25 Mac 2013

Yeayy..minggu ni balik kampung!!

Alhamdulillah ari ni gaji dah keluar..so minggu ni aku nak balik umah mak aku..lame dah tak balik sana..asik balik bt kikir je..hehehe..lagi pun nak tolong mak aku kemas rumah..kate mak aku minggu ni dapur dah siap so banyak nak kena kemas..so harus la aku balik kan..

Lagi pun dah 2 minggu aku rasa cam rindu sangat ngan mak aku..asik tengok gambar mak kat purse je..nak balik minggu lepas dah outstation plak kan...minggu baru-baru ni pun aku lepak kat umah je..boring dohh..katenye macam-macam aktiviti kat Putrajaya tapi satu ape pun aku tak pegi jengok..ntah la rasa malas dan tak berminat...maybe 3 series syndrom..hahaha..memandai je..

So, minggu ni moh ler sesama kita menyesakkan jalanraya ek..









13 Mac 2013

Gugur lagi Perwira Negara

Berita yang aku dengar dari radio pagi tadi...sedih sangat..kalau sebelum ni anggota dari PDRM yang terkorban tapi kali ni anggota tentera pulak yang gugur ditembak pengganas sulu.. Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Prebet Ahmad Hurairah Ismail 24 tahun..Khabarnya arwah sepatutnya berkahwin pada bulan lepas tetapi terpaksa ditangguh kerana arwah terlibat dengan operasi di Lahad Datu..Sehingga aku menulis kat blog ni mungkin jenazah arwah dah sampai di kampung halamannya di Kelantan..

Semakin hari semakin tidak aman aku rasa keadaan negara ni..dengan serangan pihak luar, dengan  rakyat sendiri tidak bersatu padu masing2 berebut pangkat dan kuasa. Orang tu salah, orang ni salah, diri sendiri je yang betul..melayu islam berpecah belah. Sampaikan mereka yang di barisan hadapan ni pun dianggap sebagai 'anjing' dan hanya sandiwara padahal mereka berjuang mempertahankan keselamatan kita...huh!!nampak sangat kita ni manusia yang tak tahu bersyukur. Secara logik la kan..ada ke sape2 yang sanggup pertaruhkan nyawa supaya diganti dengan wang? mungkin aku yang begitu naif...ya mungkin..entah la, memang aku tak berpelajaran tinggi, tak mengaji politik  tapi cukup la pengalaman aku terlibat secara langsung dengan mereka2 ini sejak dari zaman belajar sampai la ke alam pekerjaan...dan dari situ aku bukak mata dan minda..masing2 sama je..tak payah la kita nak ekstrem sangat..menuduh orang tu orang ni..sedangkan kita sendiri tak tau hujung pangkal. Bagi aku, keamanan negara bukan sesuatu perkara yang boleh diperjudikan..tapi yelah..tu masing2 punya pemikiran la kan..kita ni, kalau pikiran dah tepu orang cakap apa pun dah tak leh masuk dah..atau mungkin tak pernah merasa hidup dalam peperangan so nak la sangat rasa macamane kan? yela selama ni dok tengok kat palestin, libya, bosnia, lubnan, iraq dan lain2..huhuhu

So, takziah kepada keluarga perwira negara..dan kita jangan lupa sedekahkan al-fatihah kepada mereka yang terkorban serta doakan keselamatan mereka yang masih lagi berjuang di Lahad Datu..Wahai wira2 negara..jasamu mempertahankan tanahair ini tidak dapat kami balas walau sebesar hama..hanya doa yang sentiasa mengiringi kamu wahai wira2 negara. walaupun di saat ni di luar sana ada segelintir manusia memperlekehkan jasa kamu wahai wira2 negara. Dan untuk manusia yang tak tau mengenang budi dan tak tau bersyukur tu..lepas ni..kalau rasa2 diri, keluarga dan harta benda tak selamat jangan minta tolong dengan anggota keselamatan tau..jaga sendiri ye..

# entriemo#



1 Mac 2013

Sambutan Maulidurrasul 1434H

Assalamualaikum dan selamat pagi..wahh semangat post entri pepagi ni..semangat wehh!!..Ape tak semangatnye orang len nak makan angin bercuti, aku plak yang tak lena tido malam tadi..kekdahnya aku kene bangun seawal jam 5 pagi sbb nak ngantor akak aku anak beranak ke LCCT, yang mana akhirnya kene tinggal ngan kapal terbang pastu terpaksa beli tiket baru..huhu..

Ok berbalik pada tajuk aku nak cerita pasal sambutan Maulidurrasul yang aku join bulan lepas. Bukan apa, semenjak aku keje gomen ni la kali pertama aku join sekali.. Sambutan tahun ni cam bese kat Masjid Putra..aku pegi sendiri je, kalau nak pegi naik kete jabatan kene pegi opis dulu..cam leceh la plak..tapi tau jela, kalau bawak kete sendiri, alamatnya jauh la menapak..huhu..takpe kan excercise pepagi..


Aku suka tengok suasana ni..
  Cuaca pulak pagi tu mula nampak cam mendung tapi alhamdulillah makin lama makin cerah..dan masa aku sampai tu orang dah ramai..ni la group dari opis aku..


Haa..kelas ko jahh..kale tahun  ni...ditempah khas kat Butik Omar Ali tau..tapi sayangnya baju aku gedabak besar weii..bukan aku je..majoriti baju2 kami semua bermasalah. Mungkin tak berapa mahir buat baju pompuan kot..

Pagi tu lepas, sume orang laki dah abis berarak..Agong sampai..pastu majlis bermula..aku pun gi bfast..dengar ceramah pastu posing2 sket and terus balik..huhu..layan je la gambar2 kat bawah ni


kereta rasmi Agong, ingat nak posing kat sini..tapi ramai la pulak yg nak interprem..last2 amik dari tepi je la

Geng2 Basikal..