28 Mac 2012

Teerrr 'Rembat'!!


Wahh, tajuk bikin gempak je kan?? ni gara-gara merayau kat blog AA nampak la promo ni..mulanya nak tengok2 je la kan..tapi macam kat tajuk atas tuh "Teer 'Rembat' tix ke satu destinasi ni. Sebenarnya aku tak plan langsung nak ke sini..huhuhu. main bedal je. Bile dah confirm booking sume baru aku cari info tempat tuh..sib bek la aku tak salah pilih tempat. So mulai hari ni aku kene study habis-habisan sebabnya aku berani mati pergi sendiri tau..Mudah2an semuanya dalam kawalan dan dipermudahkan..amin.

Dan mulai hari ni aku kene ikat perut..wahh..melampaunye kan? kene bersenam biar ada stamina sket..tak boleh shopping2..and sape2 nak bagi kerja partime aku sudi amik tapi dengan syarat ade upah ea and yang penting keje yang halal..

So kepada sapa2 yang berjaya merembat tix AA ni selamat majujaya ke destinasi masing2..yabedabeduuuuuuu

27 Mac 2012

Kembara Musafir : Umrah Part II

Setelah bermalam dan meronda sekitar Bandar Seri Begawan dalam jam 5.00 petang kami dikehendaki berkumpul di Lobi sebab kejap lagi van akan amik kami untuk ke epot. Dalam 5.40ptg kami sampai la di epot dan melangok la kami kat situ. Epotnye kecik so mau 4-5 kali aku ronda kawasan tu, orang pun nek muak tengok muka aku jerk kehulu kehilir ntah cari ape..hehehe. Aku boring tau masa tu..huhuhu. Dalam kul 8.10mlm panggilan masuk untuk passangers ke London transit Dubai. Masa kumpulan kami beratur untuk pemeriksaan Imi, ada sikit kekecohan sebab kan aku dah bagitau sebelum ni yang Brunei ni strict sangat. Ape pun tak bleh tau..Tapi nasib aku agak baik sebab lepas. Kul 9mlm kami berlepas meninggalkan bumi Brunei menuju ke Dubai. Perjalanan memakan masa 7 jam...fuhhh..kematu bontot wehh..tapi okey la jugak sebab perjalanan malam, so leh isi masa dengan membuta..kahkahkah.Nak tengok movie pun takde ape cite best.

Jam 1.05am waktu tempatan kami selamat mendarat di Dubai..berbeza dengan epot Brunei, epot Dubai amaaatlah gedabaknye...tempat nak amik luggage punyelah jauh.Kesian ngan atuk2 & wan2 dalam group kitorang ni..huhuhu. Masa dok tunggu nak beratur kat Imi aku ngan 2-3 orang kawan saja la snap2 gambar sekali kene marah ngan pak arab..katenye  tak leh amik gambar...terkejut kitorang mase tuh..huhuhu nasib la..

wajah2 kepenatan..baru pegi je tapi beg dah bertimbun2..huhuhu
Selesai semua urusan, kami terus keluar untuk tunggu transport hotel datang pick up. Suhu di Dubai waktu ni amatlah sejuk dalam 16'C kot..Kami dibawa ke Hotel Ramada di kawasan Sharjah
Hotel dari luar
 Kat sini kami diberi apartment 2 bilik. Aku share 3 orang termasuk mak aku. Nak tengok bilik? Waaaaa..ana jadi kaya la..rasa mewah sekejap..hehehe


Kat dapur sume dah ada..cuma beli barang mentah je kalau nak masak

Bilik ni aku konker sengsorang..bestnyeeeee

2nd bedroom mak aku share ngan kawan eh..sila abaikan keadaan beg yang bersepah ea.. 
 Kat sini kitorang just lepak2 je..nak tido pun dah puas tido dalam flight tadi..aku pun amik peluang la nak lurus2 pinggang..hahaha..ngalahkan orang tua kan? nak lurus2 pinggang bagai..penat woo. Tajuk pun dah kembara..kene la ade penat2 okehh. Depan hotel ni ada shopping kompleks tau, so pagi tu lepas sarapan mak sedara aku ajak jalan2..tapi bukan jalan2 cari makan tau, jalan2 perabih duit...waaaa..banyak tul duit aku nak diperabihkan..belum lagi sampai destinasi yang sebenar2nya..layan jelah gambar ea.



Aku snap dari tingkap bilik..kat Dubai pun jem gak ek..

lebih kurang same je cam kat M'sia


Same je lebih kurang kan..aku kat sini tak lama, sekali dua pusing terus keluar sebab takde yang menarik kat sini. Aku peratikan kat Dubai ni, banyak bangunan tinggi2 tau. kira negara arab yang membangunan la. Kereta2 cam Ferrari, Lamborghini selamber je berdesup2 kat sini. Padehal..diorang ni kaya tau, negara yang mempunyai sumber minyak. So nak pakai kete cc nye 2.0 ke atas no problem la..





ko nak pakai kete ghupe ni pun takde hal..huhuhu

Celah2 bangunan pencakar langit ni ade terselitnya masjid..


kat sini pun ade ketapi ala2 cam LRT tau..

Dalam kul 4.30ptg camtuh..kami ke Epot sebab flight ke Jeddah jam 7mlm waktu tempatan. Penerbangan Dubai-Jeddah dalam 2 jam. Kami naik Nasair yang ala2 AA. Punyolah sompit tompek duduk eh..soba yolah.. Sebelum tu, kami dah bersiap2 mandi sunat ihram dan berpakaian ihram sebab kapalterbang akan melalui Qarnul Manazil iaitu tempat miqat untuk berniat ihram umrah.Dalam flight tu aku punyelah ngantuk..tapi takut nak tido sebab takut aku terlepas tempat miqat untuk niat ihram umrah. Padahal diorang akan announce je kalau kapalterbang melalui kawasan tu nanti..huhuhu. Sebaik announcement dalam bahasa arab tu bagitau melalui kawasan miqat, bergema la dalam flight tu talbiah. Masa tu perasaan aku..ya Allah susah nak digambarkan..betapa aku bersyukur sangat2 sebab aku dipih menjadi tetamuNYA..terima kasih ya Allah.

Aku datang menyahut panggilan Mu ya Allah
Aku datang menyahut panggilan Mu
Tidak ada sekutu bagiMu
Aku datang menyahut panggilan Mu
Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milikMu
Demikian juga segala kekuasaan, tidak ada sekutu bagiMu..

(bersambung...) 

21 Mac 2012

Kembara Musafir : Umrah Part 1

Assalamualaikum...alhamdulillah dah dua hari aku kembali bekerja setelah hampir 3 minggu aku bercuti. Kesihatan aku okey cuma sindrom 'jet let' melanda. Nak sambung cuti lagi kesian lak kat partner aku..dah la aku cuti lama, kerja dia yang take over pastu minggu ni ada mesyuarat penting..so sebagai rakan kerja yang bertanggungjawab..tak kan aku nak lepas tangan kan..ngeeee..so macam yang aku janjikan sebelum ni, aku akan cerita serba sedikit pengalaman aku dalam siri 'Kembara Musafir' kali ni. Entri mungkin panjang berjela bergantung pada idea aku nak menaip..hikhik..rase2 xmo bace sila ketik tanda pangkah kecik kat atas sekali sebelah kanan ea..
__________________________________________________

Setelah memasang niat untuk mengerjakan umrah pada tahun 2007 akhirnya tanggal 3 mac 2012 bersamaan 10 Rabiulakhir 1433H niat aku tercapai. Alhamdulillah syukur ya Allah..Engkau memilih aku diantara berjuta untuk menjadi tetamuMu..Pada mulanya aku dijadualkan untuk berangkat pada 2 Mac menaiki PIA transit di Karachi kemudian terus ke madinah tapi 3hari sebelum waktu berangkat pihak egen memaklumkan penerbangan kami dipinda ke 3 Mac. Ade sikit cuak kat ati aku ni mase tu..tapi aku doa sangat perjalanan aku dipermudahkan. So lepas suboh 3 Mac hari sabtu tu, aku siap2 sebab jemaah umrah yang join pakej ni akan berkumpul disurau kat kampung aku and bas akan amik kitorang jam 9pagi. So kalau sedara mara nak ngantor leh la naik keta sendiri ke epot. Sampai kat epot KLIA dalam kul 1.30ptg,solat dlu pastu kul 3ptg check in barang2. Sebelum tu, aku ingatkan aku akan direct ke Mekah, rupanya aku naik Royal Brunei, bermalam di Brunei dan esoknya bertolak ke Dubai dan dari Dubai aku ke Jeddah dan ke Mekah. So, selepas bersalam2 dan bertangis2 kat epot aku selamat meninggalkan bumi Malaysia jam 6.00ptg
oh..damainya kampungku...sedara mara yang mengiringi kami berangkat
yang aku makan dlm Royal Brunei..daging tu sedap tau...ngee
Lebih kurang 2 jam perjalanan aku sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Lepas selesai semua urusan Imi kami terus ke hotel untuk bermalam. Di Brunei kami menginap di Traders Inn Hotel ala2 Seri Malaysia la dan kadar bayaran B$68 semalam.Lupa nak bagitau tukaran wang B$1=RM2.50..nanges tau..huhuhu.

So selepas bersarapan, kami dibawa berjalan-jalan disekitar Brunei dengan bayaran RM48 seorang. Aku pikir malas nak join tapi bila pikir balik, nilah mase aku nak tengok negara orang. Sebelum ni pun aku memang berhajat nak rembat tiket AA ke Brunei tapi sekarang dah alang2 sampai kan..Lokasi pertama kami pagi 2 ialah Istana Darul Iman, dimana Istana ini merupakan yang terbesar di dunia. Ia mempunyai 1788 bilik, 257 bilik mandi..cuba korang bayangkan kalau dah ghope itew banyaknyee..kome leh bayang idok lueh mane istana 2? Yang lain2 leh la google sendiri ea..meh aku tepek gambar posing tuk cover majalah muslimah special edition...hukhuk


Selepas itu kami menuju ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan. Masjid ini adalah salah satu masjid yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei.Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam (sumber google).


Kalau korang nak tau..kubah masjid ni disaluti emas 24karat..dan hiasan dalamnya disaluti emas 18karat..fuhhh..agak2 takde duit leh la kikis emas2 ni gadai kat kedai ea..tapi sebelum kikis 2 pikir 1000 kali tau..sebab dosa satu hal, and satu lagi undang2 syariah kt Brunei memang strict. Pegawai kat masjid ni bagitau aku, kat Brunei merokok di khalayak dilarang sama sekali dan dikenakan denda. Kalau arak plak, leh kene sebat tau and dah ada yang kene sebat pasal minum arak..


Lepas tu kami pergi pulak ke Masjid Jamek Hassanal Bolkiah yang gambar kat atas ni. Kat sini kami tak dibenarkan untuk meronda2 kawasan sebab nak kejar masa katanya..geram gak aku, sebab tak puas la tengok. ni jela gambar yang sempat aku snap. Owh..lupa nak bagitau, kami sempat ke salah sebuah shoping kompleks kat Bandar Seri Begawan tu, aku tak ingat ape namanye, just meronda2 sekejap tapi takda apa yang menarik pun sebab semua dalam B$...huhu..kalau convert RM mau nanges aku tau..so bertabah jelah ea..Pastu ke Muzium Adat Istiada Diraja Brunei. Dah nama Adat Istiadat Diraja, so semua yang berkaitan dengan raja dari cerita latar belakang sampai la alat kebesaran, pertabalan, hadiah2 dari menteri2 luar semua ada la. Yang buat aku bertambah kagum, semua barang2 nie mesti ada emas.Kat sini tak dibenarkan bawa beg and kamera.Hanya bahagian bawah sahaja dibenarkan.
Dah abis lawat2 kat sini kitorang terus balik ke hotel untuk makan tengahari dan bersiap2 ke epot sebab flight ke Dubai jam 4.30ptg. Apa yang aku rasa menarik kat Brunei ni, raja dia memang tegas bab2 agama dan undang2 and mungkin disebabkan itu la negara ni sentiasa aman dan rezeki minyak yang melimpah ruah. Epot plak, epot negara yang paling tak sibuk penah aku jumpa sebab tiada kebanjiran pelancong datang ke Brunei. Bagi diorang, tak heran la ko datang ke tak kat negara diorang, sebab income diorang tetap masyuk tanpa bergantung sangat dengan pelancongan.

Bersambung....

(Fuhhh..lega dapat abis 1st episod..dah 2 hari draf baru hari ni dapat publish...)

5 Mac 2012

Kembara Musafir

Assalamualaikum

Hari ini aku berada di Dubai. Kami sampai dari Brunei setelah transit selama 1 malam disana dengan perjalanan selama 8 jam. Penerbangan dari Brunei kira2 jam 9pm waktu tempatan dan sampai di Airport Dubai kira2 jam 1.05am waktu tempatan. Dubai lewat lebih kurang 5 jam dari Malaysia.

Cuaca disini agak sejuk dan berangin dengan suhu sekitar 20C. Dari malam tadi hidung aku pedih dan pagi ni berdarah, mungkin juga disebabkan cuaca. Tadi sempat juga berjalan2 disekitar hotel ni, tapi tak la bershopping just 'cuci2 mata' je..sebab barang2 kat sini tak relevan  tuk rakyat marhein cam aku ni..hehehe. Lagipun aku rasa barang2 kat shopping complex tuh semua ada kat Malaysia.

Insyaallah..petang ni kami akan bergerak ke Jeddah dan seterusnya ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Kalau ada masa lagi dan kesempatan aku akan apdet. Mudah2an dipermudahkan semua urusan. Gambar pun x dapat nak upload sebab kabel tinggal kat bilik. Lain kali la kan..Nasib bek hotel ni sediakan kemudahan internet free tau, kalau tak boring gak aku..ngeee..


Wassalam...