10 Disember 2012

Durian Crepe Versi aku...

Wahh nampaknya Durian Crepe dah glamer seantero malaya dah ni..semua orang nak bercerita pasal Durian Crepe(DC) kan? So aku pun nak menyibuk sama la..hehehe..mentang2 la sekarang harga durian runtuh..pegi mana2 pun kalautakde durian mesti ada bau..ishh..tak boleh tahan betul..huhu

Sebenarnya resepi DC aku dah google kt semua tempat cari yang paling mudah..last2 aku ambil resepi dari akak opismate aku..yang aku rase cam boleh tahan la..mudah dan tak memeningkan aku nak cari bahan. Maka sabtu lepas bermula la misi aku buat DC ni..mula2 pegi kedai bakery kat Bangi..pastu pegi pulak giant Warta cari kuali non-stick..nak buat DC nye pasal kan..hahaha

Tak habis kat giant pegi pulak area pasar malam..kot2 ada orang jual durian..pegi2 tengok orang dah pacak khemah nak meniaga..so ari tu aku la 1st customer pakcik jual durian tu..dapat la diskaun..kate orang 1st kan..

Sampai rumah..tak lengah la aku memulakan operasi..masuk itu, kacau yang ni, gaul tu sume bagai..jadi la camni ha..

hasil campuran dari 4 jenis tepung, minyak masak, esen vanilla, santan, telur, air
dan pewarna kuning
So aku blend dan tapis..panaskan kuali..terus tuang sesenduk adunan tadi dan golek2 kan ala2 buat lempeng tu..


Tunggu sampai die gelembung tau..guna api yang kecik sekali sebab takmo rase hangus atau hangit...ulang proses yang sama sampai la tepung tu abis..

Ok..untuk inti pulak..aku aku beli sebiji durian dan amik isi je..kalau nak amik biji atau kulit terpulang kat korang la..tapi aku nak tanya sebelum tu..dah cukup kebal ke nak makan biji ngan kulit durian? hahaha..Berbalik pada resepi..aku tanggalkan isi durian tu guna sudu dan garfu..kalau korang nak 'ramas' je boleh gak..tapi geli la wei nak makan..hahaha..dan whipping cream aku guna jenama Rich kaler merah. Whipping cream tu kalau takde mixer boleh la korang pukul sampai kembang camni haa..


dan ni isi durian aku..dapat la semangkuk


Bila dah siap sume..korang letak whipping cream sikit, pastu letak isi durian sikit dan kemudian tutup ngan cream tu..pastu balut..jadi la camni ha..


Masuk dalam peti ais sekejap..pastu boleh la makan..adunan tepung aku tu dapat dalam 20 keping..so alhamdulillah len kali boleh buat lagi..mungkin minggu ni nak buat projek roti jala la pulak..hehehe..

So, sape yang rajin2 tu boleh la cube pulak buat DC ni versi korang..hahaha






1 ulasan:

  1. Dulu gangnam style, tp skrg gangnam versi melayu la yer....Durian Crepe Style...cer bawak, cer bawak dtg ofc...:)

    BalasPadam