23 November 2012

Pertandingan Masak


Cerita ni hari Sabtu lepas masa aku balik kampung yang kenduri  tunang tu. Kan dalam entri lepas aku dah mention nak cerita kan..so untuk tidak menghampakan kalian..(bajet macam orang bace je) maka aku dengan penuh takzim nye nak bercerita ni ha..

Sebenarnya cerita pasal pertandingan masak ni aku dah dengar dari alang aku masa awal-awal aku sampai kampung tu. Haaa..aku letak je barang2 mula la alang aku dok bercerita yang alkisahnya kampung aku ade bebudak UiTM Shah Alam  budak program ala2 majlis ramah mesra ngan penduduk kampung gitu dan sekali ngan kempen derma buku. diorang ni tido kat UiTM Kuala Pilah..pastu program waktu kat kampung aku selama 3 hari bermula jumaat tu sampai la ahad. So Sabtu tu, ada pertandingan masak, sukaneka ngan banyak lagi acara la.


Nak ceritanya petang tu memang ujan lebat sangat..dalam ujan lebat tu jugak la..aku ngan alang hantar lauk yang dah masak kat pertandingan tu. Haa..kitorang sume tak masak kat situ ye puan-puan sume..kitorang masak siap2 kat rumah just bawak je lauk tu kat pertandingan. Tema lauk ialah gulai ikan Sungai. Alang aku masak la gulai ikan sembilang salai campur kacang botol..mebeless ko!!


Mula aku ingat tak ramai la yang masuk..rupa2nya berderet jugak la..dan aku je peserta yang single..yang lelain sume mak2 orang..hahaha..alang aku segan sebab peserta lain sume pompuan kan..die sorang laki..tapi apa nak heran kan..sekarang ni laki pompuan masak..takde yang peliknye..

Dan part yang paling best, lauk kitorang tu memikat hati juri..maka tak sia2lah aku balik minggu tu..sebab menang dapat hadiah..hahaha..walau pun dapat no.3..tapi happy sangat..dan yang paling happy opkos la alang aku..sebab die yang beriya-iya nak masuk. Masa mula-mula nak masak tu, aku ade gak berselisih pendapat ngan alang pasal menu..yela alang nak masak ikan tu campur jering..aku pulak tak nak sebab jering tu berbau kan..nak letak terung belanda atau daun gelugor macam ada kemungkinan akan ramai peserta yang masak stail tu. Last2 alang cakap kita campur kacang botol.

Masa mula2 bukak penutup lauk tu, dah ramai yang kerumun sebab bau wangi salai tu..dah la ujan lebat kan..mau tak berkeroncong perut..hahaha..So ni la hadiah yang kami dapat hari tu..walau pun aku ni hanya peserta tempelan..hahaha..alhamdulillah










Tiada ulasan:

Catat Ulasan