Ku ketuk pintuMu
dalam kelelahan amarah
bukalah meskipun sebelah
ingin ku jengkuk menandakan kehadiran ini
di terima sudah
biarpun tidak sempat kubuang lelah
di cadar malam
bersama ratib malaikat kian menggelam.Di laman ini kurelaikan
batu-batu dosa
yang membelenggu jantung hatiku
biar pecah berderai
segala mazmumah
hanyut bersama air mata keinsafan
ke tuju penjuru alam
berangkat dari wadi tadahan wahyu
biar lebur istana Iblis.Aku berdiri di sini, berba’iah pada diri
kesujudan ini sampai abadi
keinsafan ini sampai ke mati
di sana pun akan kutawaf
arashyMu sampai bangkit
kembali – bersama malaikat
lelah dan keringat tidak ku hitung lagi
mengalir membasahi bumi hakiki.
Tuhan aku tidak mahu
memaksaMu – kalaupun Kau tidak menerimanya
aku sudah puas
kerana kutelah gagahkan jua kudrat
untuk rebah di sini – atas takdir Mu
dengan luka maha dalam
yang kuguris dari hakikat diri
yang ku toreh dari lurah hati
kuldi yang tertelan telah kuluah
dengan muntah dan darah
kupacak azam
tidak mengulangi lagi
bermain di jerat syaitan.
Ku tahu luka di telapak kaki ini
tidak setara dengan kepedihan dan luka
tumit Siti Hajar dalam pertarungan
membela putra anakMu
tegang urat sarat ini
melarikan harapan dari Safar ke Marwah
tidak asin dalam keringat Ibrahim dan Ismail
takkala membina rumahMu.
Biarlah pada hari yang Kau izinkan ini
terpenuhi dengan derita yang Kau maafkan
yang mengalir di lembah Jannah
kuturap bersama air mata penyesalan,
hanya kupinta
sandingkan aku dengan kekasihMu
atas arashy dan khursyMu
sampai kapan pun ingin kurebut
kekasihmu itu, sampai kapan pun
biar betapa hinanya pengantin ini
hingga bulan dan mentari enggan hadir
kenduri ratib ini
namun kuhajati jua persandingan itu.
Itulah yang ku impikan dari
permusafiran ini
Dengarlah oh Tuhan ku
dengarlah…
jerit pengembara yang luka
jerit pengembara yang terseksa
jerit pengembara yang fanak
dalam cahaya kebesaranMu.
Semakin aku baca sajak ni semakin laju airmata aku keluar..Mudah2an Allah ampunkan dosa2 aku..Amin
selalunya kalau kita nk buat benda baik ni, mmg banyk ujian dan dugaan. sama mcm kita nk bina masjid (kawen) Jika awak berjaya hadapinya, awak manusia yang paling hebat. Kejayaan di tangan awak. Capai dan genggam erat2. Jangan biarkan ianya terlerai dek perasaan. Sampaikn salam ku disana kelak.
BalasPadamInsyaallah..terima kasih atas sokongan..Doakan urusan aku dipermudahkan..
BalasPadam