanan @ kuih tradisional orang mukah. Kuih tebaloi ni diperbuat dari sagu. So oleh kerana itu mostly penduduk mukah ni yang lelaki bekerja sebagai nelayan dan menebang sagu..dan jangan terperanjat sebab memang banyak kuih2 diorang dibuat dari sagu..meh layan gambar..



sekitar Bandar @ Pekan Mukah



ikan jerung jual longgok2..goreng sambal sodap nih
Abih jalan2 sume..kami pun berangkat la balik semula ke Sibu dan sepanjang perjalanan balik aku 'pengsan' kepenatan dan kekenyangan..tau2 dah sampai Sibu je..staff sibu terus tunjuk tempat jeti yang kami kene pegi pagi2 esok sebab nak ke Kapit pulak. Sebelum balik ke hotel sekali lagi diorang ajak pegi makan..huishh waktu tu aku dah berkata2 dalam hati kalau aku sambung lagi dua minggu dok sini..memang kompem aku debab..uwaaaaaaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan