31 Disember 2012

2012 Personal Achievement

Assalamualaikum..alhamdulillah hari ni merupakan hari terakhir 2012..syukur ke hadrat Allah kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini, masih lagi melakukan macam biasa melakukan rutin2 harian..macam aku ni haa..walaupun kat opis ari ni sume pakat2 amik cuti balik kampung atau menguruskan sekolah anak kekdahnya..so bagi orang bujang cam aku ni..bermalas-malasan lah nk ke sekolah..opis..hehe..perasan budak sekolah lagi la tu kan?

Well...selama setahun yang aku lalui ni bermacam-macam pahit maung, masam manis, suka duka yang aku tempuh dan aku percaya setiap orang juga melalui perkara yang sama..alhamdulillah..segala ujian dan dugaan yang datang membuatkan aku makin kuat dan tabah untuk mengharungi cabaran yang mendatang..terima kasih Ya Allah..atas semangat ini.

So, aku mulakan dari segi kerjaya, pada awal 2012 bermula dengan smooth and steady...masuk bulan ke 5..dah start kacau sikit dengan 'peralihan' kuasa dalam pejabat..dari situ mula la dengan drama-drama yang kadang2 agak menjengkelkan..sehingga lah..pertengahan tahun dan akhirnya..keadaan kembali seperti biasa..pfuhh..selepas melihat banyak drama airmata, gossip dan kontroversi.#dramasangat#

Okey..dari segi family..biasa la..sedangkan lidah lagi tergigit kan..ni kan pulak adik beradik..dan alhamdulillah..sebelum 2012 menutup tirai ni..yang mana berkecil ati tu dah okey..mana ada yang buat salah tu dah mintak maaf..takmo sentap2 lagi okehh..air dicincang tak kan putus..kesian kat mak aku dengan perangai anak-anak yang tak matang..huh! Tahun ni tiada kelahiran ahli baru dalam keluarga kami dan tahun ni jugak kami kehilangan seorang  abang ipar (abglong) sebab sakit. Manakala berita gembira, akak aku (single mum) bertemu jodoh dan Insyaallah awal tahun depan majlis ijabkabulnye..so berderet la dengan anak sedara aku 2 orang..sorang awal tahun depan dan sorang lagi ujung tahun..


Kewangan pun tahun ni agak stabil..walau tidak la semewah mana..tapi alhamdulillah masih lagi boleh di ' balance' kan..hehehe..maklum la hidup bujang kan..kene la pandai berbelanja..(hari ni baru dapat surat saman RM150...hukhuk..bertabah jelahh).


Haaa..part yang korang nak tau sangat mesti pasal kehidupan aku kan...hehe..so pencapaian aku tahun ni..alhamdulillah aku diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan umrah pada bulan Mac yang lalu dengan mak aku..perjalanan yang amat bermakna dalam hidup aku..berjumpa dengan teman yang lost contact bertahun2 masa persiapan buat umrah..ingatkan jodoh..tapi bila di sana..Allah telah yakinkan aku, dia bukan jodoh aku..#reda#..dan aku sedang berkawan dengan seseorang yang kadang2 buat aku menyampah..hehehe..tapi dia sentiasa ada saat aku susah dan senang..moga Allah permudahkan urusan kami..amin..pastu ex aku kawin senyap2 lepas raye..dan motip nak berahsia dengan aku..huhu..walau satu kampung dah kecoh..semoga kau berbahagia...selain tu aku jugak diberi peluang oleh opis untuk merantau ke sebahagian besar kawasan atau daerah di sarawak..perjalanan melihat local people dan kawasan pendalaman sarawak..jakun dan overst excited..layanan dan budi bahasa diorang superb...serta kawan-kawan yang sentiasa ambil berat tentang aku serta mewarnai  hari-hari aku..terima kasih korang..dan juga kat opis aku yang banyak bagi aku peluang merantau ke negeri orang..alhamdulillah.


Inilah sebahagian warna warni kehidupan yang aku lalui sepanjang 2012..semua orang punya pengalaman yang berbeza, mungkin pengalaman aku tak seindah orang lain yang merantau ke luar negara atau punya keluarga yang bahagia...tapi aku percaya Allah mengatur segala yang terbaik untuk aku dan untuk kita semua..Semoga 2013 yang menjelma ni akan kita lalui dengan semangat yang cekal dan sebaai orang Islam tingkatkan amalan & keimanan kita kerana makin hari makin kuat dugaan yang datang menguji kita..



Wassalam...











17 Disember 2012

Roti Jala


Wahh..sekarang ni bukan main lagi aku kan..rajin betul masak-masak guna fry pan yang baru beli tu..hahaha..ape guna kalau beli setakat nak simpan kan uolls..hehe..

Ni nak ceritanya..sabtu petang tu aku buat roti jala..bahan-bahan memang dah ada, so jumaat malam tu beli ayam n rencah nak masak kari jela..Opkos la kan buat kari ayam kan nak cicah ngan roti jala..mabeless gitu..huhu

Acuan roti jala pun aku tak pakai yang ade tangkai tu..tapi jenis botol macam botol sos tapi muncung 3..bukan apa bile aku tengok blogger masak2 buat pakai acuan muncung 3 ni macam cantik je..so hati aku pun berbunga2 gak nak terai kan..Yela biasa kita makan roti jala ala2..serabai gitu..pastu gulung kan..tapi acuan ni kita buat cam ayam tikar..macam ni ha lebih kurang..



Aku tau..korang mesti kate tak kemas kan..hehe..gigil2 buat ni tau..maklum la beginner..hukhuk..tapi orang cakap practice make perfect..haa..amik ko speaking London petang2 gini..ko ado?

So, sabtu tu ber 'roti' jala la aku..alhamdulillah..dapat la diagih2 kan kepada beberapa individu..ehem..dan minggu ni aku gantung kuali sampai la abis krismas..sebabnya aku outstation dan balik outstation terus balik kampung..yeayy..korang layan la gambar ni ea..kalau roti nampak tak kemas gulungnye..acu korang buat pulak bagi kemas2 gitu..huhu







10 Disember 2012

Durian Crepe Versi aku...

Wahh nampaknya Durian Crepe dah glamer seantero malaya dah ni..semua orang nak bercerita pasal Durian Crepe(DC) kan? So aku pun nak menyibuk sama la..hehehe..mentang2 la sekarang harga durian runtuh..pegi mana2 pun kalautakde durian mesti ada bau..ishh..tak boleh tahan betul..huhu

Sebenarnya resepi DC aku dah google kt semua tempat cari yang paling mudah..last2 aku ambil resepi dari akak opismate aku..yang aku rase cam boleh tahan la..mudah dan tak memeningkan aku nak cari bahan. Maka sabtu lepas bermula la misi aku buat DC ni..mula2 pegi kedai bakery kat Bangi..pastu pegi pulak giant Warta cari kuali non-stick..nak buat DC nye pasal kan..hahaha

Tak habis kat giant pegi pulak area pasar malam..kot2 ada orang jual durian..pegi2 tengok orang dah pacak khemah nak meniaga..so ari tu aku la 1st customer pakcik jual durian tu..dapat la diskaun..kate orang 1st kan..

Sampai rumah..tak lengah la aku memulakan operasi..masuk itu, kacau yang ni, gaul tu sume bagai..jadi la camni ha..

hasil campuran dari 4 jenis tepung, minyak masak, esen vanilla, santan, telur, air
dan pewarna kuning
So aku blend dan tapis..panaskan kuali..terus tuang sesenduk adunan tadi dan golek2 kan ala2 buat lempeng tu..


Tunggu sampai die gelembung tau..guna api yang kecik sekali sebab takmo rase hangus atau hangit...ulang proses yang sama sampai la tepung tu abis..

Ok..untuk inti pulak..aku aku beli sebiji durian dan amik isi je..kalau nak amik biji atau kulit terpulang kat korang la..tapi aku nak tanya sebelum tu..dah cukup kebal ke nak makan biji ngan kulit durian? hahaha..Berbalik pada resepi..aku tanggalkan isi durian tu guna sudu dan garfu..kalau korang nak 'ramas' je boleh gak..tapi geli la wei nak makan..hahaha..dan whipping cream aku guna jenama Rich kaler merah. Whipping cream tu kalau takde mixer boleh la korang pukul sampai kembang camni haa..


dan ni isi durian aku..dapat la semangkuk


Bila dah siap sume..korang letak whipping cream sikit, pastu letak isi durian sikit dan kemudian tutup ngan cream tu..pastu balut..jadi la camni ha..


Masuk dalam peti ais sekejap..pastu boleh la makan..adunan tepung aku tu dapat dalam 20 keping..so alhamdulillah len kali boleh buat lagi..mungkin minggu ni nak buat projek roti jala la pulak..hehehe..

So, sape yang rajin2 tu boleh la cube pulak buat DC ni versi korang..hahaha