12 April 2012

Umrah Part III

Assalamualaikum...hari ni nak sambung cerita pasal umrah..boleh kan?..kalau tak boleh pun..aku bolehkan jugak..sebab aku yang taip..hahaha..(gelak jahat)..aku tengah rajin nie..maklum la baru balik dari Jalan TAR..cuci2 mata..ngee..tapi jangan salah sangka ea, aku pegi dengan kebenaran bos sebab beli barang untuk program opis..

Hari tu aku cerita sampai aku buat umrah pertama kali kan..alhamdulillah aku selesai buat umrah masa tu jam pukul 3am..lebih kurang macam tu la tapi kitorang tak balik hotel, tunggu sampai subuh, lepas subuh baru balik hotel untuk sarapan dan berehat. Lepas2 mandi memang lepak terus la aku atas katil sebab keletihan. Untuk makluman sape2 yang bakal mengerjakan umrah, korang bawak2 la bersenam atau berjoging..sebabnya jangan jadi cam aku. Aku ni dah lama tak bersenam, so balik dari masjid macam nak krem betis dan tumit sakit..ibarat orang yang tak penah bersukan tetiba bersukan..haaa..camtu la rase die..hehe. Ibadat umrah dan haji ni memerlukan banyak pergerakan fizikal tau. Sebab tu kene ade stamina. Hari ke2 barulah kitorang berjalan2 ke tempat bersejarah..

a. Jabal Thur
Disinilah terletaknya Gua Thur dimana Rasulullah bersembunyi bersama sahabat Baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika Hijrah ke Madinah. Gua Thur ni terletak di atas puncak Jabal Thur yang kedudukannya di arah selatan Mekah iaitu ke jalan menuju Yaman. Tinggi Jabal Thur lebih kurang 500m dan jaraknya dari Mekah lebih kurang 6 batu. Masa aku pegi ni kami hanya boleh melihat dari jauh je sebab ade tembok besar, tak boleh masuk. kat kawasan sini ramai orang berniaga, macam2 diorang jual..hehe..aku tengok  je..

kat belakang tu la Jabal Thur..kan ade tembok tinggi belakang model ni..(bising la kalau mak sedara aku tau, aku interprem muka die kat blog aku..hahaha)

murah2..beli2..khamsa riyal..khamsa riyal..

b. Jabal Rahmah
Setelah mengabiskan masa dalam 15min, kami menuju Jabal Rahmah. Mesti korang tau kan Jabal Rahmah ni tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah keduanya terpisah bila turun dari syurga..so sape nak mohon jodoh boleh la berdoa disini, mudah2an Allah makbulkan..


Masa aku sampai ni memang matahari atas kepala tau..insaf sangat..yela panas kat dunia ni pun dah rase macam tak tahan kalau kat akhirat nanti macamana la agaknya... Agak terganggu jugak sebenarnya sebab ramai sangat photographer tak bertauliah dok sibuk nak amik kan gambar. Dah la tu dengan peniaga yang sibuk suh beli. Belum lagi jemaah yang menangis2 peluk batu, tulis nama atas batu..errmm..macam2 ragam manusia..
cube tengok kat dinding tiang batu tu, banyak name ditulis, tak tau la diorang ni mintak ngan Allah ke atau mintak ngan batu..huhu
c. Padang Arafah dan  Mina
Padang Arafah ni terletak 25km dari kota Mekah.Selain menjadi tempat wukuf ketika ibadah haji ianya juga mempunyai sejarah penting iaitu Rasulullah menyampaikan Khutbah ketika mengerjakan haji Wida' dan disinilah Baginda menerima wahyu terakhir sebelum Baginda wafat. Mina pula terletak 7km dari Kota Mekah. Disnilah tempat Nabi Ibrahim melontar syaitan ketika hendak melaksanakan perintah Allah  menyembelih anaknya, Ismail.Kini, Mina menjadi tempat jemaah melaksanakan haji, iaitu bermalam di Mina dan melontar tiga Jamrah.


gambar aku snap dari dlm bas..hehe..khemah ni hanya dibuka ketika musim haji sahaja. Boleh bayangkan mcmane musim haji..jemaah berjalan kaki di kawasan yang luas ni..dan tau kan kenapa aku suh korang bersenam?


d. Gua Hira'
Gua Hira' terletak di bahagian atas hampir dengan puncak Jabal Nur. Terletak 6 batu sebelah utara dari kota Mekah. Disinilah Rasulullah menerima wahyu pertama kali nya sebagai tanda Baginda telah diangkat menjadi Rasul oleh Allah. Kat sini pun aku tak panjat cuma tengok dari bawah je sebab kalau nak daki dalam 40min.


inilah Jabal Nur..masa ni aku teringat macamane la Saidatina Khadijah berulang alik mendaki batu2 ni untuk berjumpa Rasulullah..

Itulah sebahagian tempat2 yang kami ziarah..yang lain tu hanya pandu lalu je..macam kawasan paip utama dari telaga zamzam, ladang unta, masjid Hudaibiyah dan lain2. Aktiviti hari2 sama je sepanjang aku di Mekah sekiranya tiada lawatan, aktiviti kitorang buat umrah, ke masjid dan hotel. Kalau rajin pegi la tawaf kat bazar2 berhampiran hotel sehinggalah hari aku berangkat ke kota Madinah.

( bersambung)...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan