13 Mac 2013

Gugur lagi Perwira Negara

Berita yang aku dengar dari radio pagi tadi...sedih sangat..kalau sebelum ni anggota dari PDRM yang terkorban tapi kali ni anggota tentera pulak yang gugur ditembak pengganas sulu.. Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Prebet Ahmad Hurairah Ismail 24 tahun..Khabarnya arwah sepatutnya berkahwin pada bulan lepas tetapi terpaksa ditangguh kerana arwah terlibat dengan operasi di Lahad Datu..Sehingga aku menulis kat blog ni mungkin jenazah arwah dah sampai di kampung halamannya di Kelantan..

Semakin hari semakin tidak aman aku rasa keadaan negara ni..dengan serangan pihak luar, dengan  rakyat sendiri tidak bersatu padu masing2 berebut pangkat dan kuasa. Orang tu salah, orang ni salah, diri sendiri je yang betul..melayu islam berpecah belah. Sampaikan mereka yang di barisan hadapan ni pun dianggap sebagai 'anjing' dan hanya sandiwara padahal mereka berjuang mempertahankan keselamatan kita...huh!!nampak sangat kita ni manusia yang tak tahu bersyukur. Secara logik la kan..ada ke sape2 yang sanggup pertaruhkan nyawa supaya diganti dengan wang? mungkin aku yang begitu naif...ya mungkin..entah la, memang aku tak berpelajaran tinggi, tak mengaji politik  tapi cukup la pengalaman aku terlibat secara langsung dengan mereka2 ini sejak dari zaman belajar sampai la ke alam pekerjaan...dan dari situ aku bukak mata dan minda..masing2 sama je..tak payah la kita nak ekstrem sangat..menuduh orang tu orang ni..sedangkan kita sendiri tak tau hujung pangkal. Bagi aku, keamanan negara bukan sesuatu perkara yang boleh diperjudikan..tapi yelah..tu masing2 punya pemikiran la kan..kita ni, kalau pikiran dah tepu orang cakap apa pun dah tak leh masuk dah..atau mungkin tak pernah merasa hidup dalam peperangan so nak la sangat rasa macamane kan? yela selama ni dok tengok kat palestin, libya, bosnia, lubnan, iraq dan lain2..huhuhu

So, takziah kepada keluarga perwira negara..dan kita jangan lupa sedekahkan al-fatihah kepada mereka yang terkorban serta doakan keselamatan mereka yang masih lagi berjuang di Lahad Datu..Wahai wira2 negara..jasamu mempertahankan tanahair ini tidak dapat kami balas walau sebesar hama..hanya doa yang sentiasa mengiringi kamu wahai wira2 negara. walaupun di saat ni di luar sana ada segelintir manusia memperlekehkan jasa kamu wahai wira2 negara. Dan untuk manusia yang tak tau mengenang budi dan tak tau bersyukur tu..lepas ni..kalau rasa2 diri, keluarga dan harta benda tak selamat jangan minta tolong dengan anggota keselamatan tau..jaga sendiri ye..

# entriemo#



Tiada ulasan:

Catat Ulasan