31 Mei 2012

Nak share ngan korang leh tak?hukhukhuk

Dalam seminggu dua ni emosi aku x menentu je..dengan tekanan satu persatu datang menghimpit. Sehinggalah semalam aku dah tak tahan..pfuhhh lega bile dah menangis, mengadu dengan Dia. Hari ni alhamdulillah..aku rase lega tak macam sebelum ni. Aku ni sebenarnya tak suka nak share emosi aku..maksud aku..kalau aku sedih ke, tertekan ke..aku payah nak share ngan orang len hatta family aku sekalipun. Mungkin juga aku ni seorang yang pemendam rase. Aku ingat, masa aku muda remaja (motif? dh tak berapa remaja ke kekdahnya?) aku ada diari aku sendiri. Segala yang aku lalui setiap hari akan aku coretkan dalam diari tu. Hobi tu sampai la aku abis kolej. Diari yang dah penuh aku simpan dalam kotak. Bile aku habis belajar, aku dah start keje..aku cam dah takde mood nak tulis diari lagi..lebih2 lagi bile aku dapat tau..diari yang bertahun2 aku simpan kat kampung tuh..dah kene ceroboh..Bile aku balik kampung aku bakar semua diari2 tuh. Aku takmo dah orang len bace ape yang aku tulis dalam tu. Menulis diari ni, macam kita luahkan perasaan kita pada seseorang. Aku puas bile aku dah luahkan ape yang terbuku kat dalam hati aku mase tu..hehehe. Maklum la aku ni takde member rapat. Aku kawan dengan semua orang tapi 'insan terpilih' je yang leh betul2 kamcing ngn aku...

Ingat lagi, mase tulis diari tu kene ikut emosi tau..kalau mood tengah sedih siap berjurai2 airmata ni, kalau mood tengah happy, senyum sampai telinga dek happynye..hahaha. Tapi sekarang ni zaman dah berubah..kini aku jadikan pulak blog aku ni sebagai diari..hahaha..dan korang2 yang bace ni sebagai teman aku. Dalam FB pun aku jarang nak tulis kat status tu yang berkaitan emosi @ perasaan. Aku lebih suka membaca @ stalker profile org len..hehehe. Dan jarang aku menyampuk kat dalam komen2 orang. Memerhati saje perkembangan kawan2. That's way orang komplen status aku tak berapdet..hehehe.

Okeyla..aku dah rase bertambah okey ni..terima kasih kerana membaca 'cerpen' aku hari ni. Maaf entri kali ni takde gambo..hahaha

23 Mei 2012

HBN : Day 1/Petang

Wahhh..penatnye..kaki aku dah sakit ni..tapi tak abis round lagi. Actually baru balik dari segmen uniform..best gile tengok brassband tentera darat ngan udara perform..hebat la diorang..tabik spring ..cume aku tak berkesempatan nak tengok tarian perang..huhu..takpe esok ade lagi kan..korang layan la gambar2 yang sempat aku snap..sampai tercabut2 selipar aku berjalan..huhu..kekdahnya kasut ada tapi tak larat wei pakai heel nak jalan kaki 6km..selipar terbaik..hehehe..

bermula ngan konvoi

pertandingan mewarna kanak2 tabika KBS

MAHA sebelah MOA

Brassband tentera darat perform

ni tentera udara..happening...
So, sape2 yang bace blog aku ni jangan lepaskan peluang untuk same2 memeriahkan Himpunan Jutaan Belia ni tau..banyak sangat program untuk korang..dah la aku nak balik..malam ni lena tido sebab kaki penat gilerr..

HBN: Day 1

Pfuhh..aku baru balik dari pelancaran Hari Susu Sedunia Dutch Lady tadi..paneh weiii..tapi sib bek la dapat susu yang memang best..(lagi best sebab 'free'). Lupe nak bawak paper beg besar..hahaha..tamak haloba tul kekdahnye..mc tadi Baki Zainal yang host 8tv tuh..ade nyanyi lagu tema, pastu dimeriahkan lagi dengan kehadiran atlet paralimpik bertaraf 'world'..Sebenarnya banyak aktiviti lagi tapi hari ni kan baru bermula so aktiviti baru nak warm up..huhu..banyak tempat aku tak cover lagi..jenuh nak jalan 6km..jap lagi aku nak turun balik sebab ade pelancaran konvoi Supercars yang melibatkan kete2 Lamborghini n Ferrari ngan moto2 besar sekali...ni korang la layan la gambar yang tak berapa nak zass tuh..ingat tau minum susu sekurang2nya 2 kali sehari untuk jadi lebih tinggi. Tapi kalau dah terbantut cam aku ni minum bertong2 susu pun tak tinggi jugak kan..sediihh..huaaaaaa..


Perasmian Oleh Tim.Menteri KBS, KKM, MSN ngan atlet paralimpik..
 

21 Mei 2012

Rajin Terlampau di Hari Minggu

Assalamualaikum dan selamat bersiaran. Adehh..lame sungguh aku tak berblog..windu-sewindu2nyer..ahakss..ceritanya banyak tapi bile mood dah ke laut tak jumpa dah pantai nak berlabuh..sendiri mau ingat la hukhuk..

Pagi tadi aku pegi keje tengok jalan dah banyak yang tutup sebab dah dipasang khemah untuk Hari Belia yang bermula lusa.Mungkin esok dah start jem la kekdahnya aku pun taktau camne nak sampai opis rabu sampai jumaat tu. Kalau tak datang opis agaknya2 tolak cuti tak..huhuhu..alasan!

So, biarkanlah cite pasal hari belia tu, nanti aku apdet. Hari ni aku nak stori pasal mood aku yang overst rajin  pagi semalam. Mood tu satu hal tapi yang pasti aku minat..minat masak dan aku suka sangat orang makan apa yang aku masak..hehehe.

lunch merangkap dinner..mihun sup


puding pelangi

kek coklat moist versi kukus
Cekononnye aku ke Mydin malam minggu tu nak cari bahan sebab memang nak buat mihun sup..(motip asik ke Mydin je..sebabnya dekat ngan umah aku) aku kan penggemar mihun tegar..hehehe..ala bahan2 pun aku buat simple2 je, letak ayam, fishball + fishcake dan daun sup..very the simple..tengah cari2 tu terpandang pulak, serbuk jelly..teringat la pulak aku ade pewarna yang colourful beli mase buat lapis pelangi tu, kali ni nak try buat puding pulak..so aku amik sepeket. Jalan lagi ade la promoter dok promote tepung kek dah siap sume just tinggal nak letak susu, butter and air je lagi..aku pun rembat la satu kekdahnya hari minggu dipenuhi dengan aktiviti masak2..pfuhh..

Pagi ni aku bawak kat opis, alhamdulillah dah abis dua bekas...ade yang nak tempah kuih lapis pelangi ari tu..gulpp..aku tak berani amik..belum ready lagi nak buka untuk tempahan..aku kan budak baru belajar..hehehe

Lately ni aku memang suka masak, dan aku suka orang makan tanpa banyak soal. Walaupun hasilnya tak se'gah' orang lain tapi aku cukup puas hati..dan yang penting aku ikhlas berkongsi dan bukan sekadar nak menunjuk2..

Insyaallah..nanti aku try nak wat rainbow cake plak..okeyla aku nak turun menyibuk kat lobi opis ni..ape ntah yang gedegang gedegung kat bawah..ade ape2 program ke? Jangan lupe ea same2 memeriahkan Himpunan Jutaan Belia yang akan bermula hari rabu ni. Jumpa di Putrajaya!!

16 Mei 2012

Kuih Lapis Pelangi


Taaadaaaaaaaaaaaaaa...amacam ok tak kuih aku?  Ni la 'buah tangan sulung ' aku untuk kuih ni. First time aku buat tau. Resepi aku cedok dari MyResepi..Sebenarnya dah lama tingin nak mencuba buat kuih muih ni tapi bile aku tengok resepi kebanyakkan sukat pakai 'gram'..aku pulak takde alat nak timbang ikut gram2 ni..dah terbantut niat nak buat.

Semalam sebelum balik opis, aku print siap2 resepi pastu tanye kat kak mariana, die sudi tak makan kuih aku kalau tak jadi..hehehe. Bile die kate ok je..aku pun tambah bersemangat nak buat. Balik terus singgah Mydin..cari bahan. Pusing2, bahan yang aku nak takde pulak, so aku balik rumah dulu la. Pas dah settle yang wajib aku siap2 pegi pulak ke Warta bangi. Sib bek kat sana ade ape yang aku nak..makanya sampai je umah, terus la bertungkus lumus bancuh itu ini ikut resepi. Disebabkan aku takde timbang, aku men agak2 je la taruk.

Aku terpikat dengan kuih ni sejak tengok kat blog masak2...hahaha..colourful..cam pelangi. Pagi tadi, aku potong masuk dalam tapewe bawak gi opis. Walau pun lembik sket sebab kurang tepung feedback dari opismate..sedap dan tak berapa manis, Wak yang evergreen pun cakap ok..tengkiu Wak! Lega hati aku satu tapewe abis..hahaha..

Lepas ni nak try buat kek pulak, tapi nak kene beli oven la..so sape2 nak bagi hadiah awal kat aku walaupun birthday aku bulan depan, aku bagitau awal2..aku nak oven..hahaha



15 Mei 2012

Betik Goreng Pedas

Aku tak penah lagi cite pasal masak2 kan? Aku asik review tempat makan je kan? Bukan la bermakna aku tak pandai masak..so kali ni aku nak share ngan korang satu resepi ni. Aku tak tau la korang penah makan ke tak tapi resepi ni arwah wan aku yang ajar tau. Aku kan dok ngan wan dari kecik, jadinya aku tau la masak ikut resepi tradisi. Kalau setakat nak masak rendang n9, potik jari yo..hehehe.

Aku masak betik ni ahad baru ni, mase aku balik kampung. Sabtu tu pas subuh aku gerak balik ke Batu Kikir, mak aku dah tunggu. Maklum la sejak balik umrah ni kali pertama aku balik..hehe, jangan ikut pangai aku ni tau, balik la selalu jengok mak ayah kita..selagi mereka masih ada (pesanan ikhlas penaja *_*). Aku park kete kat pekan tu aku nek kete mak..terus gi Bahau beli barang jap. Aku cakap kat mak, tingin la nak makan betik goreng pedas, mak aku cakap sampai umah nanti buat la, sebab awal lagi ni.huhu..Leka kat Bahau tetiba mak tingat die ade meting kat dewan kat umah aku kat Triang pulak. Dah tu camne, nak balik ke ni? Big bos cakap kene gak balik, aku pun pecut kete balik Triang. Meting kul 2pm, mak ajak gi kenduri tak jauh dari umah aku...saving gas masak katenye..makan lunch kami pada hari tu ditaja oleh keluarga perantin kekdahnya..

zaman dah berubah, makan pakai pinggan pakai buang je..abis mkn campak je, sgt tidak elok utk alam sekitar
 Habis makan, balik umah, mak ngan adik aku gi dewan..aku? terbongkang sekejap kepenatan..huhu..dalam kul 5 lebih kurang kitorng balik Bt Kikir..hehe

So berbalik pasal cite menu aku tadi ( punyelah jauh kona2..baru nak cite psl menu..hahaha)meh aku bagi resepi

Bahan:

1 biji betik  ( yang 30% dan masak n isinye kuning sket)
serai 2 btg
cili api secukup rase*
ikan bilik segenggam
bawang merah 2 biji*
bawang putih 2 ulas*
garam
minyak masak

Cara masak:
1. Betik dikupas kulit dan dicincang/ mayang halus. kemudin ramas dengan garam kasar tujuan bagi betik tu lembut. kemudian bilas dan tos air.
2. tumbuk bahan bertanda * sampai lumat. pastu tumbuk ala2 manja ikan bilis tu, jgn hancur pulak dan tumbuk serai sket.
3. panas minyak untuk menumis bhn yang ditumbuk tadi. Agak dah nek bau masukkan betik tadi
4. letak air sket, gaul2 dan tutup supaya betik tadi empuk/lembut.
5. Bile dah empuk, rase garam dan hidang.

walaweehhhhh..kalau makan ni mak mentua lalu kt belakang pun wat tak heran..huhu..sedap beb..try la. Sape yang kate,..'arghh..aku tak suka la'..'tak sedap la'..wait2..jangan takbur, cube dulu, kok menyosal nanti.

ni la rupa betik goreng pedas versi aku
 Atas permintaan jugak aku masak gulai puyuh campur terung ngan ikan tenggiri campur peria. kelengkung kelengkang lah aku sengsorang kat dapur hari tu...tak pela sekali sekala kan aku bertungkus lumus masak..alhamdulillah..lauk abis sampai aku tak dapat nak tapau bawak balik..huhuhu

gulai puyuh campur terung




gulai tenggiri campur peria





14 Mei 2012

TRIP KE GOLD COAST

Pagi tadi aku ke Gold Coast. Saje riki tempat tuk family day kitorang..huhu. Wah hebat kan opis aku wat family day kat Gold Coast. Bese la orang kaya maa..bajet ober c je..cuma mase aku pegi tadi..salji takde. cuaca panas..tapi ok la dan aku tak sempat nak snap muka kangaro..Meh la layan gambar



kejap je kat sini,bosan la takde kangaro..kitorang pun pegi lunch kat sini


Wah..bestnye kalau betul2 kaya kan, pagi kat sini, tengahari kat situ, petang kat sinun..hahaha..ape la penyakit mat jenin sampai kat aku ni..berangan tak sudah. Ko jangan tak caye, ni sume kat Malaysia tau. Ko ingat Aussy and UAE je ade sume ni..kelass ko jah..so kita mesej keamanan yang aku nak bagitau , jaga dan sayangilah tanah air kita. Tak payah la nak bertekak2..negara yang makmur ni sama2 duduk. Negara aman, mana kita nak pegi, apa kita nak buat takde nak takut2. Sesungguhnya aku benar2 bersyukur dilahirkan di tanah bertuah ni. Semoga Allah sentiasa lindungi tanah airku ni dari orang2 yang mementingkn diri sendiri, tamak dan memecahbelahkan masyarakat..

9 Mei 2012

HARI BELIA NEGARA



Aku baru dapat benda ni pagi tadi, so saje la nak war2 kan  kat korang..huhu. Hari Belia Negara (HBN) akan berlangsung lebih kurang 2 minggu lagi. Macam2 acara ada, sapa2 yang free tu sudi2kanlah hadir. Tahun ni kita sambut lima hari. Sebelum ni 3 hari je. Pastu ade lebih kurang 500 acara membabitkan belia yang dijangka 2 juta orang.


map parkir kenderaan
 Tahun lepas aku berkesempatan untuk join program ni..ya aammpuunnnnn..hari sabtu PM buat perasmian punyelah sesak dengan manusia. Aku pulak bawak mak aku, kesian mak..tapi mak aku bersemangat nak tengok itu ini. Esoknya ahad tu, kitorang sambung lagi pegi HBN..huhuhu..

Sepanjang HBN ni berlangsung, ade disediakan tram untuk pengunjung tapi masalahnye bile dah keadaan sesak dengan manusia tram pun tak leh nak lalu dah. Aku rasa hari kemuncaknya sabtu la. Mungkin hari lain okey lagi. 
map aktiviti & segmen
Bagi peminat sukan Satsuke, tahun ni tempatnya dihadapan MOF. Agak jauh jugak untuk kitorang menapak dari opis..huhu. Satsuke ni ala2 Ninja Warrior tu..best woo..best dok gelak kat orang..hahaha. Sape ade bran leh la cube, menang dapat cash tau.So aku sebagai duta tak rasmi memberi pesanan dan ingatan jangan lupe datang bawak family untuk sama-sama memeriahkan HBN 2012 nie.yeayy!!

8 Mei 2012

Umrah Part V


Sekian lama aku peram cite ni baru hari ni aku dapat sambung balik..sebelum aku lupa baik aku sambung kasi abis..

Pas solat maghrib kat Masjid Nabawi aku cakap kat mak, aku nak g raudhah pas Isyak nanti. Mak aku cakap ok dan mak sedara serta akak2 sepupu aku pun nak join jugak..berita disampaikan dengan begitu mudah kekdahnye kitorang dok satu saf jadi pape nak cakap sampai2kan aje..Waktu gi raudhah untuk jemaah wanita kalau malam pas Isyak sampai jam 11pm, pagi mula dari kul 8am sampai 11am, petang pas zuhur sampai nak masuk asar kalau tak salah aku. Lelaki bile2 masa leh pegi takde had waktu.Bagi sesapa yang tak tau Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”. Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.(sumber)

So, selesai solat sume, ikutkan hati aku nak terus menuju ke raudhah tapi mak sedara aku mencadangkan kita balik ke hotel dulu, makan siap2 sebab nanti balik dari raudhah tak tau jam berapa dan dah tentu time tu sape nak serve makan lagi kan..Okey bile masing2 dah kate ghope itu aku pun ikut jela tapi dalam hati ni meronta2 nak ke Raudhah hanya Allah jela yang tahu. Perasaan aku waktu tu, berdebar2 seh..tak tau nak cakap macamana. Pas makan, siap sume kitorang gi masjid balik. Tak jauh pun hotel ngan masjid dalam 5min je.

Okey lupa nak bagitau, kat pintu masuk masjid ade polis jaga tau dan tiap kali nak masuk kene periksa beg bagai2. henpon and kamera memang dilarang sama sekali. Kalau takmo hp canggih2 tu kene amik pandai2 la simpan. Kat mane nak simpan, korang pandai2 la pikir sendiri..huhuhu.

First time mase dalam masjid nak ke raudhah tu, dalam hati aku cakap, apsal jauh sangat ni..tak nampak2 pun makam Rasulullah? lepas tu lagi menimbulkan kepelikan aku apsal la ade dinding2 kayu yang menutup separuh2 tempat..tapi rupa2nya dinding tu sebagai border jalan atau laluan menuju ke raudhah. Sampai kat luar tu, ade polis arab pompuan yang hanya nampak mate je bagi arahan suh dok mane.Diorang ni kecik2 je orangnye tapi garang tau. Selambe je marah jemaah yang degil taktahubahasa. Kat sini korang akan dipecahkan ikut bangsa, arab dan turki satu group, malaysia, indon and brunei 1 group, pakistan, bangla, india group len.lebih kurang camtu la..

kawasan menunggu

ni la dinding yang aku maksudkan

Kami akan diberi masuk group by group okey. Sambil2 tunggu turn tu, macam2 peel la aku tengok. Ade ustazah dari Indon cakap, kat area menunggu ni dah boleh dah bace doa dan beri salam kat Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Time tu aku dah sebak okey..Mase ni aku rase rindu sangat dengan Rasulullah walaupun selama ni aku tak pernah jumpa Baginda hanya sekadar mengetahui cerita Baginda. Dada macam nak pecah..airmata ni laju turun. Aku cakap ngan mak, mudah2an kita dapat solat dan dipermudahkan bile sampai kat dalam tu nanti. Sebab sebelum aku pegi, ramai jemaah cakap, kalau pegi ada tak dapat solat, kene tolak la, tak dapat ruang dan macam2 cerita yang aku dengar. Aku tak henti berselawat dan berdoa moga Allah mudahkan untuk kami..

Bile sampaikan kat dalam, aku tengok jemaah arab dan turki yang masuk sebelum ni ramai tak keluar lagi. Aku tercari2 mane kapet hijau (Untuk makluman kawasan raudhah yang berkapet hijau so kalau dah pijak kapet tu cepat2 la cari ruang untuk solat). Sekali tu aku nampak kapet hijau aku terus berdiri kat situ tapi takde ruang nak solat. Sekali ade sorang jemaah dari Malaysia juga tetiba cakap ngan aku, 'adik solat kat sini, akak jaga'. Ya Allah, syukur sangat. Korang mesti pelik kenapa nak kene jaga pulak. Yela kat dalam tu sesak. Jemaah2 arab atau turki kalau berjalan diorang ni tak kira orang, main langkah je tak kisah la kau tengah sujud ke hape..

kapet hijau raudhah..abaikan jari yang comel iteww..
Abis aku solat, tengok akak tu dah takde, maybe dah keluar kot..tak sempat nak cakap terima kasih.Kat sini tak boleh lame2, polis asik suh ko kua cepat je. Oh ye, kawasan ni dah di pagar ngan dinding ye. Mak aku cakap mase dulu kite boleh terus pegi kat makam Rasulullah tapi sekarang dah tak boleh. Hanya laki je kot yang boleh. Keluar dari raudhah kitorang terus balik dan sempat aku tengok kat dinding pagar tu orang dok tulis2 nama..apa motif aku tak tau.kata sepupu aku, kalau tulis nama kat dinding kayu tu, kita akan datang balik kat sini..yeke? Bagi aku, ustaz tak cakap, agama tak suruh..baik jangan buat.

Esoknya, pas sarapan aku pegi lagi ke raudhah sebab  pagi besoknya lepas suboh kami akan bergerak ke jeddah untuk pulang ke tanah air. Malam tu aku ke makam Rasulullah untuk ucap salam Wida'. Dalam perjalanan balik aku cakap kat mak, aku rasa cam tak nak balik la dan sepanjang aku kat sini aku tak ingat langsung pasal keje, adik beradik, atau life aku kat tanah air..huhu..

Besoknya lepas subuh kami bergerak ke Airport Jeddah dan sampai di epot dalam kul 11.30am. Lunch dengan makanan yang dibekalkan oleh agen dan berkhemah la kitorang kat situ sampai kul 4pm. 5.30 masuk, dan dalam 6.30pm lebih kurang kami meninggalkan bumi Arab Saudi menuju ke Brunei yang makan masa 10jam penerbangan..


Aku sampai di brunei lebih kurang kul 9.30am. Waktu brunei ngan Malaysia sama ye. Flight ke KL 2.30pm, so lepak2 jela kat epot brunei tu. Hampir kul 5pm aku selamat tiba di KLIA. Sampai kat KLIA dah ade bas yang tunggu untuk bawak kitorang balik ke kampung. Tapi ade je jemaah 2 ni yang family diorang dah tunggu kat  epot. aku ngn mak nek bas je. Sampai umah lebih kurang 9pm..alhamdulillah selamat pegi dan balik.

Begitulah serba sedikit perjalanan aku yang sempat aku kongsikan untuk korang bace. Walaupun tak seberapa aku bersyukur sangat dapat menjadi tetamu Allah disana. Bukan niat untuk bermegah just share ape yang aku alami. Mane la tau, sebelum ni korang tak terbuka hati, tapi bile bace blog aku ni sedikit sebanyak 'membuka' hati korang..yang penting niat kita ihklas untuk beribadah. Jangan bimbang la, kate banyak dosa takut pegi nanti dapat balasan la..kan aku dah bagitau niat kene ikhlas..doa la supaya Allah ampunkan dosa2 kita, sekiranya diberi ujian, jauhkan dan lindung aib kita dari pandangan manusia..

Sehingga hari ini, rindu aku kat mekah dan madinah sentiasa ada. Mudah2an aku diberi peluang lagi kesana..Insyaallah. 

7 Mei 2012

Garden, Alamanda

 Jumaat lepas aku menerima jemputan makan2 (kelasss ko maria..pefeling vip pulak siap jemputan bagai..hahaha) kat Garden Alamanda ni. Tempat ni sebenarnya aku baru pasan akan kewujudan nye..hihi..selama ni tak pasan pun. Bagai orang yang nak travel diberi duit untuk travel ( ade ke peribahasa macam ni ek?) aku pun dengan senang hati la menerima..terima kasih yang membelanja..


Lokasi Garden ni, senang sangat bagi yang memang pengunjung setia Alamanda dan kalau kaki karokss pasti tau punye..hikhik. Dah namanye 'Garden' kan dah tentu la ala2 garden restoranya..english style..Bagi pengunjung, suka ati pilih nak dok mane, area luar atau dalam. Aku pilih dok dalam sebab suasana lebih romantik, udara pun segar..kat luar tak tahan dengan asap rokok..uuweekk!!


kat luar ade gak buaian tapi sekadar nak lepak2 je
Sambil menikmati makan malam kami dihiburkan dengan petikan piano secara live okeh kat dalam restoran ni..memang romantik abis la..kat bahagian dalam ni, korang boleh pilih nak dok kat kerusi yang mcm kat gambar tu atau pun dok kat buaian yang dihiasi dengan bunga2..Malam tu aku just makan yang simple je..kan dah kabo aku diet kan..partner aku pulak pegi mane2 mesti nak makan nasi, kalau tak makan nasi tak lengkap hidup katenye..hahaha

nasi goreng telur masin..nampak simple tapi sedap yaa amat

roti pita ni didatangkan bersama acar buah ..
 Harga kat restoran ni standard la..kalau dah tempatnye cantik camni tak kan harga cam makan kat gerai bawah pokok kan..huhu..so sempena Hari Ibu akan datang boleh la rancang bawak mak dinner kat sini.

2 Mei 2012

Muesli

Wah segar hari ni sebab semalam cuti sempena hari pekerja. Cuti yang memang khas untuk orang yang bekerja tau. Tak kisah la keje gomen ke, swasta ke, sendiri ke kan..kalau ade yang kene keje semalam dapat double payment la ek..wahh masyuuk gitu..

So pepagi ni dah bekpes lum? aku dah bekpes ngan muesli pagi ni.. ade yang tak tau ape tu muesli? laaa..kan ke aku dah bagi resepi dalam entri lepas? cer check balik..masuk ni dah hari ke3..huhuhu..meh aku nak close up sket..


Pagi ni aku campur apple, pisang and prun...pastu tambah sedikit madu..kalau makan panas2 sedap la..kalau dah sejuk cam aku punye ni, agak kureng sebab oat tu dah kembang..huhu..

Okeylah..aku ade keje ni..selamat bersarapan la yek..ingat, jangan makan makanan berkalori tinggi, kesihatan kene jaga..nanti alignment body lari dah payah kan..kalau alignment kete okey lagi..hahaha