20 April 2012

Umrah Part IV

Moh la kita sambung cite umrah ni..bagi sape yang dah ingat2 lupa leh bace kat entri2 sebelum ni..nak suh aku buat link..lingkup jadinye nanti..hahaha..aku tak khatam lagi tau buat menatang tuh, sok2 aku dah terer aku buat..haha

Kami bertolak keluar dari Kota Mekah selepas solat zuhor menuju ke Madinah.Perjalanan memakan masa 6-7 jam bergantung pada kelajuan bas..Kami sampai kat hotel dalam kul 9mlm. Kat Madinah ni hotel yang kami duduk tu memang dekat dengan Masjid Nabawi..Bermula la hari2 yang indah di Kota Madinah


Masjid Nabawi dari hotel..Payung baru nak bukak..

Hotel2 kat sini di bawahnya terdapat deretan kedai2 menjual pakaian dan sebagainya..kiranya kita tak payah mengabiskan duit jauh2..cukup la setakat bawah hotel je. Cuma dari segi teori dan praktikalnya, harga barang kat Madinah ni mahal la sket dari Mekah terutama jubah. Dan peniaga kat Madinah ni tak se'seporting' peniaga di Mekah. Kat Mekah kita leh bargain harga..tapi kat Madinah..ermm..payah. So aku bagi tip percuma ni, beli la di Mekah..hahaha..
Keadaan di Madinah lebih teratur dan cuaca tak panas dan tak sejuk selain angin yang kuat bertiup
See? i tell u..tak payah pegi jauh2..bawah hotel je..


So hari pertama 2 kami dibawa ziarah ke tempat2 bersejarah di sekitar Madinah..

a. Masjid Quba'

Masjid Quba' adalah masjid yang mula2 dalam sejarah Islam dibina oleh Rasulullah bersama para sahabat. Dinamakan masjid Quba' sebab ianya terletak di Quba' sebuah kampung lebih kurang 3km ke selatan Madinatul Munawwarah. Sejarah pembinaan masjid ini bermula sebaik sahaja Rasulullah sampai di Quba' dalam perjalanan Hijrah Baginda dari Mekah ke Madinah. Sebelum memasuki Madinah,Baginda singgah di Quba' selama beberapa hari. Pada hari pertama sampai Baginda terus mendirikan masjid di tanah lapang di hadapan rumah Kalthum Bin Hudaimi. Apabila masjid itu siap, Baginda mengerjakan solat berjemaah secara terbuka di masjid itu bersama para sahabat. Baginda bertindak sebagai imam dengan menghadap ke Baitul Maqdis sebagai Kiblat umat Islam ketika itu.

Keutamaan masjid ini Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud ..'Barangsiapa yang berwudu' dirumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk solat, dia mendapat pahala seperti mengerjakan umrah..(hadis riwayat Ibnu Majah)

Masa aku sampai kat sini, memang jemaah terlalu ramai, dan disekitarnya terdapat peniaga-peniaga. Kami tak lama disini, sekadar menunaikan solat sunat sahaja.

b. Ladang Kurma

Hessyy..kat sini la yang aku rasa rimas yang amat. Sebab manusia memang ramai la..Tapi sebab aku memang nak cari kurma untuk buah tangan balik nanti, aku ikut jela mak aku..ikut tolong bawak bakul..hehehe

mak aku tengah test kurma..kat sini nak test kurma x boleh lebih 10 biji..lebih dari tu..harammm..
ni je aku dapat kat sini..
Kat sini bukan setakat ade kurma, tapi bermacam2 jenis kacang dan coklat. Aku tak suggest beli kat sini sebabnya peniaga kira cincai2..mahal...hahaha..kalau cincai2 murah ok jugak kan? kalau korang nak beli kurma aku suggest pegi la kat Pasar Kurma, lebih puas ati..

c. Bukit Uhud

Abis je shopping kurma kami menuju ke Bukit Uhud, tapi mase dalam perjalanan aku jumpa ni..



Air terjun? tapi ni bukan ori..ni air terjun buatan je..hahaha..

Okey..sambung cite pasal uhud..Uhud adalah salah satu bukit yang terletak berhampiran kota Madinah. Jabal Uhud yang warna batu2nya kemerah2an masih termasuk dalam kawasan Tanah Haram Madinah. Ada 2 sebab kenapa bukit ini dipanggil Uhud. Pertama sebab bukit ni terletak jauh dari bukit2 lain..dan keduanya ialah dikatakan bahawa Uhud adalah nama seorang lelaki dari kaum Amalikah yang mula2 menetap di sekitar bukit tersebut.Disinilah terjadinya perang uhud dimana seramai 70 orang pasukan Islam telah Syahid termasuk la bapa saudara Rasulullah Hamzah Bin Abdul Mutalib..
Bukit Uhud
bukit ni dikenali sebagai bukit pemanah..
d. Kilang cetak Al-Quran

Waktu bas melalui depan pintu masuk kilang ni aku tengok  dah nak dekat 1km orang beratur..jadinya kitorang decide takmo masuk sebab nak kejar zohor yang akan masuk tak lama lagi. Aku difahamkan lelaki yang masuk kat kilang di akan diberi Quran percuma, dan wanita tak dibenarkan masuk hanya setakat bilik bercermin gelap tu je. Meh tengok gambar..


cermin gelap yang nampak cenoet sebelah kiri tu la tempat wanita
  Kat bawah ni semuanya gambar2 drive thru yang sempat aku snap hehehe..
atas bukit ni istana Raja Saudi

ni Masjid Tujuh..sekarang tinggal 5 je.Tapak masjid ni dahulunya merupakan tempat perkhemahan tentara Islam ketika perang Ahzab
Masa ziarah ni, mood aku agak ke laut sebab sakit perut..huhuhu..so tak berapa nak berjalan, pikir nak balik hotel je. Ingat nak tinggal kat hotel tapi cam tak best pulak kan..sebab tu la gambar pun ciput2 je aku amik..hehe..gambar lain ade tapi itunye P & C..

(sambung lagi..harap bersaboooo...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan