8 November 2013

Vietnam : HCM Part 1

Assalamualaikum..dah lama tak menulis apa-apa dalam blog ni. Sekarang dah masuk November, lagi sebulan lebih nak abis tahun 2013. Okey, tahun ni percutian luar negara aku ialah Ho Chi Minh Vietnam selama 4hari 3malam. Tiket aku beli masa promo AA bulan Januari 2013, kira-kira 9 bulan yang lepas..lama gile terperam ek..apa nak buat orang yang tak berapa nak 'ada' cam aku ni kene la tunggu promo, baru boleh beli kan? So trip kali ni hanyalah rombongan cik kiah je okehh yang terdiri daripada parent aku, akak aku yang sulong dengan dua orang anak dia & pakcik aku..totally 7 orang. Suami aku tak ikut kekdahnya, tolong hantar pegi airport je.

Nak jadikan cerita, masa aku beli tix ni, flight kul 10.30am tapi AA awalkan plak kul 7am. Akak aku plak 3 beranak flight kul 12.00pm. So pagi pagi sabtu tu kul 3am dah bangun dah bersiap kekdahnya. Nak dekat kul 4am baru gerak dari rumah..kira tak la terkejar sangat sebab flight kul 7am kan, tapi tak sempat la nak breakfast pape..just minum teh o je kat rumah. Aku memang dah set dalam kepala nak makan dalam flight jela. So pagi tu perjalanan lancar..alhamdulillah.

sedap gak chicken roaster ni tapi chicken nye alahai 2 keping cinonet je


Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Saigon a.k.a Ho Chi Minh (HCM) lebih kurang 1 jam 50min. Sampai sana tunggu akak aku plak sampai flight pukul 12pm dari KL. Apa lagi sambil tunggu tu sempat la buat taik mata kat airport tu. Lebih kurang pukul 1ptg waktu HCM akak aku muncul dengan anak die ..fuhh lega. Untuk makluman waktu kat HCM lambat 1 jam dari waktu Malaysia. Nak ke hotel aku amik  van 'sapu' dengan bayaran USD20. Kalau ikut bacaan aku dari internet diorang suruh ambil teksi vinasun tapi bila aku tanya diorang charge 1 teksi USD10, nak amik 1 teksi tak boleh sebab kami 7 orang dengan beg besar lagi so kene amik 2 teksi.. kalau amik dua dah USD20 kan? so aku amik jelah van 'sapu' tu senang, sume sekali naik 1 kete, tak payah asing2.

Untuk penginapan, aku awal2 dah booking Boss Hotel 1 by email, berhadapan dengan Pasar Ben Thanh. Aku janji check in kul 2ptg. Tapi on the way nak ke hotel tu boleh plak driver van ni berenti kat kedai tayar tukar tayar bagai-bagai pulak. Dah la rombongan kami ni dah lapar, pastu aku pulak tak teringat la nak call hotel bagitau lambat sikit. Last2 nak dekat pukul 3ptg sampai hotel, receptionist tu bagitau hotel dah full. Alahai..tak kan lah tak leh tunggu kot barang sejam dua. Mungkin dia kesian tengok kami yang kepenatan ni die tolong la call hotel yang berhampiran dengan rate yang sama..tapi semuanya hampa sebab full booked. Last2 dapat la tapi kene menapak dalam 300meter dari Boss Hotel 1, Timedoor Hotel berhadapan dengan Boss Hotel 2. Rate 1 malam USD25. Aku suka dok hotel ni, bilik bersih dan besar, dekat dengan Ben Thanh dan staff baik nak menolong walaupun cakap cam ayam dengan itik. 

Dah letak beg sume, apalagi misi seterusnya cari tempat makan. Disebabkan lapar sangat, kami makan kat restoran Nabil Biryani brhampiran dengan Boss Hotel 1 tu. Harga makanan mahal siot, tapi laparnye pasal hentam jela. So lunch hari tu bernilai RM175.40. 

Masing-masing dah lapar
Masa makan tu aku tanya la kat pakcik restoran ni, muslim vietnam pandai cakap melayu, ada tak tour guide yang ok kat area sini nak pegi Mekong. So dia kenalkan kami dengan pakcik Karim. Pakcik ni memang cari makan bawak pelancong muslim. Lepas dah tanya macam2, kami deal ke Mekong esok paginya dengan bayaran USD28 seorang termasuk makan, minum, naik bot segala mala la..kecuali nak belanja duit sendiri. Kira ok la tu kan, kami pun dah malas nak cari2 yang lain lagipun ni kira pakej muslim. So dia tau apa yang boleh dan tak boleh. 

Lepas makan, kami round cuci mata barang sekejap kat area Pasar Ben Thanh tu, beli t-shirt  3-4 helai dan balik hotel sebab rasa macam nak rehat dan penat sangat..huhuhu. Simpan tenaga nak ke Mekong esok pagi..yeayy!! 


kedai kat pintu masuk



hari pertama tengok2 je dulu

Bersambung....






7 November 2013

YUN NAM Hair Care

Cerita ni bermula bila aku sign up untuk 100 orang pelanggan pertama melalui Beautifulnara. Lepas seminggu ada awek cina call aku cakap aku boleh try  1 kali treatment free kat Yun Nam yang berhampiran. So disebabkan The Mines yang paling dekat so aku deal hari sabtu. Ya ampun..sabtu tu aku lupa cuti Deepavali, makanya memang sesak gile2 la nak masuk The Mines tu, sampaikan bumper belakang kete kene cium dengan kete lain. Apalagi bising la en. suami ..tapi bisingnye sekejap je lepas orang tu bayar gantirugi..ahakss.#dramadisitu#

Punca aku nak pegi buat treatment ni sebab rambut aku yang super duper gugur dan dah nipis...risau weii bile tengok rambut makin jarang dan nampak botak. Masalah tu berpunca dari kelemumur..phewww..dah macam-macam shampo antidandruff dah aku guna..tapi still ada. 

Masa pegi tu, cam biasa die register nama kita pastu die bawak masuk bilik nak scan kulit kepala. bile dah kenal pasti apa masalah, mula la diorang jual pakej diorang. Aku ni nasib baik la kete baru lepas eksiden, so ada alasan la takmo ambil pakej die. Pakej yang ditawarkan untuk aku ialah dandruff berharga RM550 sekali rawatan. Lepas tu treatment herba dan bagai-bagai tu RM 400++ untuk 10 kali rawatan. Bila awek cina tu cakap..aku dah terbayang muka en.suami. ishhh..mau die melenting kang ni kalau pepandai aku ambil pakej ni dah la sebelum pegi aku dah janji takmo terpedaya perabih duit. So pikir punya pikir aku amik juga rawatan berharga RM150 sebab aku tengok rawatan diorang ni memang ok tapi masalahnya poket aku je time tu tak berapa nak ok..huhuhu.

Ok, lepas dah aku bayar sume, diorang cuci rambut aku, bilas, pastu ada la diorang letak perapi ke hape,then bilas dan keringkan sikit dengan towel pastu letak herba kat kepala, pastu bungkus, urut2 pastu stim rambut aku dalam 20minit. 


Cukup 20minit, bilas, cuci ngan shampo, letak minyak apa ntah, bilas lagi...settle sume, dorang spray plak kulit kepala aku..dan keputusannya............

kiri sebelum & kanan selepas


macamana la rambut aku tak gugur kan..geli tengok kelemumur banyak gile.

So, sebelum balik diorang bagi la set penjagaan rambut sendiri kat rumah 3 botol comel, shampo, conditioner dan herba spray. Alhamdulillah seminggu ni rambut aku dah jarang gugur tak macam sebelum ni kalau sikat tu penuh ngan rambut...huhu.

Nak katanya, kalau ada ongkos haruslah aku nak buat lagi treatment kat sini sebab aku puas hati dengan resultnya.. So sesapa ada masalah macam aku ni boleh la cuba kot. Lepas ni boleh la Yun Nam bagi treatment free kat aku sebab tolong promote tuk diorang..huhuhu









6 November 2013

Kek Coklat Karemal





Ni projek aku baru-baru ni. .sebab dah tak terdaya meleleh air liur tengok  masa aku boring dan berblogwalking kt blog orang. Lepas tu aku google nama kek ni cari kat image tengok mana gambar kek yang aku berkenan dan salin resepi. Kek ni senang buat, dan kebetulan aku nak abiskan stok telur yang 1 tray banyak kat rumah takde sape nak makan. Dalam masa 1 hari dah abis sebab suami aku asik bukak katup peti ais..hehehe.

Kesimpulannya kek ni memang sedap bagi yang memang suka coklat..dan puding karemal tu buatkan kek ni lagi mabeless..try la kalau tak caya..