27 April 2012

Setengah Hari di MSN



Minggu lepas opismate aku tanye nak join program kat MSN tak, pegi ngan die sekali? Aku pun tak tanye pape terus on je. Semalam si radha dah ingatkan kene turun kul 8.30am kat lobi. Pagi tadi aku dah siap pakai cantik2 datang opis sebab nak pegi program ni sekali opismate aku sms bagitau die MC plak. Aku cam rase dah spoil je..ingat takmo pegi la lagipun unit aku takde orang. So bile si radha dah membebel kat aku, cakap tak boleh kensel, aku pun tarik si amy join aku..maka bermula la our journey ke MSN. Opss terlupa pulak aku, bagi yang tak tau, MSN tu singkatan dari Majlis Sukan Negara. Ala tempat atlet2 la kat Bukit Jalil tu. Program anjuran Puspanita opis aku.
salah seorang pakar diet atlet

Sampai MSN kul 9 lebih terus register and masuk ke Audi. Taklimat disampaikan oleh En.Suhardi Alias. Beliau ni boleh dikira pakar diet bagi atlet2 kat Malaysia tau. Tadi ade atlet renang, aku pun tak tau ape ke namenye..yang aku kenal Pandalela jela..hehehe.En. Suhardi ni nampak cam bese2 je..tapi bile start die bercakap ade je die wat lawak. Start2 je dah kene isi borang Dietary recall. die nak tau ape kita makan dan kandungan kalori yang kite ambil...adoiii..ni yang aku malas ni..tak sanggup nak tengok dan peritnya menerima hakikat yang sebenarnya aku  hampir ke 'sedikit gemuk'..hahahah..

Meh sini aku tunjuk cara pengiraan BMI..

BMI : berat (kg) / tinggi x tinggi (m)

contoh : 50/ 1.55m x 1.55m = 20.81

Bile korang dah dapat BMI korang meh aku tunjuk pulak kategorinye...
kurang dari 15 - KEBULURAN
15-18.5 - kurang berat
18.5 - 25 - normal
25 - 30 - berat berlebihan
lebih 30 - OBES

dan untuk mengira berape kalori yang patut badan kita ambil setiap hari pulak matematiknye camni..

berat x umor =

contoh : 50kg  x 29thn = 1450kcal

dah buat kire2 tadi agak2nya korang kat area mane? hahaha..jangan nak sengeh2 plak..dah2 g amik kasut joging, arini dah boleh bakar lemak tepu dalam badan tuh..hehehe. Abis taklimat ni kitorang masuk kitchen tempat chef2 ni sediakan makanan tuk atlet bermula dari biskut, bekpes dan appetizer.


chef asean
Untuk bekpes..ni aku bagi resepi dari oat tuk kurangkan kolestrol . Kalau kita makan macam tu je, rase tak tertelankan? ni aku bagi resepi yang best..Muesli

Bahan2:
air susu (low fat, beli yang dalam kotak pun boleh, mcm HL, marigold)
oat (ikut banyak mane korang nak)

item sampingan:
strawberi, kiwi, pisang, madu, kismis, badam, apple (buah2an potong kecik2)

Cara2:
masak susu sampai mendidih, padamkan api. masukkan oat, kacau dan biarkan sejuk.
bile nak makan campur sikit madu dan letak la buah @ kacang2 tuh.

ready tuk ngap..
pasni takmo dah nasi lemak pepagi ea..jom sama2 kita sihat macam atlet..aauummmmm..

*untuk sape2 nak diet, boleh makan mihun seberapa byk yang korang nak sebab mihun paling rendah kalori tak kisah la goreng ke rebus ke hape..

26 April 2012

Mr. Kabab & Biryani

Ni la keje aku time cuti..hehehe..jalan2 cari makan..bukan jalan2 cari pasal ea..Kali ni aku try restoran yang menyediakan makanan arab dan pakistan. Sebenarnya tekak ni rase teringin sangat nak makan makanan arab macam kat Mekah. Aku ingat nak pegi Saba' kat Cyberjaya tu tapi cam malas pulak nak drive jejauh lalu keputusan dibuat pegi yang dekat je..

riki dari depan dulu..
 Mulanya aku nak singgah kat restoran yang seangkatan dengan ni sebaris dengan Tutti Frutie tu tapi tengok cam takde orang je..aku teruskan perjalanan dan terus berenti kat depan kedai ni...Ape2 hal kite cube dulu la kan..

Deko kedai ni not bad..mesra keluarga..dan service cepat..


cenderamata dari tokey resto..pas makan leh amik..tapi bukan bekas tisu ngan sudu..tapi batang pencolek gigi




wahhh..heaven!!..bile dah terhidang atas meja ni, kitorang pun tanpa berlengah lagi..tak tengok kiri kanan terus makan secara marathon..diam seribu bahasa yang ade suara, cuma couple dok belakang kitorang..ntah ape yang dibualkan tak tahu la..hahaha..dh agak2 tinggal sikit baru la pasan..la aku makan dengan 'dia' rupanya..ingatkan makan sorang2..(pls jgn tiru aksi ini, sila control ayu anda..) so barulah aku memperlahankan suapan aku..nillah hasil dari marathon tadi

hanya lado ijau gedabak tu yo, tak mampu den tolan..
 
Memang puas hati la makan kat sini..bil hari tu rm43.05..servis charge rm2.05.ok la kan..takde la mahal sangat..So minggu ni aku ade invitation tuk besday party kat Hotel Istana..yang paling tak menahan siap mintak bawak hadiah kalau datang nanti..ni sape punye keje kalau bukan akak aku..ciitt!.area sini mano ado kodai rm2 agak2 eh?

20 April 2012

Umrah Part IV

Moh la kita sambung cite umrah ni..bagi sape yang dah ingat2 lupa leh bace kat entri2 sebelum ni..nak suh aku buat link..lingkup jadinye nanti..hahaha..aku tak khatam lagi tau buat menatang tuh, sok2 aku dah terer aku buat..haha

Kami bertolak keluar dari Kota Mekah selepas solat zuhor menuju ke Madinah.Perjalanan memakan masa 6-7 jam bergantung pada kelajuan bas..Kami sampai kat hotel dalam kul 9mlm. Kat Madinah ni hotel yang kami duduk tu memang dekat dengan Masjid Nabawi..Bermula la hari2 yang indah di Kota Madinah


Masjid Nabawi dari hotel..Payung baru nak bukak..

Hotel2 kat sini di bawahnya terdapat deretan kedai2 menjual pakaian dan sebagainya..kiranya kita tak payah mengabiskan duit jauh2..cukup la setakat bawah hotel je. Cuma dari segi teori dan praktikalnya, harga barang kat Madinah ni mahal la sket dari Mekah terutama jubah. Dan peniaga kat Madinah ni tak se'seporting' peniaga di Mekah. Kat Mekah kita leh bargain harga..tapi kat Madinah..ermm..payah. So aku bagi tip percuma ni, beli la di Mekah..hahaha..
Keadaan di Madinah lebih teratur dan cuaca tak panas dan tak sejuk selain angin yang kuat bertiup
See? i tell u..tak payah pegi jauh2..bawah hotel je..


So hari pertama 2 kami dibawa ziarah ke tempat2 bersejarah di sekitar Madinah..

a. Masjid Quba'

Masjid Quba' adalah masjid yang mula2 dalam sejarah Islam dibina oleh Rasulullah bersama para sahabat. Dinamakan masjid Quba' sebab ianya terletak di Quba' sebuah kampung lebih kurang 3km ke selatan Madinatul Munawwarah. Sejarah pembinaan masjid ini bermula sebaik sahaja Rasulullah sampai di Quba' dalam perjalanan Hijrah Baginda dari Mekah ke Madinah. Sebelum memasuki Madinah,Baginda singgah di Quba' selama beberapa hari. Pada hari pertama sampai Baginda terus mendirikan masjid di tanah lapang di hadapan rumah Kalthum Bin Hudaimi. Apabila masjid itu siap, Baginda mengerjakan solat berjemaah secara terbuka di masjid itu bersama para sahabat. Baginda bertindak sebagai imam dengan menghadap ke Baitul Maqdis sebagai Kiblat umat Islam ketika itu.

Keutamaan masjid ini Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud ..'Barangsiapa yang berwudu' dirumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk solat, dia mendapat pahala seperti mengerjakan umrah..(hadis riwayat Ibnu Majah)

Masa aku sampai kat sini, memang jemaah terlalu ramai, dan disekitarnya terdapat peniaga-peniaga. Kami tak lama disini, sekadar menunaikan solat sunat sahaja.

b. Ladang Kurma

Hessyy..kat sini la yang aku rasa rimas yang amat. Sebab manusia memang ramai la..Tapi sebab aku memang nak cari kurma untuk buah tangan balik nanti, aku ikut jela mak aku..ikut tolong bawak bakul..hehehe

mak aku tengah test kurma..kat sini nak test kurma x boleh lebih 10 biji..lebih dari tu..harammm..
ni je aku dapat kat sini..
Kat sini bukan setakat ade kurma, tapi bermacam2 jenis kacang dan coklat. Aku tak suggest beli kat sini sebabnya peniaga kira cincai2..mahal...hahaha..kalau cincai2 murah ok jugak kan? kalau korang nak beli kurma aku suggest pegi la kat Pasar Kurma, lebih puas ati..

c. Bukit Uhud

Abis je shopping kurma kami menuju ke Bukit Uhud, tapi mase dalam perjalanan aku jumpa ni..



Air terjun? tapi ni bukan ori..ni air terjun buatan je..hahaha..

Okey..sambung cite pasal uhud..Uhud adalah salah satu bukit yang terletak berhampiran kota Madinah. Jabal Uhud yang warna batu2nya kemerah2an masih termasuk dalam kawasan Tanah Haram Madinah. Ada 2 sebab kenapa bukit ini dipanggil Uhud. Pertama sebab bukit ni terletak jauh dari bukit2 lain..dan keduanya ialah dikatakan bahawa Uhud adalah nama seorang lelaki dari kaum Amalikah yang mula2 menetap di sekitar bukit tersebut.Disinilah terjadinya perang uhud dimana seramai 70 orang pasukan Islam telah Syahid termasuk la bapa saudara Rasulullah Hamzah Bin Abdul Mutalib..
Bukit Uhud
bukit ni dikenali sebagai bukit pemanah..
d. Kilang cetak Al-Quran

Waktu bas melalui depan pintu masuk kilang ni aku tengok  dah nak dekat 1km orang beratur..jadinya kitorang decide takmo masuk sebab nak kejar zohor yang akan masuk tak lama lagi. Aku difahamkan lelaki yang masuk kat kilang di akan diberi Quran percuma, dan wanita tak dibenarkan masuk hanya setakat bilik bercermin gelap tu je. Meh tengok gambar..


cermin gelap yang nampak cenoet sebelah kiri tu la tempat wanita
  Kat bawah ni semuanya gambar2 drive thru yang sempat aku snap hehehe..
atas bukit ni istana Raja Saudi

ni Masjid Tujuh..sekarang tinggal 5 je.Tapak masjid ni dahulunya merupakan tempat perkhemahan tentara Islam ketika perang Ahzab
Masa ziarah ni, mood aku agak ke laut sebab sakit perut..huhuhu..so tak berapa nak berjalan, pikir nak balik hotel je. Ingat nak tinggal kat hotel tapi cam tak best pulak kan..sebab tu la gambar pun ciput2 je aku amik..hehe..gambar lain ade tapi itunye P & C..

(sambung lagi..harap bersaboooo...)

16 April 2012

Ayam Kampung Batang Benar & Ana Ikan Bakar Petai

Assalamualaikum..dah makan lum? Kalau dah makan..alhamdulillah..ke ada yang berpuasa hari ni? Okey..takpe la..hari ni aku nak cerita pasal tempat makan..ala2 JJCM la ek..Walaupun ni cerita minggu lepas tapi tak kisah la, aku saje la nak share ngan korang kan..

Minggu lepas aku ke Nilai 3, saje la tengok2 barang, cuci2 mate..pastu dah merayau2 tu, ingat nak makan dulu..area Nilai 3 tu kedai makan pun tak berapa sangat, so aku teringat la satu kedai ni. Kalau bagi sesapa yang tau jalan nak ke Mantin dari Nilai 3 tu korang akan jumpa stesen komuter Batang Benar. Jalan depan lagi dekat trafic light sebelum Driving School. kalau korang berenti kat trafic light tu korang tengok la sebelah kiri. Kedainya memang senang nak cari dan nampak biasa2 je. Mase aku pegi ni kire ramai orang juga la.




Istimewanya makanan kat sini ayam, itik ngan ikan disalai, bukan goreng. So hari tu aku makan nasi ayam salai. Kat sini juga ade stall jual ABC ngan cendol, nasi kukus dan sape2 nak beli roti and cookies ade kedai yang bercermin gelap kat tepi tu. Suasana kat sini santai la, makanan pun sedap.
secret recipe..kipas pakai tangan, bukan pakai kipas elektrik..


nasi ayam salai yang aku order..terbaekk la..



ABC ni di curahkan ngan coklat..sangat best

Dah abis makan aku tapau lagi sekor ayam salai tuk ratah kat umah nanti dan bil yang kitorang bayar ari tu dengan nasi ayam 2 set, air teh o ais and neskepe ais, ABC dan tapau sekor ayam sume nya tak sampai rm30. So sape2 yang lalu kat area ni boleh la singgah..pastu tapau tuk aku sekali..hahaha

Okey, abis makan siang ni makan malam plak...amboi makan saje aku ni kan? pastu mula la komplen baju tak muat bagai..hehehe..takpe nanti kite sama2 pegi gym ek..hahaha. Kali ni restoran dekat dengan kilang Sony, Bangi..aku tak tau seksyen berapa. Kalau dari Warta tu jalan terus menghala ke Tol Bangi. Kedai ni sebelah ngan Balai Bomba..so tengah2 makan boleh dengar siren Bomba yek..hehe. Nama restoran ni Ana Ikan Bakar Petai..

Kat sini korang boleh pilih ikan yang segar, ketam, udang, lala atau kepah tuk suh diorang masak ikut selera korang. macam aku, aku ambil sekor kerapu dengan harga rm6 bagi 100g masak masam manis, setengah kilo lala bakar ngan petai and nasi putih 2.

kat tepi sebalah kanan tempat korang pilih and timbang ikan


oren susu yang sangat best
 

 
lala bakar petai, len kali takmo dah sebab isi lalanya ciput yang amat..huk3
 
kerapu masam manis..terbaekk

servis kat sini aku rasa okey la, takde la nak kene tunggu lame2.. makanan pun boleh tahan sedap dan bil malam tu rm72.40..kire ok la kan..len kali boleh datang lagi..sape nak belanja aku, cepat angkat tangan..hahaha



13 April 2012

Sambungan Umrah Part III

Assalamualaikum...alhamdulillah hari ni dah hari jumaat..ape aktiviti korang tengahari ni? window shopping? balik umah? atau membuta di opis saje? Bagi laki wajib g solat Jumaat tau, jangan memandai2 nak ponteng..huhu..Kebetulan ari ni opis aman, bos cuti..kalau die cuti terus kan best..mood aku pun ade rajin sket..jadinya nak sambung la cerita umrah part III. Tapi dalam entri ni aku nak cite pasal peristiwa @ perkara yang bagi aku menarik untuk aku kongsi ngan korang.


Dari gambar yang aku snap ni korang boleh tengok kan betapa ramainya manusia .Ada yang berpusu2, berebut2, tolak menolak untuk mencium Hajarul Aswad. Ade yang bak melekat kat pintu Kaabah. Kat sinilah aku menyaksikan seorang wanita Turki kena tolak sampai tertanggal tudungnya.Polis dihadapan hanya melihat tanpa berbuat ape2. Menggigil aku masa tu. Kesian pun ade tapi nak menolong bagaimana? Mujurlah wanita tu berbadan besar bolehlah dia menahan badannya dari terus ditolak cuma aku risau sangat takut dia terjatuh. Kalau terjatuh, mungkin dia dipijak. Sebab kat sini manusia terlalu ghairah nak cium Hajarul Aswad. Dah tak peduli dah orang lain..Sejak tu aku takut nak dekat dengan kawasan Hajarul Aswad. Kalau tawaf pun jauh2 je..

laluan saie..dari marwah ke safa
Masa aku pegi buat umrah ni, jemaah dari Turki, Pakistan dan Bangladesh memang ramai..Diorang ni aku perhatikan memang kasar. Berlawanan sikap dengan orang kita..dilangkah, disiku, ditolak dan macam2 'di' lagi dah jadi perkara biasa kat jemaah Malaysia. Kalau dalam masjid, duduk la rapat2 dalam saf kalau taknak kena langkah ataupun diorang akan menyelit kat kita lebih2 walaupun dah takda space,lagi2 kawasan yang berhampiran dengan Kaabah...huhu..memang menguji kesabaran. Jangan bawak sikap baran korang kat sini ye sebab kalau tak sabar boleh bergaduh. Tapi kalau bergaduh pun sorang cakap bahasa ayam , sorang cakap bahasa itik..hehe
 

kawasan bazar sebelum azan..

selepas azan


Beginilah keadaan kawasan peniagaan di sekitar Mekah. Bila masuk waktu, azan akan berkumandang dan masa tu la peniaga2 ni sibuk menutup kedai2 diorang. Dah habis solat kira jemaah dah keluar dari masjid baru diorang bukak balik kedai2 nie.

Kualiti gambar kurang memuaskan sebab aku snap dari dalam bas yang tengah bergerak..hihi.
Gambar kat atas ni ialah batu atau tembok  yang di bina untuk menjadi tanda sempadan Tanah Haram dan Tanah Halal. Istilah Tanah Haram Makkah ialah suatu kawasan yang aman kerana di dalamnya ada hal-hal yang tidak dibenarkan kita melakukannya dan juga ada beberapa hukum yang membezakannya dengan kawasan-kawasan yang lain kerana kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mengikut pendapat jumhur ulama juga, orang kafir adalah tidak dibenarkan untuk memasuki tanah haram sama ada untuk menetap ataupun hanya untuk lalu sahaja.Di akhir zaman nanti, Dajjal hanya mampu sampai kat sini je, tak boleh masuk kawasan Tanah Haram.


(bersambung..)

12 April 2012

Umrah Part III

Assalamualaikum...hari ni nak sambung cerita pasal umrah..boleh kan?..kalau tak boleh pun..aku bolehkan jugak..sebab aku yang taip..hahaha..(gelak jahat)..aku tengah rajin nie..maklum la baru balik dari Jalan TAR..cuci2 mata..ngee..tapi jangan salah sangka ea, aku pegi dengan kebenaran bos sebab beli barang untuk program opis..

Hari tu aku cerita sampai aku buat umrah pertama kali kan..alhamdulillah aku selesai buat umrah masa tu jam pukul 3am..lebih kurang macam tu la tapi kitorang tak balik hotel, tunggu sampai subuh, lepas subuh baru balik hotel untuk sarapan dan berehat. Lepas2 mandi memang lepak terus la aku atas katil sebab keletihan. Untuk makluman sape2 yang bakal mengerjakan umrah, korang bawak2 la bersenam atau berjoging..sebabnya jangan jadi cam aku. Aku ni dah lama tak bersenam, so balik dari masjid macam nak krem betis dan tumit sakit..ibarat orang yang tak penah bersukan tetiba bersukan..haaa..camtu la rase die..hehe. Ibadat umrah dan haji ni memerlukan banyak pergerakan fizikal tau. Sebab tu kene ade stamina. Hari ke2 barulah kitorang berjalan2 ke tempat bersejarah..

a. Jabal Thur
Disinilah terletaknya Gua Thur dimana Rasulullah bersembunyi bersama sahabat Baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika Hijrah ke Madinah. Gua Thur ni terletak di atas puncak Jabal Thur yang kedudukannya di arah selatan Mekah iaitu ke jalan menuju Yaman. Tinggi Jabal Thur lebih kurang 500m dan jaraknya dari Mekah lebih kurang 6 batu. Masa aku pegi ni kami hanya boleh melihat dari jauh je sebab ade tembok besar, tak boleh masuk. kat kawasan sini ramai orang berniaga, macam2 diorang jual..hehe..aku tengok  je..

kat belakang tu la Jabal Thur..kan ade tembok tinggi belakang model ni..(bising la kalau mak sedara aku tau, aku interprem muka die kat blog aku..hahaha)

murah2..beli2..khamsa riyal..khamsa riyal..

b. Jabal Rahmah
Setelah mengabiskan masa dalam 15min, kami menuju Jabal Rahmah. Mesti korang tau kan Jabal Rahmah ni tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah keduanya terpisah bila turun dari syurga..so sape nak mohon jodoh boleh la berdoa disini, mudah2an Allah makbulkan..


Masa aku sampai ni memang matahari atas kepala tau..insaf sangat..yela panas kat dunia ni pun dah rase macam tak tahan kalau kat akhirat nanti macamana la agaknya... Agak terganggu jugak sebenarnya sebab ramai sangat photographer tak bertauliah dok sibuk nak amik kan gambar. Dah la tu dengan peniaga yang sibuk suh beli. Belum lagi jemaah yang menangis2 peluk batu, tulis nama atas batu..errmm..macam2 ragam manusia..
cube tengok kat dinding tiang batu tu, banyak name ditulis, tak tau la diorang ni mintak ngan Allah ke atau mintak ngan batu..huhu
c. Padang Arafah dan  Mina
Padang Arafah ni terletak 25km dari kota Mekah.Selain menjadi tempat wukuf ketika ibadah haji ianya juga mempunyai sejarah penting iaitu Rasulullah menyampaikan Khutbah ketika mengerjakan haji Wida' dan disinilah Baginda menerima wahyu terakhir sebelum Baginda wafat. Mina pula terletak 7km dari Kota Mekah. Disnilah tempat Nabi Ibrahim melontar syaitan ketika hendak melaksanakan perintah Allah  menyembelih anaknya, Ismail.Kini, Mina menjadi tempat jemaah melaksanakan haji, iaitu bermalam di Mina dan melontar tiga Jamrah.


gambar aku snap dari dlm bas..hehe..khemah ni hanya dibuka ketika musim haji sahaja. Boleh bayangkan mcmane musim haji..jemaah berjalan kaki di kawasan yang luas ni..dan tau kan kenapa aku suh korang bersenam?


d. Gua Hira'
Gua Hira' terletak di bahagian atas hampir dengan puncak Jabal Nur. Terletak 6 batu sebelah utara dari kota Mekah. Disinilah Rasulullah menerima wahyu pertama kali nya sebagai tanda Baginda telah diangkat menjadi Rasul oleh Allah. Kat sini pun aku tak panjat cuma tengok dari bawah je sebab kalau nak daki dalam 40min.


inilah Jabal Nur..masa ni aku teringat macamane la Saidatina Khadijah berulang alik mendaki batu2 ni untuk berjumpa Rasulullah..

Itulah sebahagian tempat2 yang kami ziarah..yang lain tu hanya pandu lalu je..macam kawasan paip utama dari telaga zamzam, ladang unta, masjid Hudaibiyah dan lain2. Aktiviti hari2 sama je sepanjang aku di Mekah sekiranya tiada lawatan, aktiviti kitorang buat umrah, ke masjid dan hotel. Kalau rajin pegi la tawaf kat bazar2 berhampiran hotel sehinggalah hari aku berangkat ke kota Madinah.

( bersambung)...