Assalamualaikum...alhamdulillah hari ni dah hari jumaat..ape aktiviti korang tengahari ni? window shopping? balik umah? atau membuta di opis saje? Bagi laki wajib g solat Jumaat tau, jangan memandai2 nak ponteng..huhu..Kebetulan ari ni opis aman, bos cuti..kalau die cuti terus kan best..mood aku pun ade rajin sket..jadinya nak sambung la cerita umrah part III. Tapi dalam entri ni aku nak cite pasal peristiwa @ perkara yang bagi aku menarik untuk aku kongsi ngan korang.
Dari gambar yang aku snap ni korang boleh tengok kan betapa ramainya manusia .Ada yang berpusu2, berebut2, tolak menolak untuk mencium Hajarul Aswad. Ade yang bak melekat kat pintu Kaabah. Kat sinilah aku menyaksikan seorang wanita Turki kena tolak sampai tertanggal tudungnya.Polis dihadapan hanya melihat tanpa berbuat ape2. Menggigil aku masa tu. Kesian pun ade tapi nak menolong bagaimana? Mujurlah wanita tu berbadan besar bolehlah dia menahan badannya dari terus ditolak cuma aku risau sangat takut dia terjatuh. Kalau terjatuh, mungkin dia dipijak. Sebab kat sini manusia terlalu ghairah nak cium Hajarul Aswad. Dah tak peduli dah orang lain..Sejak tu aku takut nak dekat dengan kawasan Hajarul Aswad. Kalau tawaf pun jauh2 je..
Masa aku pegi buat umrah ni, jemaah dari Turki, Pakistan dan Bangladesh memang ramai..Diorang ni aku perhatikan memang kasar. Berlawanan sikap dengan orang kita..dilangkah, disiku, ditolak dan macam2 'di' lagi dah jadi perkara biasa kat jemaah Malaysia. Kalau dalam masjid, duduk la rapat2 dalam saf kalau taknak kena langkah ataupun diorang akan menyelit kat kita lebih2 walaupun dah takda space,lagi2 kawasan yang berhampiran dengan Kaabah...huhu..memang menguji kesabaran. Jangan bawak sikap baran korang kat sini ye sebab kalau tak sabar boleh bergaduh. Tapi kalau bergaduh pun sorang cakap bahasa ayam , sorang cakap bahasa itik..hehe
kawasan bazar sebelum azan.. |
selepas azan |
Beginilah keadaan kawasan peniagaan di sekitar Mekah. Bila masuk waktu, azan akan berkumandang dan masa tu la peniaga2 ni sibuk menutup kedai2 diorang. Dah habis solat kira jemaah dah keluar dari masjid baru diorang bukak balik kedai2 nie.
Kualiti gambar kurang memuaskan sebab aku snap dari dalam bas yang tengah bergerak..hihi. |
Gambar kat atas ni ialah batu atau tembok yang di bina untuk menjadi tanda sempadan Tanah Haram dan Tanah Halal. Istilah Tanah Haram Makkah ialah suatu kawasan yang aman kerana di dalamnya ada hal-hal yang tidak dibenarkan kita melakukannya dan juga ada beberapa hukum yang membezakannya dengan kawasan-kawasan yang lain kerana kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mengikut pendapat jumhur ulama juga, orang kafir adalah tidak dibenarkan untuk memasuki tanah haram sama ada untuk menetap ataupun hanya untuk lalu sahaja.Di akhir zaman nanti, Dajjal hanya mampu sampai kat sini je, tak boleh masuk kawasan Tanah Haram.
(bersambung..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan