30 September 2013

Teaser Doorgift Majlis Resepsi

Haii..tak abis lagi majlis aku rupenye..huhu..orang pun nak muak dah kan..pengantin dah basi katenye..aku peduli ape orang nak kate kan..ade aku kesah??hahaha..

Nilah keje aku minggu lepas tak sudah-sudah cari bahan buat doorgift tapi kali ni tak banyak just untuk kawan-kawan dan sedara mara je. Yang lain-lain aku bagi buah dengan gula-gula untuk budak2. Bunga Penanggah pun dah siap.

Hari khamis ni aku dah start cuti. Lagi dua hari nak cuti ni aku siap-siap keje ape yang patut. Tapi kepala memang dah serabut nak buat itu ini sebab banyak benda tak settle lagi. Hari minggu baru ni pun menelek doorgift seharian sakit pinggang aku weii tapi nasib baik la dah siap-siap tu en.suami nak bawak aku pegi jalan-jalan..tak jauh pun setakat Alamanda je..dapat pau baju sehelai kat butik Belle..hilang penat..hehehe. Balik ni aku nak pegi try baju resepsi. Pastu khemah ngan pelamin diorang nak pasang khamis gak. Kek kawin pun aku tak tempah lagi..adoii..banyak keje kene buat. Tadi adik aku confirmkan yang budak kompang dah settle budak penanggah pun dah settle..alhamdulillah. Mudah-mudahan berjalan lancar.

So layankan jela gambar doorgift in the making ni..cerita selanjutnya dalam next entry k.








27 September 2013

Diet Mengikut Jenis Darah

Artikel yang baru aku baca pasal diet ikut jenis darah ni. Menarik juga la kan..selama ni tak tau pun..hehehe..so sesape dah baca boleh la kita share sesama ek..

Kebaikan


# Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.

# Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.

# Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.

# Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.

5) Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.



Keburukan


# Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.

# Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.

# Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.

# Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.

# Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.



Fakta

  • Diet untuk darah jenis A (ni jenis darah aku)

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.



  • Diet untuk darah jenis B


Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.



  • Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.




  • Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.




So sekarang aku cuba diet dengan buah sebab jenis aku memang tak boleh lebih karbo dalam makanan hari-hari..badan cepat naik wei..ni pun timbang minggu lepas dah naik sebab tu la aku cari-cari artikel jumpa la yang ni..so aku cuba la..tak salah pun kita mencuba kan..mana yang baik kita ambil..so kalau sesape ada masalah yang sama dengan aku ni boleh la try ikut diet ni..tapi sebelum tu pastikan korang darah jenis apa..hehehe








18 September 2013

Edisi Nak Cantik : Masker



Hollaa..wah terajin plak nak wat entri sampai sehari dua kali..ni satu perkembangan yang positif ni..sila tepuk tangan untuk diri sendiri..yeayy..ok berbalik pada tajuk..kekdahnya aku baru dapat mask atau topeng muka ni dari opismate aku yang baru balik dari Korea. Katanya mask kat sana atau barang-barang penjagaan kulit ni murah sangat kat sana. 

So ni la buah tangan yang aku dapat beserta FM yang sangat comel. Lately ni aku rajin jugak pakai mask..aku suka bila time kita pakai ni rasa macam kulit muka ni ditarik dan sejuk je..en.suami pun join tau..dah tu asik sibuk je tanya..aku bagi dia pakai sekali..hehehe..Biasa aku beli yang untuk kulit kering. Dah aku ni berjam-jam dok dalam ekon kan harus la kulit ni kering..takut jeragat naik..spoil wehh.. Untuk dapatkan kulit yang cantik amalkan la pakai masker ni seminggu sekali atau seminggu 2 kali. Bagi aku tak mekap takpe tapi kulit muka kene jaga..aku pun bukan la tiap-tiap hari nak mekap tebal-tebal..tapi dah ada suami ni, penampilan memang sentiasa kene jaga..jadinya moh ler bermasker malam ni yek..



Mencari Resepi yang Mudah

Ni la yang aku dok pikir dari hari tu..dah banyak kali aku cari dalam internet ni resepi-resepi yang senang. Bukan ape en.suami baru je hadiahkan aku ni..


Ermm..tak keluar kotak lagi kekdahnya..terima kasih abang..sayang sangat.( Erkk..sila jangan muntah ). Aku ni dok pikir la apa yang aku nak buat sebagai merasmikan oven tu..dah la menatang ni yang dah lama aku idam2kan..last2 en.suami juga yang belikan. So sape ade resepi buat kek yang senang dan sedap atau resepi yang mudah tolong la email aku ni. Dalam kepala aku nak try makaroni bakar je dulu...huhu..insha Allah petang ni beli barang..yeayy!!!




13 September 2013

Jumaat 7 Zulkaedah 1434H


Salam jumaat...pagi yang agak penat.. penat bukan buat keje tapi penat sebab cam terkejar sana-sini. Sebenarnya aku baru balik dari hospital K.Pilah malam tadi. Kelmarin mak aku admit hospital so aku minta halfday dengan bos, pastu cuti minta 1 hari semalam sebab teman mak aku. Kiranya malam semalam aku tido wad la. Nasib baik mak aku dok wad kelas 2, 1 bilik 2 orang..selesa la sikit kan. So malam tadi mak aku discharge..so aku minta en.suami jemput aku sebab ari ni aku nak keje. Kekdahnya cuti aku yang dah tinggal beberapa hari je lagi ni. Kalau banyak lagi opkos la aku cuti direct sampai isnin.Tak larat nak ke hulu ke hilir. Esok balik kampung balik.Mudah2an mak aku cepat sembuh..sian kat mak.badan dah nampak susut sebab tak makan. Anak buah aku bawa bubur pun tak berusik. Yela nak makan macamana, dah susah nak mengunyah..selera pun takde..risau aku dibuatnya.

Aku pun macam tak bersemangat nak buat persiapan kenduri ni..sebab keadaan mak aku..tapi sebab kad dah edar kene la teruskan juga. Aku harap semangat ni pulih balik..amin.



11 September 2013

Kinohimitsu Japan Collagen Diamond 5300



Benda ni la yang aku beli ngan en.suami semalam bagai nak rak kami mengangkut gilir-gilir sebab berat weii..tapi en.suami la yang akhirnya bawak sampai ke sudah..hehehe. Ceritanya..en.suami ajak pegi Alamanda lepas balik keje nak jumpa kawan katenye..bagai orang mengantuk di sorong bantal..aku memang nak gi beli benda ni kat Watson @ Guardian sejak aku tau anak buah aku dok amal minum collagen ni muka die cantik, putih dan gebu.

Sebenarnya collagen  Kinohimitsu ni banyak jenis tapi aku pilih yang ni la sebab dia sesuai untuk umur 3 series ke atas..lelaki atau perempuan yang kulit kering, selalu dok dalam ekon, suka mengembara atau outdoor activity. Kira aku menepati ciri2 tu la kan..so aku pilih yang ni. Collagen ni dalam bentuk minuman..so pengguna pertama kali macam aku ni kene minum 1 botol sehari selama 6 hari berturut2 sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur..tapi aku minum sebelum tidur.Lepas dah 6 hari tu..kene minum 1 botol untuk 2 hari je..so dalam kotak ni ada 32 botol free 2 botol. Ni aku beli kat Guardian harga RM256. Mula aku tak nak beli sebab duit takde tapi nasib baik en.suami baik hati..dia cakap ambil la kalau nak..ishhh..gile tak nak kan..opkos la aku nak..sebab nak cantik. Nak cantik bukan mase bujang je..dah kawin lagi la kene jaga badan..semua tu kan untuk suami..suami pun bertambah sayang..hehehe.

So, malam tadi aku dah start minum rasa cam laici...tunggu la lagi 5 hari, tengok keputusannye..so korang pun patut cuba collagen ni. Nak sedap simpan dalam peti sejuk dan goncang sebelum minum. Tapi harga mahal sikit la kan.Terpulang kat masing2 la. Sebelum ni aku dah cuba produk collagen yang murah kan..tapi hasil takde ape pun..nak sedap hati sendiri mungkin tak sesuai dengan aku..so kali ni aku cuba yang mahal pulak.Aku pun bukan la nak cantik sangat cuma kulit muka ni kering sebab aku keje dalam ekon, pastu kurang minum air..umor pun dah 3 series..aku takmo la jeragat naik...huhuhu

Ni Botol pertama aku minum

UPDATED : Alhamdulillah setelah hampir dua bulan aku makan kolagen ni, kulit kat area siku, lutut dan tumit tak kering dan bersisik. kulit muka pun dah tak kering mengelupas. Terpulang pada masing2, ikut kesesuaian badan. Mungkin lain orang lain pulak perubahannya. Lagi 1 breast dan punggung jadi cantik, hehehe..cantik macamane? try sendiri okies..






6 September 2013

Puding Aiskrim Oreo

Salam jumaat semua...alhamdulillah hari pagi ni cuaca sejuk je..so aku pun nak kongsi satu resepi ni. Aku yakin ramai yang dah try kot Puding Aiskrim Oreo ni kan? Takpe ni kira versi aku la ek..Puding ni projek minggu lepas tapi baru ari ni rajin nak buat entri..

Bahan-bahan :

Agar2 tali 25g..potong kecil-kecil
Susu cair 1 tin
Air 1250ml
Biskut Oreo dihancurkan atau dipatah2kan..aku buang cream die
Gula ikut suka
Aiskrim 5 scop..ikut suka nak perisa ape..aku masuk kan aiskrim coklat chip
Telur 1 biji
Esen vanila setitik

So cara nak buat ialah..satukan susu cair, telur, aiskrim dan masuk kan sikit esen vanila..kemudian blend. ketepikan. Rebus agar2 dengan air sampai hancur, masukkan gula. Kemudian masukkan bahan yang telah diblend tadi. Biar masak sekajap..kemudian padam api. Korang boleh masukkan biskut oreo tu kemudian curah dalam bekas..tapi aku tak buat macam tu..kire derhaka sikit..aku curah dulu dalam bekas..pastu aku taburkan biskut oreo tu atas puding..tenggelamkan sikit-sikit..dan sejukkan selama 1 jam..kemudian boleh dihidang.

Puding Aiskrim Oreo versi aku..









5 September 2013

Rendang Ayam Merah



Nampak sedap tak? ke nampak pedas? hahaha..memang pedas pun..aku taruk cili kering pastu blander 2 ulas cili api..en.suami makan sikit je..pedas..tak tahan katenye..kecik ati aku tau..huhu..Rendang ni 1st tau aku buat. resepi aku cari kat pakcil gugel. Sebenarnya aku masak ni untuk jamuan raya opis ari ni. Makanan potluck..dan aku dengan relahati nak buat rendang. Memandangkan 2 orang kene bawak rendang aku pikir aku nak buat rendang lain sikit dari yang biasa aku masak. Rendang ni pun tak guna cili api, die guna cili kering..en.suami kate sedap..tapi pedas..nasib la kan..hahaha..okey bagi sesape yang nak try resepi kat bawah ni.

1 ekor ayam..potong 16 boleh..18 pun boleh
Ciling kering..ikut suka..nak pedas letak banyak*
kunyit hidup 2 ulas*
lengkuas 1 inci*
serai 3 batang*
halia 1 inci*
bawang merah 4 ulas*
bawang putih 4 ulas*
bawang besar 1 labu*
daun kunyit 1 helai
daun limau purut 3 helai
kerisik 
santan
asam gelugor..asam jawa pun boleh

Okey..bahan-bahan yang bertanda * kisar sampai hancur..lepas tu panaskan sikit minyak masak..bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda * sampai wangi..kemudian masuk kan ayam..gaul balik kan..pastu masuk santan..koyak2 kan daun limau purut..masuk kan asam gelugor..rasakan dengan garam. Bila kuah dah kering dan masak air..masuk kan kerisik..gaul kemudian hiris daun kunyit..tabur dalam rendang..gaul bagi rata..tadaaaa..dah siap sesuai dimakan dengan nasi, lemang, nasi impit dan roti..selamat mencuba!!