8 Mei 2012

Umrah Part V


Sekian lama aku peram cite ni baru hari ni aku dapat sambung balik..sebelum aku lupa baik aku sambung kasi abis..

Pas solat maghrib kat Masjid Nabawi aku cakap kat mak, aku nak g raudhah pas Isyak nanti. Mak aku cakap ok dan mak sedara serta akak2 sepupu aku pun nak join jugak..berita disampaikan dengan begitu mudah kekdahnye kitorang dok satu saf jadi pape nak cakap sampai2kan aje..Waktu gi raudhah untuk jemaah wanita kalau malam pas Isyak sampai jam 11pm, pagi mula dari kul 8am sampai 11am, petang pas zuhur sampai nak masuk asar kalau tak salah aku. Lelaki bile2 masa leh pegi takde had waktu.Bagi sesapa yang tak tau Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”. Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.(sumber)

So, selesai solat sume, ikutkan hati aku nak terus menuju ke raudhah tapi mak sedara aku mencadangkan kita balik ke hotel dulu, makan siap2 sebab nanti balik dari raudhah tak tau jam berapa dan dah tentu time tu sape nak serve makan lagi kan..Okey bile masing2 dah kate ghope itu aku pun ikut jela tapi dalam hati ni meronta2 nak ke Raudhah hanya Allah jela yang tahu. Perasaan aku waktu tu, berdebar2 seh..tak tau nak cakap macamana. Pas makan, siap sume kitorang gi masjid balik. Tak jauh pun hotel ngan masjid dalam 5min je.

Okey lupa nak bagitau, kat pintu masuk masjid ade polis jaga tau dan tiap kali nak masuk kene periksa beg bagai2. henpon and kamera memang dilarang sama sekali. Kalau takmo hp canggih2 tu kene amik pandai2 la simpan. Kat mane nak simpan, korang pandai2 la pikir sendiri..huhuhu.

First time mase dalam masjid nak ke raudhah tu, dalam hati aku cakap, apsal jauh sangat ni..tak nampak2 pun makam Rasulullah? lepas tu lagi menimbulkan kepelikan aku apsal la ade dinding2 kayu yang menutup separuh2 tempat..tapi rupa2nya dinding tu sebagai border jalan atau laluan menuju ke raudhah. Sampai kat luar tu, ade polis arab pompuan yang hanya nampak mate je bagi arahan suh dok mane.Diorang ni kecik2 je orangnye tapi garang tau. Selambe je marah jemaah yang degil taktahubahasa. Kat sini korang akan dipecahkan ikut bangsa, arab dan turki satu group, malaysia, indon and brunei 1 group, pakistan, bangla, india group len.lebih kurang camtu la..

kawasan menunggu

ni la dinding yang aku maksudkan

Kami akan diberi masuk group by group okey. Sambil2 tunggu turn tu, macam2 peel la aku tengok. Ade ustazah dari Indon cakap, kat area menunggu ni dah boleh dah bace doa dan beri salam kat Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Time tu aku dah sebak okey..Mase ni aku rase rindu sangat dengan Rasulullah walaupun selama ni aku tak pernah jumpa Baginda hanya sekadar mengetahui cerita Baginda. Dada macam nak pecah..airmata ni laju turun. Aku cakap ngan mak, mudah2an kita dapat solat dan dipermudahkan bile sampai kat dalam tu nanti. Sebab sebelum aku pegi, ramai jemaah cakap, kalau pegi ada tak dapat solat, kene tolak la, tak dapat ruang dan macam2 cerita yang aku dengar. Aku tak henti berselawat dan berdoa moga Allah mudahkan untuk kami..

Bile sampaikan kat dalam, aku tengok jemaah arab dan turki yang masuk sebelum ni ramai tak keluar lagi. Aku tercari2 mane kapet hijau (Untuk makluman kawasan raudhah yang berkapet hijau so kalau dah pijak kapet tu cepat2 la cari ruang untuk solat). Sekali tu aku nampak kapet hijau aku terus berdiri kat situ tapi takde ruang nak solat. Sekali ade sorang jemaah dari Malaysia juga tetiba cakap ngan aku, 'adik solat kat sini, akak jaga'. Ya Allah, syukur sangat. Korang mesti pelik kenapa nak kene jaga pulak. Yela kat dalam tu sesak. Jemaah2 arab atau turki kalau berjalan diorang ni tak kira orang, main langkah je tak kisah la kau tengah sujud ke hape..

kapet hijau raudhah..abaikan jari yang comel iteww..
Abis aku solat, tengok akak tu dah takde, maybe dah keluar kot..tak sempat nak cakap terima kasih.Kat sini tak boleh lame2, polis asik suh ko kua cepat je. Oh ye, kawasan ni dah di pagar ngan dinding ye. Mak aku cakap mase dulu kite boleh terus pegi kat makam Rasulullah tapi sekarang dah tak boleh. Hanya laki je kot yang boleh. Keluar dari raudhah kitorang terus balik dan sempat aku tengok kat dinding pagar tu orang dok tulis2 nama..apa motif aku tak tau.kata sepupu aku, kalau tulis nama kat dinding kayu tu, kita akan datang balik kat sini..yeke? Bagi aku, ustaz tak cakap, agama tak suruh..baik jangan buat.

Esoknya, pas sarapan aku pegi lagi ke raudhah sebab  pagi besoknya lepas suboh kami akan bergerak ke jeddah untuk pulang ke tanah air. Malam tu aku ke makam Rasulullah untuk ucap salam Wida'. Dalam perjalanan balik aku cakap kat mak, aku rasa cam tak nak balik la dan sepanjang aku kat sini aku tak ingat langsung pasal keje, adik beradik, atau life aku kat tanah air..huhu..

Besoknya lepas subuh kami bergerak ke Airport Jeddah dan sampai di epot dalam kul 11.30am. Lunch dengan makanan yang dibekalkan oleh agen dan berkhemah la kitorang kat situ sampai kul 4pm. 5.30 masuk, dan dalam 6.30pm lebih kurang kami meninggalkan bumi Arab Saudi menuju ke Brunei yang makan masa 10jam penerbangan..


Aku sampai di brunei lebih kurang kul 9.30am. Waktu brunei ngan Malaysia sama ye. Flight ke KL 2.30pm, so lepak2 jela kat epot brunei tu. Hampir kul 5pm aku selamat tiba di KLIA. Sampai kat KLIA dah ade bas yang tunggu untuk bawak kitorang balik ke kampung. Tapi ade je jemaah 2 ni yang family diorang dah tunggu kat  epot. aku ngn mak nek bas je. Sampai umah lebih kurang 9pm..alhamdulillah selamat pegi dan balik.

Begitulah serba sedikit perjalanan aku yang sempat aku kongsikan untuk korang bace. Walaupun tak seberapa aku bersyukur sangat dapat menjadi tetamu Allah disana. Bukan niat untuk bermegah just share ape yang aku alami. Mane la tau, sebelum ni korang tak terbuka hati, tapi bile bace blog aku ni sedikit sebanyak 'membuka' hati korang..yang penting niat kita ihklas untuk beribadah. Jangan bimbang la, kate banyak dosa takut pegi nanti dapat balasan la..kan aku dah bagitau niat kene ikhlas..doa la supaya Allah ampunkan dosa2 kita, sekiranya diberi ujian, jauhkan dan lindung aib kita dari pandangan manusia..

Sehingga hari ini, rindu aku kat mekah dan madinah sentiasa ada. Mudah2an aku diberi peluang lagi kesana..Insyaallah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan