21 Mac 2012

Kembara Musafir : Umrah Part 1

Assalamualaikum...alhamdulillah dah dua hari aku kembali bekerja setelah hampir 3 minggu aku bercuti. Kesihatan aku okey cuma sindrom 'jet let' melanda. Nak sambung cuti lagi kesian lak kat partner aku..dah la aku cuti lama, kerja dia yang take over pastu minggu ni ada mesyuarat penting..so sebagai rakan kerja yang bertanggungjawab..tak kan aku nak lepas tangan kan..ngeeee..so macam yang aku janjikan sebelum ni, aku akan cerita serba sedikit pengalaman aku dalam siri 'Kembara Musafir' kali ni. Entri mungkin panjang berjela bergantung pada idea aku nak menaip..hikhik..rase2 xmo bace sila ketik tanda pangkah kecik kat atas sekali sebelah kanan ea..
__________________________________________________

Setelah memasang niat untuk mengerjakan umrah pada tahun 2007 akhirnya tanggal 3 mac 2012 bersamaan 10 Rabiulakhir 1433H niat aku tercapai. Alhamdulillah syukur ya Allah..Engkau memilih aku diantara berjuta untuk menjadi tetamuMu..Pada mulanya aku dijadualkan untuk berangkat pada 2 Mac menaiki PIA transit di Karachi kemudian terus ke madinah tapi 3hari sebelum waktu berangkat pihak egen memaklumkan penerbangan kami dipinda ke 3 Mac. Ade sikit cuak kat ati aku ni mase tu..tapi aku doa sangat perjalanan aku dipermudahkan. So lepas suboh 3 Mac hari sabtu tu, aku siap2 sebab jemaah umrah yang join pakej ni akan berkumpul disurau kat kampung aku and bas akan amik kitorang jam 9pagi. So kalau sedara mara nak ngantor leh la naik keta sendiri ke epot. Sampai kat epot KLIA dalam kul 1.30ptg,solat dlu pastu kul 3ptg check in barang2. Sebelum tu, aku ingatkan aku akan direct ke Mekah, rupanya aku naik Royal Brunei, bermalam di Brunei dan esoknya bertolak ke Dubai dan dari Dubai aku ke Jeddah dan ke Mekah. So, selepas bersalam2 dan bertangis2 kat epot aku selamat meninggalkan bumi Malaysia jam 6.00ptg
oh..damainya kampungku...sedara mara yang mengiringi kami berangkat
yang aku makan dlm Royal Brunei..daging tu sedap tau...ngee
Lebih kurang 2 jam perjalanan aku sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Lepas selesai semua urusan Imi kami terus ke hotel untuk bermalam. Di Brunei kami menginap di Traders Inn Hotel ala2 Seri Malaysia la dan kadar bayaran B$68 semalam.Lupa nak bagitau tukaran wang B$1=RM2.50..nanges tau..huhuhu.

So selepas bersarapan, kami dibawa berjalan-jalan disekitar Brunei dengan bayaran RM48 seorang. Aku pikir malas nak join tapi bila pikir balik, nilah mase aku nak tengok negara orang. Sebelum ni pun aku memang berhajat nak rembat tiket AA ke Brunei tapi sekarang dah alang2 sampai kan..Lokasi pertama kami pagi 2 ialah Istana Darul Iman, dimana Istana ini merupakan yang terbesar di dunia. Ia mempunyai 1788 bilik, 257 bilik mandi..cuba korang bayangkan kalau dah ghope itew banyaknyee..kome leh bayang idok lueh mane istana 2? Yang lain2 leh la google sendiri ea..meh aku tepek gambar posing tuk cover majalah muslimah special edition...hukhuk


Selepas itu kami menuju ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan. Masjid ini adalah salah satu masjid yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei.Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam (sumber google).


Kalau korang nak tau..kubah masjid ni disaluti emas 24karat..dan hiasan dalamnya disaluti emas 18karat..fuhhh..agak2 takde duit leh la kikis emas2 ni gadai kat kedai ea..tapi sebelum kikis 2 pikir 1000 kali tau..sebab dosa satu hal, and satu lagi undang2 syariah kt Brunei memang strict. Pegawai kat masjid ni bagitau aku, kat Brunei merokok di khalayak dilarang sama sekali dan dikenakan denda. Kalau arak plak, leh kene sebat tau and dah ada yang kene sebat pasal minum arak..


Lepas tu kami pergi pulak ke Masjid Jamek Hassanal Bolkiah yang gambar kat atas ni. Kat sini kami tak dibenarkan untuk meronda2 kawasan sebab nak kejar masa katanya..geram gak aku, sebab tak puas la tengok. ni jela gambar yang sempat aku snap. Owh..lupa nak bagitau, kami sempat ke salah sebuah shoping kompleks kat Bandar Seri Begawan tu, aku tak ingat ape namanye, just meronda2 sekejap tapi takda apa yang menarik pun sebab semua dalam B$...huhu..kalau convert RM mau nanges aku tau..so bertabah jelah ea..Pastu ke Muzium Adat Istiada Diraja Brunei. Dah nama Adat Istiadat Diraja, so semua yang berkaitan dengan raja dari cerita latar belakang sampai la alat kebesaran, pertabalan, hadiah2 dari menteri2 luar semua ada la. Yang buat aku bertambah kagum, semua barang2 nie mesti ada emas.Kat sini tak dibenarkan bawa beg and kamera.Hanya bahagian bawah sahaja dibenarkan.
Dah abis lawat2 kat sini kitorang terus balik ke hotel untuk makan tengahari dan bersiap2 ke epot sebab flight ke Dubai jam 4.30ptg. Apa yang aku rasa menarik kat Brunei ni, raja dia memang tegas bab2 agama dan undang2 and mungkin disebabkan itu la negara ni sentiasa aman dan rezeki minyak yang melimpah ruah. Epot plak, epot negara yang paling tak sibuk penah aku jumpa sebab tiada kebanjiran pelancong datang ke Brunei. Bagi diorang, tak heran la ko datang ke tak kat negara diorang, sebab income diorang tetap masyuk tanpa bergantung sangat dengan pelancongan.

Bersambung....

(Fuhhh..lega dapat abis 1st episod..dah 2 hari draf baru hari ni dapat publish...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan