27 Februari 2012

Kenduri 2 in 1

Kenduri 2 in 1? ape jenis pesen kendurinye nih...Yela wat kenduri untuk dua hajat..1 doa selamat dan 1 lagi aqiqah..ooo..2 la jadinya 2 in 1?hahahaha..

Okeh, dah2..takmo merepak dah..seperti yang aku janjikan dalam entri lepas aku nak apdet cite pasal kenduri kan..so meh aku mula dari hari sabtu ea..hari sabtu malam ahad tuh lepas solat..aku terus la goreng2 ape yg patut sementara yang lain-lain dinner..aku tak join dinner sebab diet..ngeee..Sebenarnya sebulan sebelum  family aku decide nak buat kenduri ni aku dah cakap nak celebrate anak sedara and anak cucu aku punye birthday. Kebetulan birthday diorang bulan Januari dan Februari.. Anak buah aku tempah la kek dengan opismate dia, aku cakap tak payah la sebab sebelum ni anak buah aku pernah tempah kt orang yang sama tapi rasa dan rupa kek amat mengecewakan. So kali ni aku cakap kite beli dah siap je kat SR ataupun kat kedai kek muslim.Tapi masalahnya..dia dah tercakap kat member nie.Aku pun okey kan jelah. Siap bagitau kat member nie nak yang macamana and bla bla bla..Okey..sampai la hari yang dijanjikan iaitu hari jumaat yang sepatutnya member tu bagi kek, anak buah aku 'EL' tak pegi kerja.Member ni pun call aku tanya aku nak balik kampung bile.Aku cakap aku nak balik pas suboh pagi esok (sabtu) sebab sampai kampung nanti aku ngan mak nak pegi pasar, so awal nak gerak dari rumah. Dia cakap kek tak siap lagi, barang2 pun tak beli lagi. Mase 2 dah kul 6pm. aku tanya, bila nak siap? Dia jawab dalam kul 11pm..Nanti dia sms.  Lepas isyak aku tunggu sambil tengok tv.Tunggu2 dah kul 11pm..tah macamana boleh terlelap plak, aku sedar dah 11.50pm.Tengok hphone takde pulak sms.Aku call dia cakap kejap lagi dia hantar.So pendekkan cite, kul 12am kek sampai kat umah aku dan nilah hasilnya....


Aku tak puas hati la sebab mase order nak design lain tapi dapatnye lain.Aku cakap takpe la. Tapi aku memang tak puas hati sebab rupanya bukan seperti yang aku nak dan rasanya memang kureng. Aku bukan apa, bagi aku la kan, kalau ko rase memang tak de masa nak buat ko tak payah gatal2 amik order. Lepas ni confirm tak akan order lagi dah. Aku paling tak suka orang macam ni. Dok tayang kat fb, kt blog yang ko ni memang pandai wat kek and amik order tapi bila kita order indah khabar dari rupa. So, aku beli 1 lagi kek yang deconya amatlah simple tapi kek not bad..



dan nilah wajah2 kesayangan hamba pada malam tu..walaupun simple happy sangat bila tengok diorang happy..ngeee


Esoknya tu, pagi2 lagi rumah kitorang dah riuh. aku and kaklong amik part masak, wat sarapan cum minum pagi tuk orang masak. Menunya bihun goreng.Pas minum orang kampung pun dah ramai datang so aku pun siap2 sebab ade baca yasin dan diikuti dengan marhaban, cukur jambul dan doa selamat. Alhamdulillah, semua berjalan lancar..cuma cuaca agak panas..so layan gambar jelah ye..aku dah kontang idea nak menaip nih..huhuhu







yang kecik nie my 2nd cucu, toknyen n pakcu tofik die



anak cucu aku yang 1st



Happy family, hope uols happy 4ever

Apa yang aku harapkan semoga hubungan keluarga ni sentiasa rapat disirami kasih sayang dan hormat-menghormati.  Insyaallah kami akan bercuti ke satu destinasi ni, dan aku tengah merancang program tuk family day yang dirancang pada Oktober nanti. Semoga apa yang dirancang ni berjalan lancar, amin..

2 ulasan: