2 November 2012

Derma Darah




Hari ini aku nak bercerita pasal aktiviti semalam. Semalam kan hari Inovasi pastu sekali dengan perhimpunan bulanan opis. So aku ditugaskan kat kaunter pendaftaran Pusat Darah Negara...uruskan sesape yang nak derma darah lah..sambutan amat lah menggalakkan..ramai yang derma tapi ramai gak yang direject atas banyak sebab..so kalau sesape nak menderma darah ni kan..sila baca syarat-syarat kat bawah ni haa..

 

Menderma darah ni bagus tau dari segi kesihatan..sebab bila kita menderma darah..darah yang lama keluar sel darah akan menghasilkan darah baru yang lebih banyak oksigen..tu yang membuatkan badan kita berasa segar..selain tu pahala pun kita dapat sebab dengan darah kita ni kita mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain..insyaallah.



ni antara makanan yang disediakan..aku suka apam polkadot tuh..

Part yang paling best lepas kene cucuk ngan jarum tuh..ialah dapat makan free..hehehe..aku suka bab nih..selain akan dapat sijil dan buku merah untuk 1st time menderma. Kegunaan buku tu ialah untuk merekod setiap kali kita menderma manakala penderma yang kerap menderma akan mendapat pelbagai keistimewaan antaranya, percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan bagi yang menderma sebanyak 6 hingga 10 kali...haa best kan?


So semalam kami hanya berjaya mengumpulkan 49 peket darah je..target 100 peket..apa nak buat..tapi kami bangga sebab dapat menyumbang sesuatu untuk masyarakat..ceewah...lain kali aku nak join lagi la..korang pulak macamane?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan