27 Mac 2012

Kembara Musafir : Umrah Part II

Setelah bermalam dan meronda sekitar Bandar Seri Begawan dalam jam 5.00 petang kami dikehendaki berkumpul di Lobi sebab kejap lagi van akan amik kami untuk ke epot. Dalam 5.40ptg kami sampai la di epot dan melangok la kami kat situ. Epotnye kecik so mau 4-5 kali aku ronda kawasan tu, orang pun nek muak tengok muka aku jerk kehulu kehilir ntah cari ape..hehehe. Aku boring tau masa tu..huhuhu. Dalam kul 8.10mlm panggilan masuk untuk passangers ke London transit Dubai. Masa kumpulan kami beratur untuk pemeriksaan Imi, ada sikit kekecohan sebab kan aku dah bagitau sebelum ni yang Brunei ni strict sangat. Ape pun tak bleh tau..Tapi nasib aku agak baik sebab lepas. Kul 9mlm kami berlepas meninggalkan bumi Brunei menuju ke Dubai. Perjalanan memakan masa 7 jam...fuhhh..kematu bontot wehh..tapi okey la jugak sebab perjalanan malam, so leh isi masa dengan membuta..kahkahkah.Nak tengok movie pun takde ape cite best.

Jam 1.05am waktu tempatan kami selamat mendarat di Dubai..berbeza dengan epot Brunei, epot Dubai amaaatlah gedabaknye...tempat nak amik luggage punyelah jauh.Kesian ngan atuk2 & wan2 dalam group kitorang ni..huhuhu. Masa dok tunggu nak beratur kat Imi aku ngan 2-3 orang kawan saja la snap2 gambar sekali kene marah ngan pak arab..katenye  tak leh amik gambar...terkejut kitorang mase tuh..huhuhu nasib la..

wajah2 kepenatan..baru pegi je tapi beg dah bertimbun2..huhuhu
Selesai semua urusan, kami terus keluar untuk tunggu transport hotel datang pick up. Suhu di Dubai waktu ni amatlah sejuk dalam 16'C kot..Kami dibawa ke Hotel Ramada di kawasan Sharjah
Hotel dari luar
 Kat sini kami diberi apartment 2 bilik. Aku share 3 orang termasuk mak aku. Nak tengok bilik? Waaaaa..ana jadi kaya la..rasa mewah sekejap..hehehe


Kat dapur sume dah ada..cuma beli barang mentah je kalau nak masak

Bilik ni aku konker sengsorang..bestnyeeeee

2nd bedroom mak aku share ngan kawan eh..sila abaikan keadaan beg yang bersepah ea.. 
 Kat sini kitorang just lepak2 je..nak tido pun dah puas tido dalam flight tadi..aku pun amik peluang la nak lurus2 pinggang..hahaha..ngalahkan orang tua kan? nak lurus2 pinggang bagai..penat woo. Tajuk pun dah kembara..kene la ade penat2 okehh. Depan hotel ni ada shopping kompleks tau, so pagi tu lepas sarapan mak sedara aku ajak jalan2..tapi bukan jalan2 cari makan tau, jalan2 perabih duit...waaaa..banyak tul duit aku nak diperabihkan..belum lagi sampai destinasi yang sebenar2nya..layan jelah gambar ea.



Aku snap dari tingkap bilik..kat Dubai pun jem gak ek..

lebih kurang same je cam kat M'sia


Same je lebih kurang kan..aku kat sini tak lama, sekali dua pusing terus keluar sebab takde yang menarik kat sini. Aku peratikan kat Dubai ni, banyak bangunan tinggi2 tau. kira negara arab yang membangunan la. Kereta2 cam Ferrari, Lamborghini selamber je berdesup2 kat sini. Padehal..diorang ni kaya tau, negara yang mempunyai sumber minyak. So nak pakai kete cc nye 2.0 ke atas no problem la..





ko nak pakai kete ghupe ni pun takde hal..huhuhu

Celah2 bangunan pencakar langit ni ade terselitnya masjid..


kat sini pun ade ketapi ala2 cam LRT tau..

Dalam kul 4.30ptg camtuh..kami ke Epot sebab flight ke Jeddah jam 7mlm waktu tempatan. Penerbangan Dubai-Jeddah dalam 2 jam. Kami naik Nasair yang ala2 AA. Punyolah sompit tompek duduk eh..soba yolah.. Sebelum tu, kami dah bersiap2 mandi sunat ihram dan berpakaian ihram sebab kapalterbang akan melalui Qarnul Manazil iaitu tempat miqat untuk berniat ihram umrah.Dalam flight tu aku punyelah ngantuk..tapi takut nak tido sebab takut aku terlepas tempat miqat untuk niat ihram umrah. Padahal diorang akan announce je kalau kapalterbang melalui kawasan tu nanti..huhuhu. Sebaik announcement dalam bahasa arab tu bagitau melalui kawasan miqat, bergema la dalam flight tu talbiah. Masa tu perasaan aku..ya Allah susah nak digambarkan..betapa aku bersyukur sangat2 sebab aku dipih menjadi tetamuNYA..terima kasih ya Allah.

Aku datang menyahut panggilan Mu ya Allah
Aku datang menyahut panggilan Mu
Tidak ada sekutu bagiMu
Aku datang menyahut panggilan Mu
Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milikMu
Demikian juga segala kekuasaan, tidak ada sekutu bagiMu..

(bersambung...) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan