Dalam seminggu dua ni emosi aku x menentu je..dengan tekanan satu persatu datang menghimpit. Sehinggalah semalam aku dah tak tahan..pfuhhh lega bile dah menangis, mengadu dengan Dia. Hari ni alhamdulillah..aku rase lega tak macam sebelum ni. Aku ni sebenarnya tak suka nak share emosi aku..maksud aku..kalau aku sedih ke, tertekan ke..aku payah nak share ngan orang len hatta family aku sekalipun. Mungkin juga aku ni seorang yang pemendam rase. Aku ingat, masa aku muda remaja (motif? dh tak berapa remaja ke kekdahnya?) aku ada diari aku sendiri. Segala yang aku lalui setiap hari akan aku coretkan dalam diari tu. Hobi tu sampai la aku abis kolej. Diari yang dah penuh aku simpan dalam kotak. Bile aku habis belajar, aku dah start keje..aku cam dah takde mood nak tulis diari lagi..lebih2 lagi bile aku dapat tau..diari yang bertahun2 aku simpan kat kampung tuh..dah kene ceroboh..Bile aku balik kampung aku bakar semua diari2 tuh. Aku takmo dah orang len bace ape yang aku tulis dalam tu. Menulis diari ni, macam kita luahkan perasaan kita pada seseorang. Aku puas bile aku dah luahkan ape yang terbuku kat dalam hati aku mase tu..hehehe. Maklum la aku ni takde member rapat. Aku kawan dengan semua orang tapi 'insan terpilih' je yang leh betul2 kamcing ngn aku...
Ingat lagi, mase tulis diari tu kene ikut emosi tau..kalau mood tengah sedih siap berjurai2 airmata ni, kalau mood tengah happy, senyum sampai telinga dek happynye..hahaha. Tapi sekarang ni zaman dah berubah..kini aku jadikan pulak blog aku ni sebagai diari..hahaha..dan korang2 yang bace ni sebagai teman aku. Dalam FB pun aku jarang nak tulis kat status tu yang berkaitan emosi @ perasaan. Aku lebih suka membaca @ stalker profile org len..hehehe. Dan jarang aku menyampuk kat dalam komen2 orang. Memerhati saje perkembangan kawan2. That's way orang komplen status aku tak berapdet..hehehe.
Okeyla..aku dah rase bertambah okey ni..terima kasih kerana membaca 'cerpen' aku hari ni. Maaf entri kali ni takde gambo..hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan