28 Februari 2013

Klebang Coconut Shake

Alkisahnya ni cerita aku sebulan yang lepas..ok lagi tak nak cerita ek..urmmm..kire ok jelah kan..haha..ape la sendiri tanye sendiri jawab gak..

Ok, berbalik pada cerita sebenarnya aku ke Pagoh check peralatan latihan kat sana.. rancangannya 2 hari  memandangkan kalau ikut rekod banyak barang yang nak ditengok kat setiap bengkel dan lagi satu aku menyambung keje orang lain. So bile dah kate banyak kitorang pun pegi la berlima naik keta jabatan..dan tak tido sana tau..berulang pegi pagi, balik petang..mesti korang kate..nape tak tido sana je kan..masalahnya waktu tu dah tengah bulan, masing2 dah takat2 leher jadi cam save bajet kekdahnya..lagipun driver yang bawak kan..so kitorang leh membuta kalau ngantuk pun..hehehe

So pada hari kejadian, kitorang gerak dalam kul 8 pg ke Pagoh, sampai sana tengok2 rekod pastu sume dah diperiksa..tapi report takde..haa..lagi mudah la keje aku, guna jela rekod tu cume aku kene report..so dipendekkan cite, dari rancangannya 2 hari setengah hari je kitorang dah siap..hehehe..So dah tengahari tu staff sana pun tanya nak makan apa.. sume dok tengok muka aku..mentang2 la aku ni kaki makan..cehh..so dah alang2 datang pagoh pastu berhampiran pulak ngan Muar..mesti la nak makan mee bandung originally Muar kan..so diorang pun bawak la gi kedai..sekali sampai kedai..tertengok plak mee rebus jawa daa..apalagi mee rebus jawa ayam menjadi pilihan..haha..sedap ko sampai menjilat sudu!!.. Sayangnya lupa nak amik gambar..

Abis makan2..kitorang pun gerak la balik..tetiba terpikir la pulak nak singgah melaka pekene coconut shake(cs)  yang katenye dah masuk JJCM tu..kedai cs ni area Klebang..masa kitorang sampai tu dalam kul 4ptg..so orang ramai gak tapi still dapat duduk lagi..katenye kalau hari cuti masyaallah..sampai tak boleh nak masuk..berduyun orang.

yang beratur tu sume nak take away..sila jangan terpikat kat abg pilot..hehe
depan kedai
Selain dari cs, ada dijual kuih2 kampung ni, layan diri..so boleh la sambil2 minum makan kuih. Kat sini korang tak payah susah2 panggil waiter..korang baru nak cicah montot..air dah sampai..sebab diorang hanya jual cs je..takde air lain..senang kan?

coconut shake + aiskrim

Dari segi harga..ok la kot..kitorang berlima, pastu amik kuih tak sampai 10 biji semua sekali dalam lebih kurang RM15..kalau korang berminat nak pegi, kedai ni tepi jalan tapi kene masuk sikit..kalau betul2 tepi jalan tu jual cs gak tapi untuk bungkus..kalau nak duduk2 minum..kene masuk sket..

So, kalau jadi aku jaga kursus kat Melaka bulan depan aku ingat nak gi Ikan Bakar pulak..best2..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan