15 Mei 2012

Betik Goreng Pedas

Aku tak penah lagi cite pasal masak2 kan? Aku asik review tempat makan je kan? Bukan la bermakna aku tak pandai masak..so kali ni aku nak share ngan korang satu resepi ni. Aku tak tau la korang penah makan ke tak tapi resepi ni arwah wan aku yang ajar tau. Aku kan dok ngan wan dari kecik, jadinya aku tau la masak ikut resepi tradisi. Kalau setakat nak masak rendang n9, potik jari yo..hehehe.

Aku masak betik ni ahad baru ni, mase aku balik kampung. Sabtu tu pas subuh aku gerak balik ke Batu Kikir, mak aku dah tunggu. Maklum la sejak balik umrah ni kali pertama aku balik..hehe, jangan ikut pangai aku ni tau, balik la selalu jengok mak ayah kita..selagi mereka masih ada (pesanan ikhlas penaja *_*). Aku park kete kat pekan tu aku nek kete mak..terus gi Bahau beli barang jap. Aku cakap kat mak, tingin la nak makan betik goreng pedas, mak aku cakap sampai umah nanti buat la, sebab awal lagi ni.huhu..Leka kat Bahau tetiba mak tingat die ade meting kat dewan kat umah aku kat Triang pulak. Dah tu camne, nak balik ke ni? Big bos cakap kene gak balik, aku pun pecut kete balik Triang. Meting kul 2pm, mak ajak gi kenduri tak jauh dari umah aku...saving gas masak katenye..makan lunch kami pada hari tu ditaja oleh keluarga perantin kekdahnya..

zaman dah berubah, makan pakai pinggan pakai buang je..abis mkn campak je, sgt tidak elok utk alam sekitar
 Habis makan, balik umah, mak ngan adik aku gi dewan..aku? terbongkang sekejap kepenatan..huhu..dalam kul 5 lebih kurang kitorng balik Bt Kikir..hehe

So berbalik pasal cite menu aku tadi ( punyelah jauh kona2..baru nak cite psl menu..hahaha)meh aku bagi resepi

Bahan:

1 biji betik  ( yang 30% dan masak n isinye kuning sket)
serai 2 btg
cili api secukup rase*
ikan bilik segenggam
bawang merah 2 biji*
bawang putih 2 ulas*
garam
minyak masak

Cara masak:
1. Betik dikupas kulit dan dicincang/ mayang halus. kemudin ramas dengan garam kasar tujuan bagi betik tu lembut. kemudian bilas dan tos air.
2. tumbuk bahan bertanda * sampai lumat. pastu tumbuk ala2 manja ikan bilis tu, jgn hancur pulak dan tumbuk serai sket.
3. panas minyak untuk menumis bhn yang ditumbuk tadi. Agak dah nek bau masukkan betik tadi
4. letak air sket, gaul2 dan tutup supaya betik tadi empuk/lembut.
5. Bile dah empuk, rase garam dan hidang.

walaweehhhhh..kalau makan ni mak mentua lalu kt belakang pun wat tak heran..huhu..sedap beb..try la. Sape yang kate,..'arghh..aku tak suka la'..'tak sedap la'..wait2..jangan takbur, cube dulu, kok menyosal nanti.

ni la rupa betik goreng pedas versi aku
 Atas permintaan jugak aku masak gulai puyuh campur terung ngan ikan tenggiri campur peria. kelengkung kelengkang lah aku sengsorang kat dapur hari tu...tak pela sekali sekala kan aku bertungkus lumus masak..alhamdulillah..lauk abis sampai aku tak dapat nak tapau bawak balik..huhuhu

gulai puyuh campur terung




gulai tenggiri campur peria





Tiada ulasan:

Catat Ulasan