7 Mei 2012

Garden, Alamanda

 Jumaat lepas aku menerima jemputan makan2 (kelasss ko maria..pefeling vip pulak siap jemputan bagai..hahaha) kat Garden Alamanda ni. Tempat ni sebenarnya aku baru pasan akan kewujudan nye..hihi..selama ni tak pasan pun. Bagai orang yang nak travel diberi duit untuk travel ( ade ke peribahasa macam ni ek?) aku pun dengan senang hati la menerima..terima kasih yang membelanja..


Lokasi Garden ni, senang sangat bagi yang memang pengunjung setia Alamanda dan kalau kaki karokss pasti tau punye..hikhik. Dah namanye 'Garden' kan dah tentu la ala2 garden restoranya..english style..Bagi pengunjung, suka ati pilih nak dok mane, area luar atau dalam. Aku pilih dok dalam sebab suasana lebih romantik, udara pun segar..kat luar tak tahan dengan asap rokok..uuweekk!!


kat luar ade gak buaian tapi sekadar nak lepak2 je
Sambil menikmati makan malam kami dihiburkan dengan petikan piano secara live okeh kat dalam restoran ni..memang romantik abis la..kat bahagian dalam ni, korang boleh pilih nak dok kat kerusi yang mcm kat gambar tu atau pun dok kat buaian yang dihiasi dengan bunga2..Malam tu aku just makan yang simple je..kan dah kabo aku diet kan..partner aku pulak pegi mane2 mesti nak makan nasi, kalau tak makan nasi tak lengkap hidup katenye..hahaha

nasi goreng telur masin..nampak simple tapi sedap yaa amat

roti pita ni didatangkan bersama acar buah ..
 Harga kat restoran ni standard la..kalau dah tempatnye cantik camni tak kan harga cam makan kat gerai bawah pokok kan..huhu..so sempena Hari Ibu akan datang boleh la rancang bawak mak dinner kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan