16 Julai 2012

Kembara Di Bumi Kenyalang

Diam tak diam hampir 2 minggu aku balik dari Sarawak..sebenarnya pemergian aku ke sana atas urusan kerja cum tengok tempat orang..So dari situ la terhasilnya idea untuk tajuk entri aku kali ni..cam gah sesangat..hehehe..Actually keje ni sebenarnya aku yang arrange dimana tiap negeri akan ade pegawai dari HQ akan turun ikut jadual yang diberi..dan aku ditempatkan di Sarawak. Sarawak ni dibahagikan kepada 2 group..makanya aku group yang bermula dari Sibu..Okey la kan..sementelah aku pun tak pernah sampai ke Sarawak lagi..kesiankan? So dari Sibulah perjalanan kami bermula...

Day 1 : LCCT - Sibu

Sepatutnya aku tak keje ari ni tapi disebabkan bos aku orang baru dan dia tak berapa nak konfiden..dia suruh gak aku datang join meting..(bajet cam orang penting khenn..) dengan perasaan yang malas aku pun datang pagi tu..dah la barang2 tak berapa nak packing lagi..datang2 opis..agak membazir kekdahnya sebab meting yang sepatutnya kul 11am ditunda ke jam 12.30pm..so aku cakap kat bos aku dah takleh tunggu sebab flight aku kul 4pm dan kul 2 aku mmg kene ada dah kat LCCT...dengan kelam kabutnye aku cau..balik umah siap2..and bergegas ke LCCT..


Sampai je LCCT terus check in dan beratur superb panjang kat kaunter luggage..adoii..siap2 masuk luggage sume aku terus cari surau tunaikan yang wajib2 dulu..dalam kelam kabut tu ade sempat gak aku merungut jah..yela sepatutnya aku nek MAS tapi sebab bos aku sibuk suh attend meting flight petang full so terpaksa la booking AA..bile dah pakai warrant govt..opkos la seat aku depan sekali..wuisshh..takde ape nak tengok..leka la mata aku ni nengok stewardess yang ke hulu kehilir..tengok die makan jajan la, minum, borak2, mekap2..huhuhu..pastu kami diberi makan..so tak keluar duit kekdahnya apatah lagi perut memasing memang lapa  giler..

Akhirnya..hampir jam 6pm kami selamat mendarat di Airport Sibu..masa tu cuaca dah gelap..nasib baik la ada staff Sibu tolong ambil kami kat Airport..kalau dari semenanjung nak masuk sabah/ sarawak n labuan aku rase kena lalu imi dulu amik slip yang mana kita kene simpan sepanjang berada kat sana..tak silap aku slip tu dipanggil pas lawatan sosial..nanti kalau nak balik sok bagi la balik slip tu kat imi.


beratur kat Imi..

ni la lebih kurang pandangan hadapan Airport Sibu
Masa kat Imi tu lama la pulak beratur..kak Sakinah staff Sibu dah banyak kali tanya aku kat mane..yela kitorang kan tak pernah jumpa, just cakap kat tepon je..dia siap bagitau dia pakai baju ape, tunggu kat mana..adoii..sian dia dah tunggu lama..memang aku terharu betul la..dah la datang amik kami pastu siap bawak gi makan pulak. So malam tu kami dibelanja kak sakinah dengan mee sua. Itu pun kedainya dah nak tutup..banyak makanan yang dah habis..order yang ni habis, yang tu pun habis..huhu..dah la time kitorang tengah makan staff kedai tu sibuk angkat meja, kerusi, mop lantai...huhu tak senang tul nak makan..cam halau suh cepat2 abis makan je...kak sakinah pun cam rasa serba salah ngan kami sebab bawak makan kat kedai yang cam halau kami..
korang tengok la aku order teh o ais..tak tau la die geram ngan aku ke ape..se'jag' dihantarnye air kat aku..adoiii jatuh saham aku ni anak dara minum dalam jag..hahaha..So abis makan2..kak sakinah terus hantar kami ke hotel yang mana aku akan bermalam selama 2 malam  kat situ..nak tengok bilik? taraaaaaa..


Ni la bilik yang mampu aku sewa..sedih kan..sebab kecik yang amat..nak buat camne..aku ade 8 hari lagi nak meredah tempat lain..so kene berjimat cermat..takleh ikut rate..kene ikut bajet.. So malam tu aku tido dengan tv dan lampu yang memang sengaja aku on sampai ke pagi..

(bersambung)....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan