8 November 2013

Vietnam : HCM Part 1

Assalamualaikum..dah lama tak menulis apa-apa dalam blog ni. Sekarang dah masuk November, lagi sebulan lebih nak abis tahun 2013. Okey, tahun ni percutian luar negara aku ialah Ho Chi Minh Vietnam selama 4hari 3malam. Tiket aku beli masa promo AA bulan Januari 2013, kira-kira 9 bulan yang lepas..lama gile terperam ek..apa nak buat orang yang tak berapa nak 'ada' cam aku ni kene la tunggu promo, baru boleh beli kan? So trip kali ni hanyalah rombongan cik kiah je okehh yang terdiri daripada parent aku, akak aku yang sulong dengan dua orang anak dia & pakcik aku..totally 7 orang. Suami aku tak ikut kekdahnya, tolong hantar pegi airport je.

Nak jadikan cerita, masa aku beli tix ni, flight kul 10.30am tapi AA awalkan plak kul 7am. Akak aku plak 3 beranak flight kul 12.00pm. So pagi pagi sabtu tu kul 3am dah bangun dah bersiap kekdahnya. Nak dekat kul 4am baru gerak dari rumah..kira tak la terkejar sangat sebab flight kul 7am kan, tapi tak sempat la nak breakfast pape..just minum teh o je kat rumah. Aku memang dah set dalam kepala nak makan dalam flight jela. So pagi tu perjalanan lancar..alhamdulillah.

sedap gak chicken roaster ni tapi chicken nye alahai 2 keping cinonet je


Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Saigon a.k.a Ho Chi Minh (HCM) lebih kurang 1 jam 50min. Sampai sana tunggu akak aku plak sampai flight pukul 12pm dari KL. Apa lagi sambil tunggu tu sempat la buat taik mata kat airport tu. Lebih kurang pukul 1ptg waktu HCM akak aku muncul dengan anak die ..fuhh lega. Untuk makluman waktu kat HCM lambat 1 jam dari waktu Malaysia. Nak ke hotel aku amik  van 'sapu' dengan bayaran USD20. Kalau ikut bacaan aku dari internet diorang suruh ambil teksi vinasun tapi bila aku tanya diorang charge 1 teksi USD10, nak amik 1 teksi tak boleh sebab kami 7 orang dengan beg besar lagi so kene amik 2 teksi.. kalau amik dua dah USD20 kan? so aku amik jelah van 'sapu' tu senang, sume sekali naik 1 kete, tak payah asing2.

Untuk penginapan, aku awal2 dah booking Boss Hotel 1 by email, berhadapan dengan Pasar Ben Thanh. Aku janji check in kul 2ptg. Tapi on the way nak ke hotel tu boleh plak driver van ni berenti kat kedai tayar tukar tayar bagai-bagai pulak. Dah la rombongan kami ni dah lapar, pastu aku pulak tak teringat la nak call hotel bagitau lambat sikit. Last2 nak dekat pukul 3ptg sampai hotel, receptionist tu bagitau hotel dah full. Alahai..tak kan lah tak leh tunggu kot barang sejam dua. Mungkin dia kesian tengok kami yang kepenatan ni die tolong la call hotel yang berhampiran dengan rate yang sama..tapi semuanya hampa sebab full booked. Last2 dapat la tapi kene menapak dalam 300meter dari Boss Hotel 1, Timedoor Hotel berhadapan dengan Boss Hotel 2. Rate 1 malam USD25. Aku suka dok hotel ni, bilik bersih dan besar, dekat dengan Ben Thanh dan staff baik nak menolong walaupun cakap cam ayam dengan itik. 

Dah letak beg sume, apalagi misi seterusnya cari tempat makan. Disebabkan lapar sangat, kami makan kat restoran Nabil Biryani brhampiran dengan Boss Hotel 1 tu. Harga makanan mahal siot, tapi laparnye pasal hentam jela. So lunch hari tu bernilai RM175.40. 

Masing-masing dah lapar
Masa makan tu aku tanya la kat pakcik restoran ni, muslim vietnam pandai cakap melayu, ada tak tour guide yang ok kat area sini nak pegi Mekong. So dia kenalkan kami dengan pakcik Karim. Pakcik ni memang cari makan bawak pelancong muslim. Lepas dah tanya macam2, kami deal ke Mekong esok paginya dengan bayaran USD28 seorang termasuk makan, minum, naik bot segala mala la..kecuali nak belanja duit sendiri. Kira ok la tu kan, kami pun dah malas nak cari2 yang lain lagipun ni kira pakej muslim. So dia tau apa yang boleh dan tak boleh. 

Lepas makan, kami round cuci mata barang sekejap kat area Pasar Ben Thanh tu, beli t-shirt  3-4 helai dan balik hotel sebab rasa macam nak rehat dan penat sangat..huhuhu. Simpan tenaga nak ke Mekong esok pagi..yeayy!! 


kedai kat pintu masuk



hari pertama tengok2 je dulu

Bersambung....






7 November 2013

YUN NAM Hair Care

Cerita ni bermula bila aku sign up untuk 100 orang pelanggan pertama melalui Beautifulnara. Lepas seminggu ada awek cina call aku cakap aku boleh try  1 kali treatment free kat Yun Nam yang berhampiran. So disebabkan The Mines yang paling dekat so aku deal hari sabtu. Ya ampun..sabtu tu aku lupa cuti Deepavali, makanya memang sesak gile2 la nak masuk The Mines tu, sampaikan bumper belakang kete kene cium dengan kete lain. Apalagi bising la en. suami ..tapi bisingnye sekejap je lepas orang tu bayar gantirugi..ahakss.#dramadisitu#

Punca aku nak pegi buat treatment ni sebab rambut aku yang super duper gugur dan dah nipis...risau weii bile tengok rambut makin jarang dan nampak botak. Masalah tu berpunca dari kelemumur..phewww..dah macam-macam shampo antidandruff dah aku guna..tapi still ada. 

Masa pegi tu, cam biasa die register nama kita pastu die bawak masuk bilik nak scan kulit kepala. bile dah kenal pasti apa masalah, mula la diorang jual pakej diorang. Aku ni nasib baik la kete baru lepas eksiden, so ada alasan la takmo ambil pakej die. Pakej yang ditawarkan untuk aku ialah dandruff berharga RM550 sekali rawatan. Lepas tu treatment herba dan bagai-bagai tu RM 400++ untuk 10 kali rawatan. Bila awek cina tu cakap..aku dah terbayang muka en.suami. ishhh..mau die melenting kang ni kalau pepandai aku ambil pakej ni dah la sebelum pegi aku dah janji takmo terpedaya perabih duit. So pikir punya pikir aku amik juga rawatan berharga RM150 sebab aku tengok rawatan diorang ni memang ok tapi masalahnya poket aku je time tu tak berapa nak ok..huhuhu.

Ok, lepas dah aku bayar sume, diorang cuci rambut aku, bilas, pastu ada la diorang letak perapi ke hape,then bilas dan keringkan sikit dengan towel pastu letak herba kat kepala, pastu bungkus, urut2 pastu stim rambut aku dalam 20minit. 


Cukup 20minit, bilas, cuci ngan shampo, letak minyak apa ntah, bilas lagi...settle sume, dorang spray plak kulit kepala aku..dan keputusannya............

kiri sebelum & kanan selepas


macamana la rambut aku tak gugur kan..geli tengok kelemumur banyak gile.

So, sebelum balik diorang bagi la set penjagaan rambut sendiri kat rumah 3 botol comel, shampo, conditioner dan herba spray. Alhamdulillah seminggu ni rambut aku dah jarang gugur tak macam sebelum ni kalau sikat tu penuh ngan rambut...huhu.

Nak katanya, kalau ada ongkos haruslah aku nak buat lagi treatment kat sini sebab aku puas hati dengan resultnya.. So sesapa ada masalah macam aku ni boleh la cuba kot. Lepas ni boleh la Yun Nam bagi treatment free kat aku sebab tolong promote tuk diorang..huhuhu









6 November 2013

Kek Coklat Karemal





Ni projek aku baru-baru ni. .sebab dah tak terdaya meleleh air liur tengok  masa aku boring dan berblogwalking kt blog orang. Lepas tu aku google nama kek ni cari kat image tengok mana gambar kek yang aku berkenan dan salin resepi. Kek ni senang buat, dan kebetulan aku nak abiskan stok telur yang 1 tray banyak kat rumah takde sape nak makan. Dalam masa 1 hari dah abis sebab suami aku asik bukak katup peti ais..hehehe.

Kesimpulannya kek ni memang sedap bagi yang memang suka coklat..dan puding karemal tu buatkan kek ni lagi mabeless..try la kalau tak caya..








22 Oktober 2013

Destinasi Cinta Part II

Perut pun dah kenyang, bil pun dah bayar so destinasi seterusnya jalan-jalan Bandar Hilir. Sebenarnya aku teringin nak naik river Cruise. So guna la gps ngan google map cari jalan kan..last2 sampai juga. Lokasi river cruise ni dekat dengan muzium kapal tu. Ada tempat parking berbayar kat situ, takde la jalan jauh sangat. Aku suka jalan malam ni sebab cantik sangat dengan lampu yang berwarna warni. Tiket bot tu seorang RM10 je. So masa nak beratur naik tu akan ada orang amik gambar..ala bese la kan..nanti bile ko turun dari bot tengok gambar tu dah siap. Terpulang la nak beli ke tak. Suami aku beli la kan RM45, kenangan katanye..masa ni kamera aku buat hal..time ni lah dia nak weak bagai..so nak bergambar, guna jelah hp suami..alkisahnya takde gambar nak tunjuk sebab ada kat suami..huhuhu

Okey..dibawa la meronda dengan bot tu  pusing keliling melaui Kg. Morten dan bangunan-bangunan yang cantik dengan lampu2. Kira ok la kan..nasib baik jalan hari malam, takde la panas..pastu cantik dengan lampu yang colourful. Tapi satu jelah kan..kalau naik cruise a.k.a bot ni, ko kene tahan la dengan simbahan air sungai yang agak busuk..uuweekk..Risau aku takut berjerawat muka balik nanti hahahaha.

Habis dah ronda-ronda ngan bot, kami naik beca pulak. Dia bawa round dari jeti cruise tu lalu Menara Taming Sari, Bukit Portugis dan patah balik lalu Dutch Square @ Christ Church dan terus ke jeti dengan bayaran RM25. Okey la kan tolong bangsa sendiri cari makan.


Nila beca yang kami naik. Seronok tau, beca dihias cantik di iringi muzik yang sengaja dipasang kuat...happening la. Tapi boleh je pun ko nak suruh abang beca tutup muzik tu atau ko nak suruh die berenti mana-mana nak bergambar. Habis ronda-ronda dan posing sana sini, aku ajak suami aku balik hotel. 

So nextday, ahad tu kami bangun awal, nak sarapan malas nak keluar, makan jela jajan yang beli semalam. Tepat jam 12pm kami check out dari hotel terus menuju ke Umbai rumah kawan suami aku yang kawin tu. Jauh juga la dalam 23km. Dah sampai Umbai, tak jumpa pulak nama kampungnye..telefon pengantin, nasib baik la rombongan pengantin pun baru nak sampai, so kira kami join diorang la ni..pfuhh lega..perut pun dah lapar gile kan..rupenya punyalah jauh masuk ke dalam lagi dari jalan besar patut la takde dalam gps..huhu..( Sori gambar untuk cerita seterusnya dalam hp suami, so korang imagine sendiri la ye..)

Selesai makan, tengok pengantin jap, salam kaut, pastu balik..destinasi seterusnya Port Dickson. Tujuan utama aku nak gi PD ni nak jumpa bff aku yang dah lama tak jumpa. Biasanya tiap tahun dia datang raya rumah aku tapi tahun lepas ngan tahun ni dia tak datang sebab tahun lepas dia dalam pantang, tahun ni plak tak balik beraya suami kene kerja katenya. So kebetulan aku pegi Melaka ni aku singgah la PD jengok dia. Balik dari rumah bff aku ajak suami pegi pantai..ape kenama ntah pantai tu yang belakang Ancasa hotel tu. Ingat nak mandi la tapi tengok angin kuat pastu ombak besar, suami pun tak bagi..lain kali la jawabnya. 

Kami sampai rumah dalam jam 7mlm. Takde la penat sangat, sebab santai2 je kan. Yang penting kami seronok habiskan masa bersama. 







21 Oktober 2013

Destinasi Cinta Part I

Tajuk tak boleh blah kan? Meluat ek bace? takpela kalau ada yang meluat tapi sebenarnya nak cerita pasal jalan-jalan kiranya ala-ala honeymoon gitu. Destinasi kali ni Melaka. Sebenarnya rancangan nak ke Melaka ni memang dah ada sejak kami menikah lagi, konon nak honeymoon la tapi masa tu dah dekat sangat nak berpuasa..jadinya suami cakap rehat kat rumah jelah menyambut 1 Ramadhan. So lepas kenduri resepsi awal bulan hari tu, suami cakap nak pergi Melaka lagipun kawan suami kawin minggu tu boleh la makan kenduri rumah dia.

Okey nak jadikan cerita kami gerak dari rumah dalam kul 10 pagi..awalll..tapi pergi kajang dulu. Suami nak tinted cermin kereta yang baru tukar tu. Okey..dah tinted nak basuh kete dulu..last2 gerak dari kajang jam 2 ptg. Ikut LEKAS highway keluar Senawang terus turun Plus highway. Mula nak terus ke Ayer Keroh je kan..tapi aku ajak suami singgah Alor Gajah makan cucur udang sambil mengimbau kenangan lama kat sana. Jalanraya time ni tak la sesak pun tapi banyak kereta la kan, maklum la orang dah mula balik kampung nak sambut raya aidiladha.

Okey lokasi cucur udang Alor Gajah ni di Medan Selera berhadapan Dataran Keris, dekat dengan Pejabat Daerah Alor Gajah tu. 


nilah Medan Selera tu tapi gerainye hujung sekali






Masa aku sampai tu orang memang dah ramai la..tapi cam bese kene beratur la kan. Cara nak order senang je ko cakap je ko nak makan berape orang..pandai la die buat. Macam aku order, makan untuk dua orang harga RM4.50...murah kan? Dan yang paling penting rasanya tetap sama macam 5 tahun lepas masa aku selalu lepak kat situ lepas balik keje..



Cucur udang ni dipotong2 campur ngan timun, tauhu, fishcake ke hape ntah, pastu telur, nugget dan kalau nak boleh tambah ayam goreng..harga die kira lain la kan.

Habis makan-makan, perjalanan diteruskan mencari hotel yang aku dah booking dua hari sebelum. Puas juga mencari hotel yang available weekend ni kan..itupun setelah puas mengodek sana-sini tengok2 harga..so aku pilih Regalo Hotel. Ni hotel baru dekat dengan Mahkota Parade dalam 5min je memandu. Harga 1 malam RM130..jadi lah. gambar hotel aku tak sempat nak ambil..bersih dan aku puas hati cuma sarapan tidak disediakan la. Ala standart bajet hotel kan..tapi kedai makan muslim kat sini payah la..kedai cina je yang banyak..tapi kalau nak beli barang2 lain 7e ada la. 

Lepas dah check in semua, kami rehat-rehat dulu sambil cari tempat makan malam. Nasib baik dah pakai hp canggih..boleh la cari guna internet kat hp je..terima kasih suami!!heeeeeeee..Cari punya cari last aku dapat Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyong, kira tak jauh dari hotel dalam 7km je tapi disebabkan ikut google map adoii..abis sume belakang, celah-celah kedai kitorang lalu..hari dah malam..nasib la kan tapi yakin dengan google map dan bantuan gps maka sampai la kami di destinasi.



Masuk je area tu makk oii..ramainye manusia..nak parking punyelah payah..kat dalam kawasan tu ada dua tempat makan. Yang mula2 tu memang ramai orang la..dan aku nak makan kat situ..sebab sebelum ni aku pernah makan kat situ ex-bos belanja. Tempat tu banyak pilihan seafood. That's why la ramai orang kan..tapi sebabkan susah nak parking suami masuk dalam sikit ada 1 lagi tempat makan tapi tak ramai orang. Suami ajak makan kat situ..aku ikut jela..tapi aku memang nak makan ketam..sekali nak order tengok yang ada, sotong, udang dan ikan siakap je. Patut la tak ramai orang tak banyak pilihan rupenya. Nak nangis rasa tau..huhuhu..tapi sebab sian kat suami, diam jelah. Demi nak menjaga hati aku, suami request jugak ketam kat owner..die kate tinggal sekor je lagi tapi tak berape elok. So dia masak je dulu, kalau tak elok jangan makan. Okey, yang lain2 udang masak butter, siakap masak 3 rasa dan sotong goreng tepung. Untuk makan kat sini dari segi tempat memang ok la..bersih, tapi pilihan tak banyak dan masakan tak berapa la untuk butter prawn tu. Harga dinner malam tu termasuk nasi lemak 2 dan air buah total RM56..murah siott!






(bersambung).....












9 Oktober 2013

Selamat Datang Oktober

Dah masuk minggu ke dua Oktober dah baru aku nak apdet entri. Kesibukan melanda diri. Dengan hal peribadi dan kerja di opis. Ini pun aku gagahkan untuk menaip seperenggan dua..kalau iyelah..hehehe

Majlis resepsi aku dah berlangsung minggu lepas. Walaupun ada sedikit kekurangan, tapi takpelah nak buat macamana..sedaya upaya kita nak buat yang terbaik..namun pasti ada kurangnya dimana-mana. Apapun terima kasih kepada keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga yang bertungkus lumus sepanjang majlis aku. Balik dari bercuti badan aku tak berapa sihat. Tak tahulah kenapa..mungkin terlalu penat sepanjang minggu lepas. Namun, ada sedikit harapan aku selitkan..mudah-mudahan tak sihat ku ini membawa rezeki, berita gembira untuk aku dan suami serta keluarga yang sentiasa tertunggu berita gembira. 

Aku pun tak la terlalu excited nak buat test sendiri kat rumah sebab sebelum ni aku dah try tapi keputusan negatif...frust juga rasa sebab masa tu terlalu mengharap. Memandangkan waktu period sepatutnya minggu ni..so aku tunggu jela..andai kata takde barulah aku check. So, jelas la pada mereka-mereka yang pernah terdetik mengatakan aku pregnant sebelum bernikah tu tidaklah benar sama sekali. Yela, mungkin orang nampak aku macam tergesa-gesa nikah dulu. Sebab aku nikah dulu aku nak kejar yang wajib..aku tak nak kehulu kehilir dalam hubungan yang haram. Tipulah kalau ada yang kata..'eh, saya tak pernah jumpa bakal suami atau tunang atau pakwe saya'..zaman dulu aku caya la..tapi zaman sekarang susah nak percaya. Kenal hati budi bertahun-tahun pun tak guna juga..sebab kita tak tahu kesudahannya. Terpulang pada masing-masing. Yang penting berusaha, berdoa dan bertawakkal..mudah-mudahan dikurniakan jodoh yang baik.






30 September 2013

Teaser Doorgift Majlis Resepsi

Haii..tak abis lagi majlis aku rupenye..huhu..orang pun nak muak dah kan..pengantin dah basi katenye..aku peduli ape orang nak kate kan..ade aku kesah??hahaha..

Nilah keje aku minggu lepas tak sudah-sudah cari bahan buat doorgift tapi kali ni tak banyak just untuk kawan-kawan dan sedara mara je. Yang lain-lain aku bagi buah dengan gula-gula untuk budak2. Bunga Penanggah pun dah siap.

Hari khamis ni aku dah start cuti. Lagi dua hari nak cuti ni aku siap-siap keje ape yang patut. Tapi kepala memang dah serabut nak buat itu ini sebab banyak benda tak settle lagi. Hari minggu baru ni pun menelek doorgift seharian sakit pinggang aku weii tapi nasib baik la dah siap-siap tu en.suami nak bawak aku pegi jalan-jalan..tak jauh pun setakat Alamanda je..dapat pau baju sehelai kat butik Belle..hilang penat..hehehe. Balik ni aku nak pegi try baju resepsi. Pastu khemah ngan pelamin diorang nak pasang khamis gak. Kek kawin pun aku tak tempah lagi..adoii..banyak keje kene buat. Tadi adik aku confirmkan yang budak kompang dah settle budak penanggah pun dah settle..alhamdulillah. Mudah-mudahan berjalan lancar.

So layankan jela gambar doorgift in the making ni..cerita selanjutnya dalam next entry k.