Assalamualaikum..alhamdulillah hari ni merupakan hari terakhir 2012..syukur ke hadrat Allah kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini, masih lagi melakukan macam biasa melakukan rutin2 harian..macam aku ni haa..walaupun kat opis ari ni sume pakat2 amik cuti balik kampung atau menguruskan sekolah anak kekdahnya..so bagi orang bujang cam aku ni..bermalas-malasan lah nk ke sekolah..opis..hehe..perasan budak sekolah lagi la tu kan?
Well...selama setahun yang aku lalui ni bermacam-macam pahit maung, masam manis, suka duka yang aku tempuh dan aku percaya setiap orang juga melalui perkara yang sama..alhamdulillah..segala ujian dan dugaan yang datang membuatkan aku makin kuat dan tabah untuk mengharungi cabaran yang mendatang..terima kasih Ya Allah..atas semangat ini.
So, aku mulakan dari segi kerjaya, pada awal 2012 bermula dengan smooth and steady...masuk bulan ke 5..dah start kacau sikit dengan 'peralihan' kuasa dalam pejabat..dari situ mula la dengan drama-drama yang kadang2 agak menjengkelkan..sehingga lah..pertengahan tahun dan akhirnya..keadaan kembali seperti biasa..pfuhh..selepas melihat banyak drama airmata, gossip dan kontroversi.#dramasangat#
Okey..dari segi family..biasa la..sedangkan lidah lagi tergigit kan..ni kan pulak adik beradik..dan alhamdulillah..sebelum 2012 menutup tirai ni..yang mana berkecil ati tu dah okey..mana ada yang buat salah tu dah mintak maaf..takmo sentap2 lagi okehh..air dicincang tak kan putus..kesian kat mak aku dengan perangai anak-anak yang tak matang..huh! Tahun ni tiada kelahiran ahli baru dalam keluarga kami dan tahun ni jugak kami kehilangan seorang abang ipar (abglong) sebab sakit. Manakala berita gembira, akak aku (single mum) bertemu jodoh dan Insyaallah awal tahun depan majlis ijabkabulnye..so berderet la dengan anak sedara aku 2 orang..sorang awal tahun depan dan sorang lagi ujung tahun..
Kewangan pun tahun ni agak stabil..walau tidak la semewah mana..tapi alhamdulillah masih lagi boleh di ' balance' kan..hehehe..maklum la hidup bujang kan..kene la pandai berbelanja..(hari ni baru dapat surat saman RM150...hukhuk..bertabah jelahh).
Haaa..part yang korang nak tau sangat mesti pasal kehidupan aku kan...hehe..so pencapaian aku tahun ni..alhamdulillah aku diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan umrah pada bulan Mac yang lalu dengan mak aku..perjalanan yang amat bermakna dalam hidup aku..berjumpa dengan teman yang lost contact bertahun2 masa persiapan buat umrah..ingatkan jodoh..tapi bila di sana..Allah telah yakinkan aku, dia bukan jodoh aku..#reda#..dan aku sedang berkawan dengan seseorang yang kadang2 buat aku menyampah..hehehe..tapi dia sentiasa ada saat aku susah dan senang..moga Allah permudahkan urusan kami..amin..pastu ex aku kawin senyap2 lepas raye..dan motip nak berahsia dengan aku..huhu..walau satu kampung dah kecoh..semoga kau berbahagia...selain tu aku jugak diberi peluang oleh opis untuk merantau ke sebahagian besar kawasan atau daerah di sarawak..perjalanan melihat local people dan kawasan pendalaman sarawak..jakun dan overst excited..layanan dan budi bahasa diorang superb...serta kawan-kawan yang sentiasa ambil berat tentang aku serta mewarnai hari-hari aku..terima kasih korang..dan juga kat opis aku yang banyak bagi aku peluang merantau ke negeri orang..alhamdulillah.
Inilah sebahagian warna warni kehidupan yang aku lalui sepanjang 2012..semua orang punya pengalaman yang berbeza, mungkin pengalaman aku tak seindah orang lain yang merantau ke luar negara atau punya keluarga yang bahagia...tapi aku percaya Allah mengatur segala yang terbaik untuk aku dan untuk kita semua..Semoga 2013 yang menjelma ni akan kita lalui dengan semangat yang cekal dan sebaai orang Islam tingkatkan amalan & keimanan kita kerana makin hari makin kuat dugaan yang datang menguji kita..
Wassalam...
Kena saman ape wak?...
BalasPadamApapun, selamat tahun baru 2013, semoga 2013 membawa kecerian dan kebahagian dan juga kejayaan didunia dan akhirat dan jangan lupa;...
Bayar saman tu yooo....;)..hihihhi
iyeee...aku kene saman...parking sesuka hati..nilahpadahnyee..yela dapat bonuss sok aku bayau lerr..hukhukhuk
BalasPadam