23 November 2012

Pertandingan Masak


Cerita ni hari Sabtu lepas masa aku balik kampung yang kenduri  tunang tu. Kan dalam entri lepas aku dah mention nak cerita kan..so untuk tidak menghampakan kalian..(bajet macam orang bace je) maka aku dengan penuh takzim nye nak bercerita ni ha..

Sebenarnya cerita pasal pertandingan masak ni aku dah dengar dari alang aku masa awal-awal aku sampai kampung tu. Haaa..aku letak je barang2 mula la alang aku dok bercerita yang alkisahnya kampung aku ade bebudak UiTM Shah Alam  budak program ala2 majlis ramah mesra ngan penduduk kampung gitu dan sekali ngan kempen derma buku. diorang ni tido kat UiTM Kuala Pilah..pastu program waktu kat kampung aku selama 3 hari bermula jumaat tu sampai la ahad. So Sabtu tu, ada pertandingan masak, sukaneka ngan banyak lagi acara la.


Nak ceritanya petang tu memang ujan lebat sangat..dalam ujan lebat tu jugak la..aku ngan alang hantar lauk yang dah masak kat pertandingan tu. Haa..kitorang sume tak masak kat situ ye puan-puan sume..kitorang masak siap2 kat rumah just bawak je lauk tu kat pertandingan. Tema lauk ialah gulai ikan Sungai. Alang aku masak la gulai ikan sembilang salai campur kacang botol..mebeless ko!!


Mula aku ingat tak ramai la yang masuk..rupa2nya berderet jugak la..dan aku je peserta yang single..yang lelain sume mak2 orang..hahaha..alang aku segan sebab peserta lain sume pompuan kan..die sorang laki..tapi apa nak heran kan..sekarang ni laki pompuan masak..takde yang peliknye..

Dan part yang paling best, lauk kitorang tu memikat hati juri..maka tak sia2lah aku balik minggu tu..sebab menang dapat hadiah..hahaha..walau pun dapat no.3..tapi happy sangat..dan yang paling happy opkos la alang aku..sebab die yang beriya-iya nak masuk. Masa mula-mula nak masak tu, aku ade gak berselisih pendapat ngan alang pasal menu..yela alang nak masak ikan tu campur jering..aku pulak tak nak sebab jering tu berbau kan..nak letak terung belanda atau daun gelugor macam ada kemungkinan akan ramai peserta yang masak stail tu. Last2 alang cakap kita campur kacang botol.

Masa mula2 bukak penutup lauk tu, dah ramai yang kerumun sebab bau wangi salai tu..dah la ujan lebat kan..mau tak berkeroncong perut..hahaha..So ni la hadiah yang kami dapat hari tu..walau pun aku ni hanya peserta tempelan..hahaha..alhamdulillah










22 November 2012

Majlis Tunang..bukan aku punyee..


Minggu yang amat meletihkan..hehehe..actually aku baru masuk opis ari ni. Badan tersangat la penat suara pun dah macam nak demam ni..hukhuk..

Ni nak cerita minggu lepas, kenduri tunang..tapi cam tajuk tuh dah kate kan bukan aku punyeee..huhu..Sebenarnya majlis ni anak sedara aku ngan akak aku tunang serentak pada hari yang sama.. Kakak aku pasangannya dari Terengganu, anak sedara aku dari Kedah..sume jauh-jauh belakee.. nak buat camne kan..dah jodoh..

Kira ni sejarah dalam kampung la gamaknya bile kenduri tunang ada dua pasangan..dan antara orang yang sibuk menguruskan majlis siapa lagi kalau bukan aku..jadi orang dapur sampai tak sempat nak melaram pakai baju lawa-lawa..hukhuk..sabtu pagi2 aku ngan mak ke pasar  beli lauk pauk..balik rumah masak untuk makan tengah hari..rilek jap pastu buatkan hantaran yang tak siap lagi. Dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi join pertandingan masak ko..dah la ujan lebat..hahaha..cerita ni next entri k..ari ni nak cerita pasal majlis tunang je..hahaha



Ni antara hantaran yang aku buat kat putrajaya..tapi sampai kampung aku tukar riben ngan polisterin tuh..huduh nau ghopenyee..ala..bleh la kan..sikit-sikit bakat terpendam tuh. Kalau nak tempah over bajet pulak kan..jangan membazir..duit tu boleh guna ke lain..kan..

Ni pulak gambar sume hantaran dari pihak akak aku tema kaler purple gold 11 dulang berbalas 9 dan anak sedara aku tema hijau 7 dulang berbalas 5. Ni ada gambar aku amik tapi gelap la pulak..tak pela nak tunjuk jugak..hehe




So, kenduri ahad tu berjalan dengan jayanya..dengan itu selamat la sudah akak ngan anak sedara aku menjadi tunangan orang..semoga kekal ke jinjang pelamin..pertanyaan orang kat aku, aku bila pulak?..aku hanya balas dengan senyuman..Allah jua Yang Maha Mengetahui..bila masa dan ketikanya kan...

Lepas abis bertungkus-lumus berkemas, aku siap2 berkejar ke Allson Klana pulak..ada apa kat sana? nanti la aku cerita kat next entri ek?

K, bai..








3 November 2012

Hari Ni Aku Kerja..




eleh..saje la tu..buat-buat bz khenn..

Lepas subuh tadi terus siap-siap kemas rumah..basuh kain baju..dan terus masak. Bukan apa dah kate aku kerja kan hari ni..so ingat masak sket leh bawak bekal pegi opis..alah masak simple-simple je pun..hehehe

Sampai je opis..nak masuk tak boleh la pulak..pass tak bawak..dah turun balik..jumpa guard mintak pass tapi diorang dah tak bagi, katenye ramai pencuri dah sekarang..tu pasal la tak bagi visitor pass dah, hohoho gitu kekdahnye...acaner nak masuk nih? call orang tu orang ni suh bukak pintu nak masuk punye pasal..hahaha..bikin kecoh pepagi khenn..

So ni dah settle ape yang patut sementara tunggu lelaki-lelaki gagah perkasa angkat barang dan kumpulkan satu tempat..aku pun ambik kesempatan la meng apdet blog..hehe..kang diorang dah siap..turn aku plak la nak belek2 barang-barang tuh..so korang-korang yang dok rumah ari ni, selamat beristirehat la yek..layan hindustan petang ni, ade yang g i kenduri ke..selamat la ye..apa-apa pun tahniah kat la kat sesapa yang menjadi Raja Sehari hari ni, semoga berkekalan hingga hujung nyawa..aku je la dok tunggu turn tak sampai-sampai lagi..hukhukhuk..

2 November 2012

Bukan Rezeki..


Sedih sangat sebenarnye hari ni tau..macam ada satu benda yang berat terbuku dalam hati aku ni..sob sob..Patutnya aku dah sampai kt sana..tapi dah tertulis takde lagi rezeki tuk aku jejak kaki kat sana..

Punyalah aku study bagai nak rak..itinerary, booking sume siap bagai..tapi akhirnya..hari ni aku masih di opis depan pc menaip kat blog ni haa..

Tak pela..walau aku terkilan camne pun..benda dah jadi..tapi ada pengajarannya kat sini. Jangan berharap kat orang yang belum tentu nak pegi..maksudnya yang takde perasaan yang sungguh-sungguh nak travel sama-sama dengan kita, takde perancangan dari dia untuk travel ni..semuanya harap nak bertindak last minit..pastu ni la yang terjadi..burn tiket!!..

Stress betul aku nak melalui hari ni yang patutnya aku bercuti..tapi aku dah cancel kan cuti tu pagi tadi..dah tak jadi pegi kan..baik aku keje..So tengahari ni lepak-lepak kat opis..esok aku kene ot..alhamdulillah dapat cari duit lebih..dan harap-harap cepat la akak tu hantar durian crepe aku..pasal durian crepe ni aku order malam tadi..ceritanya akak opis aku bagi rase seketul..ingat tak sedap..tapi bile rase..yaaa ampuuun..sedap bangat..hahaha..so aku order la 2 peket. Bagi sesape yang tak kenal macamane rupe durian crepe, ni aku kasi korang tengok..mabeless wehh!! (motip : dari sedih cam nak meraung tadi..cite bab makan terus cam happy..drama queen kekdahnya..haha)


skali ngap je ni..best!

penuh dengn isi durian..meleleh air liur..slurpp



Derma Darah




Hari ini aku nak bercerita pasal aktiviti semalam. Semalam kan hari Inovasi pastu sekali dengan perhimpunan bulanan opis. So aku ditugaskan kat kaunter pendaftaran Pusat Darah Negara...uruskan sesape yang nak derma darah lah..sambutan amat lah menggalakkan..ramai yang derma tapi ramai gak yang direject atas banyak sebab..so kalau sesape nak menderma darah ni kan..sila baca syarat-syarat kat bawah ni haa..

 

Menderma darah ni bagus tau dari segi kesihatan..sebab bila kita menderma darah..darah yang lama keluar sel darah akan menghasilkan darah baru yang lebih banyak oksigen..tu yang membuatkan badan kita berasa segar..selain tu pahala pun kita dapat sebab dengan darah kita ni kita mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain..insyaallah.



ni antara makanan yang disediakan..aku suka apam polkadot tuh..

Part yang paling best lepas kene cucuk ngan jarum tuh..ialah dapat makan free..hehehe..aku suka bab nih..selain akan dapat sijil dan buku merah untuk 1st time menderma. Kegunaan buku tu ialah untuk merekod setiap kali kita menderma manakala penderma yang kerap menderma akan mendapat pelbagai keistimewaan antaranya, percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan bagi yang menderma sebanyak 6 hingga 10 kali...haa best kan?


So semalam kami hanya berjaya mengumpulkan 49 peket darah je..target 100 peket..apa nak buat..tapi kami bangga sebab dapat menyumbang sesuatu untuk masyarakat..ceewah...lain kali aku nak join lagi la..korang pulak macamane?